Sabtu, 4 Januari 2020

Epok-epok Kentang

Garing dan rangup!


Eh eh cantiknya. Macam bunga matahari .. Komen si anak.

Mana lebih penting, rupa ke rasa?



Cantik tu penting tapi rasa yang sedap tu laaaagi penting.

Rupa yang cantik akan menarik minat kita untuk merasainya. Kalau rasa sedap dan sesuai dengan  citarasa kita, bertambahlah kita makan. Kalau kita beli, pastilah kita repeat order. Ya tak?

Mungkin inilah yang dikatakan.. Dari mata turun ke hati .. 😆😆😆



EPOK-EPOK KENTANG
Oleh Dapur Cempakasari

🍄Bahan-bahan kulit🍄

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

🥦Bahan-bahan inti🥦

4 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong dadu. Direbus sehingga empuk.
1 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang merah besar - dicincang
2 hiris halia - dicincang
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1 ketul kiub ayam
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukupnya

🥦Cara-cara buat inti kentang🥦



🥦Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dicincang halus.

🥦Masukkan bancuhan rempah kari daging. Kacau sehingga keluar minyak.

🥦Masukkan pula kentang yang telah direbus. Masukkan juga setengah cawan air.

🥦Perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam. Gaul sehingga rata.

🥦Masukkan satu sudu besar tepung gandum. Kacau lagi dan ia akan jadi pekat dan kering.
🥦Tutup api. Sejukkan.

🍄Cara-cara menyediakan kulit epok-epok.🍄



🍄Panaskan minyak bersama marjerin.



🍄Sediakan tepung gandum.

🍄Tuang minyak panas tadi ke dalam tepung.

🍄Kacau guna sudip kayu. Berhati-hati ya sebab minyak tu panas.



🍄Bila sudah sejuk sedikit, baharulah gaul guna jari.

🍄Uli hingga jadi doh yang lembut.



🍄Simpan dalam peti sejuk selama sejam.



🍄Keluarkan dari peti sejuk.

🍄Bulatkan sebesar bola ping-pong. Errr.. Kecik sikit kot. Hihihi



🍄Canai nipis bebola tadi.



🍄Isikan dengan inti kentang.

🍄Kelling epok-epok tu disapu air untuk elakkan daripada terbuka semasa menggoreng.

🍄Kalau konfiden tak terbuka, tak sapu air pun tak per.



🍄Tutup epok-epok dengan satu lagi adunan yang telah dicanai.



🍄Kelim sekeliling epok-epok macam kelim karipap.

🍄Nak tekan tepinya guna garpu pun boleh.. Terpulanglah.. Ikut citarasa dan kreativiti uols.. Janji tepinya tu tidak terbuka.



🍄Susun elok-elok dalam dulang.
🤗🤗🤗



🍄Panaskan minyak. Goreng lah sampai keemasan.



🍄Angkat dan toskan.



🍄Hidangkan dalam pinggan. Sedia untuk di'ngap'. 😝😝😝

🍄Jemput makan semua..

🍄Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan