Biasa daku beli sos pencicah yang sudah siap, tetapi hari ini kita buat sendiri pula. Ramai rakan-rakan FB sudah membuatnya. Jadi, bolehlah kita cuba juga.
RESEPI SOS CILI ALA THAI
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
*3 tangkai cili kering
*4 tangkai cili merah
*2 biji bawang putih
Bahan bertanda * dikisar dengan 1/2 cawan air
3 cawan air
1/3 cawan cuka
1/3 cawan gula merah
1/3 cawan gula atau secukup - boleh kurang atau tambah ikut rasa masing-masing
1 sudu kecil atau secukupnya garam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara membuatnya
Bahan-bahan ππdikisar sehingga halus. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi sebanyak yang kita suka.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambah air dan buka api.
Masukkan juga garam, gula, cuka dan gula perang. Biarkan ia mendidih.
Masukkan juga sos cili sementara menunggu mendidih tu. Kacau sekali-sekala.
Tengoklah tu, ia sudah mendidih. Boleh perlahankan api sikit. Boleh cuba dulu rasanya. Ada masam, manis dan masin secukupnya.
Kemudian, tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
Biar mendidih lagi sekali. Lepas tu bolehlah tutup api.
Sejukkan dulu seketika sebelum dimasukkan dalam bekas dan disimpan.
Mak Hencik simpan dalam peti sejuk sebab yang buat sendiri ni tiada bahan pengawet. ππππ
Jom makan dengan keropok ikan, lekor atau keping, tauhu sumbat pun boleh, tauhu bergedil pun boleh, segala jenis cucur dan yang sama waktu dengannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan