Sabtu, 17 Julai 2021

Bihun Pink

 Warna pujaan hati ramai wanita, golongan muda-mudi dan golongan mak-mak, kaler pink! πŸ’—


Bila join group Masakan Kelantan dalam Facebook, maka banyaklah masakan Kelantan yang lalu-lalang di wall Facebook. Salah satunya, inilah.. bihun goreng pink. πŸ’—πŸ’—

Nak buat bihun goreng pink atau merah jambu ni biasanya perlu dibubuh sos labu. Maka, godeklah kedai online pula dek kerana nak membelinya. Terus order.


Pagi ni pula Pak Hencik cadangkan supaya Mak Hencik goreng bihun jer sebagai breakfast memandangkan dalam minggu ni sekali pun dapur tak berasap di waktu pagi kerana Mak Hencik busy bekerja dari rumah. πŸ™πŸ™

Sementara Pak Hencik pergi ke pasar untuk beli lauk-pauk basah, hah jom kita ke dapur nak masak bihun goreng pink, tapi hari ni tidak dibubuh sos labu sebab sos labu belum sampai. Tak per kannn.. Tak per kannn.. Tak per kannn.. hehehe 


RESEPI BIHUN GORENG PINK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 keping bihun - dibasuh dan direndam sekejap

2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 tangkai lada merah - dipotong serong
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos cili Thai
1 cawan air dicampur dengan 2 titis pewarna pink (pewarna makanan)

1 keping isi ayam - dipotong kecil
5 batang sawi - dipotong 2 inci panjang

Garam, gula dan serbuk perasa
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan hiasan
Sedikit daun sup - dipotong kasar
Sedikit bawang goreng

Jom kita memasak.


πŸ’—Bihun dibasuh bersih dan direndam dengan air sekejap, 5-10 minit jer kot, tak perlu sampai lembut pun.


πŸ’—Toskan air.


πŸ’—Bawang putih ditumbuk kasar.

πŸ’—Potong serong lada merah.

πŸ’—Sawi pun potong juga, panjangnya anggaran 2 inci. Tak perlu ambil pembaris dalam pencil case anak untuk ukur yea, just agak-agak jer.. hi3 πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Batang sawi tu kalu besar, eloknya ketuk sikit dan perah sikit nak buang airnya. Bukan apa, takut terkena jenis sawi yang pahit tu.

πŸ’—Potong isi ayam. Ni nak potong kiub ke memanjang ke nipis-nipis ke.. ikut suka orang yang membuatnya lah yea.. 😊😊. Boleh juga jika nak diganti dengan sumber protein lain seperti udang, sotong daging dan lain-lain.


πŸ’—secawan air dicampur dengan beberapa titis pewarna pink atau merah jambu. Jumlah air tu kena agak ikut berapa banyak bihun yang hendak digoreng.

Cara memasak.


πŸ’—πŸ’—Panaskan 2 sudu besar minyak masak. 

πŸ’—πŸ’—Bila sudah panas, masukkan bawang putih yang ditumbuk kasar tadi. Kacau sehingga naik bau dan warna bertukar ke warna keperangan.

πŸ’—πŸ’— Kemudian, masukkan isi ayam. Gaul rata sehingga separuh masak.


πŸ’—πŸ’—Bila ayam sudah separuh masak, masukkan air berwarna pink tadi.

πŸ’—πŸ’— Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.

πŸ’—πŸ’— Masukkan juga 1 sudu kecil cuka. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air mendidih.


πŸ’—πŸ’—Bila air mendidih, masukkan bihun yang ditoskan tadi.


πŸ’—πŸ’— Masukkan pula sos cili, sos cili Thai, sawi dan lada merah.


πŸ’—πŸ’—Gaul sehingga rata, biar warna pink tu sekata.


πŸ’—πŸ’—Sambil tu, bolehlah rasa sedikit. Kalau kurang rasa, sempurnakan rasa tersebut. Kalau bihun ada rasa liat-liat sikit, ambik sedikit air dan dituang ke atas bihun, kacau lagi. Pastikan tekstur bihun lembut sempurna, barulah sedapkan. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


πŸ’—πŸ’—Dah siap, pindahkan bihun dari kuali ke dalam pinggan 


πŸ’—πŸ’—Hiaskan dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.

πŸ’—πŸ’—Hidangkan di meja makan. Pak Hencik dan anak-anak suka makan bihun dengan keeopok keping. Jadi Mak Hencik pun goreng sedikit keeopok untuk dimakan dengan bihun goreng pink pada hari ini. Keropok tu plak buat sudu untuk makan bihun. HahahaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ’—πŸ’—Jemput makan sahabat semua.. Bismillah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan