Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Ogos 2021

Belebak Ubi

 Belebak ubi nama diberi, rasa sekali pasti nak makan lagi, berkali-kali!

Kalau sebut ubi stello, hanya sedikit sahaja yang kenal tapi kalau sebut ubi keledek, pasti semua orang kenal. Hakikatnya, ia merujuk kepada benda yang sama iaitu sweet potato. 😁😁😁

Kalau ada ubi keledek, tak tau nak buat apa bolehlah kita buat kuih traditional ni.

Nak cuter jugak, masa dok tengah mengacau bancuhan dalam kuali, tiba-tiba  lampu padam. Alamak! Elektrik terputus. Tapi dah alang-alang buat, Mak Hencik sambung sampai habis. 


RESEPI BELEBAK UBI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dipotong jejari kemudian direbus hingga empuk dengan sedikit garam.
2 cawan tepung beras 
4 cawan Santan pekat 
1 cawan gula (suka manis tambah lagi)
Secubit garam
1 biji pisang - lenyek
3 titis esen pisang 
Daun pisang secukupnya


Cara-cara membuatnya

Jom kita ke dapur..


✅Jejari ubi kayu direbus hingga empuk dengan sehelai daun pandan disimpul dan sedikit garam.

✅ Ubi keledek tu nak berlainan kaler pun boleh. Kalau letak ubi jepun lagi sedap.


✅Pisang dilenyek. Boleh guna apa-apa jenis pisang pun.

✅Kalau tak nak letak ni pun takpe.


Jom kita mulakan..


✅ Dalam kuali, masukkan santan, tepung beras, gula, garam dan pisang lenyek. Kacau rata sehingga tepung beras bercampur sebati dengan santan. Masukkan juga beberapa titis esen pisang. Lepas tu baharulah buka api.


✅ Kacau selalu sehingga gula hancur dan bancuhan menjadi pekat.


✅ Bila bancuhan dah jadi macam kat atas, tutup api.


✅ Masukkan jejari ubi keledek yang ditoskan air tadi ke dalam kuali adunan.


✅ Gaul rata. Ketepikan.


✅ Sediakan daun pisang. Layur dahulu di atas api gas. Layur tu maksudnya lalukan di atas api supaya jadi layu. Bila daun pisang layu, bila kita membungkus, ia tak pecah. Tapi kalau ada daun pisang  gegala, pisang ni tak payah dilayur sebab ia sejenis daun pisang yang tak pecah apabila digunakan untuk membungkus.

✅ Potong daun pisang sebesar tapak tangan.

✅ By the time daun pisang siap, adunan ubi keledek tu dah sejuk, maka bolehlah kita mulakan proses membungkus.


✅ Bentang daun pisang, letakkan 2 sudu dan lipat. Biar terdedah sikit kat bahagian atas tu.


✅ Susun dalam pengukus.


✅Kukus selama 10  ke 15 minit.


✅. Dah masak dah. Tutup api  Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.


✅ Dah siap.. jemput makan kawan-kawan.

✅ Bismillah..


Jumaat, 23 Julai 2021

Koleh Kacang Tahi Minyak

Antara kuih tempatan yang popular di majlis keramaian. Lemak dan manis sesedap rasa. Tak rugi untuk dicuba!


Mak Hencik tak pasti namanya kole ke koleh? Setau Mak Hencik, kole tu bekas untuk isi air. Manakala koleh pula adalah sejenis kuih. 

Tak kisahlah kan apa nama dia. Yang pasti koleh kacang yang kita nak masak pada hari ini adalah sejenis kuih. Lagi satu.. tahi minyak ni pun halal, bersih dan suci serta boleh dimakan. 😆😆😆


RESEPI KOLEH KACANG TAHI MINYAK

Oleh Dapur Cempakasari

Resepi asal: Eli Bostamam via FB Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan


Bahan-bahan

🍂 Tahi Minyak

      2 cawan santan - masak sampai jadi tahi minyak..nak jadi halus-halus kena kacau selalu ye


🍂 Air gula merah

      2 cawan gula merah

      2 cawan air

      4 sudu besar gula

      2 helai daun pandan, disimpul

      ~ masak sampai gula larut, tapis.


🍂Koleh Kacang

      4 cawan santan

      2 cawan tepung kacang hijau 

      air gula merah yang ditapis tadi

     4 sudu besar  minyak dari  tahi

      minyak tadi

     Sedikit garam

     

Cara-cara membuatnya.


Mula-mula kita buat tahi minyak. Senang jer nak buat. Jom..


🌸Masukkan 2 cawan santan ke dalam kuali. Buka api. 


🌸Biarkan dulu sehingga santan mendidih sambil dikacau sekali sekala.


🌸Bila tahi minyak sudah terbentuk, terus kacau supaya tidak hangus.


🌸Bila  warna tahi minyak sudah ke warna hampir perang, terus tutup api.


🌸Asingkan tahi minyak dan minyak supaya tahi minyak tidak hangus. Kalau  tahi minyak dah hangus, nanti rasa dia akan jadi tak sedap.


🌸Toskan tahi minyak. Ketepikan.

Masak air gula merah pula. 


🌸Masak 2 cawan gula merah, 4 sudu besar gula, dua helai daun pandan yang disimpul bersama dua cawan air sehingga gula merah larut.

🌸Bila gula merah sudah larut, tapis dan ketepikan.

Jom buat kole kacang pula.


🌸Dalam sebuah bekas, campurkan 2 cawan tepung kacang hijau, 4 sudu besar minyak tahi minyak bersama 4 cawan santan,  dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.

🌸Tapiskan ke dalam kuali non stick.  Jangan buka api dulu.


🌸Tuang pula air gula merah tadi. Kacau lagi sehingga sebati.


🌸Buka api. Kacau perlahan-lahan. Mula-mula ia ringan lagi sebab masih cair.


🌸 Teruskan mengacau sehingga ia likat. Masa ni dah berat la sikit.


🌸Bila jadi pekat macam ni ☝🏼, bolehlah tutup api.


🌸Sediakan loyang 10"X10" yang disapu dengan minyak dan dialas dengan plastik yang lebih besar dari saiz loyang.


🌸Kaupkan semua adunan ke dalam loyang. Ratakan atasnya.


🌸Tips nak buat bahagian atasnya licin ialah guna sudu atau spatula. Belakang sudu atau spatula tu celup dengan minyak lebihan tahi minyak tadi atau guna minyak masak pun takper.


🌸 Ratakan bahagian atasnya dengan belakang sudu atau spatula yang dicelup minyak.


🌸Lepas tu bolehlah ditabur dengan tahi minyak tadi.

🌸 Tunggu sejuk dahulu baharulah boleh dipotong.


🌸Dah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

🌸Jemput makan kawan-kawan.. Bismillah..

Jumaat, 20 Disember 2019

Apam Balik Ekspress

Nampak sedap pula tengok orang buat apam balik di wall facebook!

Teringat pula pada seorang adik yang jual apam balik di pasar basah Taman Semarak. Dia baru jer lepas sekolah dah pandai buat dan jual apam balik ni. Apam balik dia pun sedap. Cukup ketebalan, cukup bahan tabur. Minat orang ni berbeza, cabang rezeki yang Allah berikan pun luas.


Resepi apam balik ni pada saya dah ok. Lembut dah cukup lembut, cuma pada tekak ni tidak ada rasa lemak. Untuk makan time terdesak tu bolehlah.. 😄😄😄  Dari pada tak ada benda nak makan musim hujan gaya gini, baiklah buat dan ada makanan  Dapatlah makan! 😄😄😄


RESEPI APAM BALIK EKSPRESS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam
Sedikit marjerin atau minyak masak untuk melengser pada kuali

Bahan tabur

1/2 tin jagung krim
1/2 cawan kacang tanah hancur kasar
Gula, jika suka manis

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita ke dapur.


🍁Mula-mula pukul 1 biji telur, 1 1/2 cawan air dan 1/2 cawan gula hingga kembang.

(boleh guna blender atau pengisar juga)


🍁Bila dah kembang, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit di selang-seli dengan baking powder dan soda bikarbonat.


🍁Bila adunan sudah berbuih seperti di atas, bolehlah berhenti mengisar.

🍁Perap adunan sekejap, dalam 15 minit gitew.. Sebab tu lah namanya ekspress. 😁😁😁


🍁Sediakan serbuk kasar kacang tanah dan jagung krim sebelum memulakan operasi. Jika sukakan manis, sediakan juga gula.

🍁Serbuk kacang tanah tu Mak Hencik beli yang sudah siap dijual di kedai bakeri atau pasaraya.

🍁Kalau tak ada kena lah buat. Hihihi. Kena goreng kacang tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulit dan tumbuk atau kisar kasar kacang tanah. Tapi macam jadi lambat la pulak.. Dah tak Jadi ekspress dah pulak dah.. 😄😄😄

🍁Jagung krim tu pun beli yang dah siap dalam tin.


🍁Panaskan kuali. Oles kuali dengan marjerin atau minyak masak

🍁Tuang satu senduk adunan. Biarkan ia separuh masak.

🍁Bila sudah separuh masak, taburkan serbuk kacang dan jagung. Jika suka manis, taburkan juga gula.

🍁Tutup kuali dengan tudung periuk.


🍁Bila sudah masak, lipat dua seperti di atas. ☝️☝️


🍁Boleh angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Sapu kulitnya dengan marjerin.


🍁Boleh potong apam balik menggunakan pisau yang dibasahkan dengan air.

🍁Sedia untuk dimakan. Jom.. Apa ditunggu lagi.

🍁Bismillah..

Sabtu, 5 Oktober 2019

Resepi Steamboat yang sangat mudah

Kalau jemu makan nasi, inilah pilihan lain yang ada. Steamboat!


Kalau buat sendiri, kosnya sangat berbaloi. Dengan bahan yang dibeli tu boleh buat makan tiga empat kali. Sungguh jimat dengan hasil yang sangat memuaskan.


RESEPI KUAH STEAMBOAT
Dicuba oleh : Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Facebook

Bahan-bahan

3000 ml air
1 paket perencah asam pedas Adabi
2 paket perencah tom yam Adabi
1 kiub ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Cara-cara menyediakannya

Moh ler kita ke dapur..


Perencah - perencah yang digunakan


Di dalam periuk, masukkan air, perencah asam pedas, perencah tom yam, kiub ayam, garam dan gula. Buka api dan biarkan sehingga mereneh.


Biarkan kuah mendidih seketika.


Bila kuah sudah pekat sedikit, boleh tutup api.


Sediakan harta karun yang disukai. Sediakan juga sayur-sayuran pilihan.


Sediakan maggi. Pilihan lain adalah mi kuning, bihun, kuew tiaw dan yang sama waktu dengan nya.


Mak Hencik sediakan buah sikit. Ini optional. 😝😝😝


Bila semua bahan sudah sedia. Kita angkut lah ke ruang yang sesuai.
Kami makan kat depan tangga atau anjung rumah ni jer.. 😝😝😝


Lepas tu bolehlah pasang dapur. Mak Hencik guna portable kitchen jer laa.

Kuah tadi dipanaskan sehingga mendidih. Lepas tu masukkan harta karun yang dikehendaki, sayur-sayuran pilihan dan maggi. Masukkan sikit-sikit setiap jenis. Tunggu sehingga masak.


Bila sudah masak, ambil senduk dan kaup serta ambik apa yang kita nak makan..

Haaaaa.. Apa lagi.. Jom laa..

Bismillah..