Khamis, 2 Januari 2020

Kangkung Goreng Belacan

Hurm.. Sedapnya! Ditambah lagi dengan aroma belacan segar.. Meleleh..



Gara-gara ter'order' kangkung goreng belacan di restoran Thai tempohari, tetiba sahaja si kakak request nak makan masakan tersebut.

Kebetulan pula stok belacan ada banyak lagi. Belacan pemberian dari kawan sekerja, Nazrawati ni sangat sedap sebab ia segar lagi. Warna dia pun pink-pink gitu. Kualiti belacan yang baik menjadikan hasil masakan lebih sedap.


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ikat sayur kangkung
1 ketul isi ayam - dipotong kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar
1 inci belacan
1/4 bawang besar Holland - dihiris besar
1 biji lada merah - dipotong serong
2 sudu besar minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara memasak.

Jom.. Jomlah kita ke dapur.


Sayur kangkung dipotong, direndam dan ditoskan.


Isi ayam dipotong kecil. Basuh bersih.


Belacan, bawang putih, cili kering kisar, bawang Holland dan lada merah.

Cara-cara menyediakannya.


đź”—Panaskan minyak.

đź”—Masukkan bawang putih yang diketuk dan belacan.

đź”—Tumis sampai belacan garing.


đź”—Apabila sudah garing, masukkan cili kering kisar.

đź”—Tumis sampai garing.


đź”—Kemudian masukkan ayam.

đź”—Tunggu sehingga isi ayam masak sambil dikacau.


đź”—Seterusnya masukkan kangkung.

đź”—Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa, jika suka.


đź”—Kacau sehingga sebati.

đź”—Bila kangkung sudah layu sedikit dan rasa pun sudah sempurna, tutup lah api.


đź”—Masukkan ke dalam pinggan hidang. Sedia untuk dinikmati.

đź”—Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan