Warna pujaan hati ramai wanita, golongan muda-mudi dan golongan mak-mak, kaler pink! π
Nak buat bihun goreng pink atau merah jambu ni biasanya perlu dibubuh sos labu. Maka, godeklah kedai online pula dek kerana nak membelinya. Terus order.
Pagi ni pula Pak Hencik cadangkan supaya Mak Hencik goreng bihun jer sebagai breakfast memandangkan dalam minggu ni sekali pun dapur tak berasap di waktu pagi kerana Mak Hencik busy bekerja dari rumah. ππ
Sementara Pak Hencik pergi ke pasar untuk beli lauk-pauk basah, hah jom kita ke dapur nak masak bihun goreng pink, tapi hari ni tidak dibubuh sos labu sebab sos labu belum sampai. Tak per kannn.. Tak per kannn.. Tak per kannn.. hehehe
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
1 keping bihun - dibasuh dan direndam sekejap
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 tangkai lada merah - dipotong serong
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos cili Thai
1 cawan air dicampur dengan 2 titis pewarna pink (pewarna makanan)
1 keping isi ayam - dipotong kecil
5 batang sawi - dipotong 2 inci panjang
Garam, gula dan serbuk perasa
2 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan hiasan
Sedikit daun sup - dipotong kasar
Sedikit bawang goreng
Jom kita memasak.
πPotong serong lada merah.
πSawi pun potong juga, panjangnya anggaran 2 inci. Tak perlu ambil pembaris dalam pencil case anak untuk ukur yea, just agak-agak jer.. hi3 πππ. Batang sawi tu kalu besar, eloknya ketuk sikit dan perah sikit nak buang airnya. Bukan apa, takut terkena jenis sawi yang pahit tu.
πPotong isi ayam. Ni nak potong kiub ke memanjang ke nipis-nipis ke.. ikut suka orang yang membuatnya lah yea.. ππ. Boleh juga jika nak diganti dengan sumber protein lain seperti udang, sotong daging dan lain-lain.
Cara memasak.
ππBila sudah panas, masukkan bawang putih yang ditumbuk kasar tadi. Kacau sehingga naik bau dan warna bertukar ke warna keperangan.
ππ Kemudian, masukkan isi ayam. Gaul rata sehingga separuh masak.
ππ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
ππ Masukkan juga 1 sudu kecil cuka. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air mendidih.
ππHidangkan di meja makan. Pak Hencik dan anak-anak suka makan bihun dengan keeopok keping. Jadi Mak Hencik pun goreng sedikit keeopok untuk dimakan dengan bihun goreng pink pada hari ini. Keropok tu plak buat sudu untuk makan bihun. Hahahaπππ
ππJemput makan sahabat semua.. Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan