Rabu, 15 Januari 2020

Ayam Goreng Bawang Putih

Ayam goreng jer punnn..

Memang betul. Ayam goreng jer pun. Tapi ayam goreng ni mak selalu buat dulu, semasa dia masih ada. Jadi Mak Hencik suka nak kongsi dan abadikan resepi mak kat sini.


Ada banyak cara juga untuk memasak ayam goreng yang sedap. Namun, cara mak ni juga boleh dicuba, tambah-tambah lagi jika nak cepat. Atau mungkin juga sudah jemu dengan ayam goreng kunyit dan ayam goreng rempah.


AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

6 ketul ayam
4 inci kunyit hidup
6 ulas bawang putih
6 hiris halia
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng minyak penuh

Cara-cara menyediakannya.

Jom kita ke dapur..


🎶Ayam dibasuh bersih dan ditoskan.


🎶Sediakan kunyit, bawang putih, halia dan garam.

🎶Kalau tiada kunyit hidup, gantikan sahaja dengan kunyit serbuk.


🎶Kisar bawang putih, halia, kunyit dan garam dengan sedikit air sehingga hancur.


🎶Tuang bahan kisar ke dalam bekas ayam dan gaul sehingga rata.

🎶Seeloknya perap sekejap dalam 15 minit tapi kalau nak cepat boleh jer terus goreng. Hihihi.


🎶Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

🎶Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


🎶Hidangkan ke dalam pinggan.

🎶Bolehlah kita sekeluarga menjamu selera.

🎶Jemput makan kawan-kawan.

🎶Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan