Memaparkan catatan dengan label Resepi sos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi sos. Papar semua catatan

Ahad, 1 November 2020

Rojak Buah yang sedap

 

Tetiba tertengok orang makan nenas dicicah dengan kicap belacan. Aduh kecur air liur tengok dia makan. Jomlah kita buat pula hari ini, kita buat rojak buah!


Buah yang sedap pastilah buah yang ada rasa masam-masam sikit seperti buah pauh atau mempelam putik, jambu batu, jambu air, nenas, sengkuang, betik, buah kedondong dan lain-lain lagi yang digemari. 


Buah-buahan obersi pun boleh juga digunakan contohnya buah lai, pear atau epal. Tak kiralah epal merah atau epal hijau.. yang penting sekali buah tu kita suka makan. Hahaha๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Rojak ni yang paling penting tentu-tentunya bergantung kepada kuah rojaknya. 

Kuah rojak yang sedap memastikan rasa rojak buah yang sedap!


RESEPI ROJAK BUAH

Oleh Dapur Cempakasari

BAHAN-BAHAN

1 cawan kicap manis

2 cawan air

2 cawan gula

1 cawan gula merah

2 sudu besar belacan - dihancurkan dengan sedikit air

5 sudu besar cili kering kisar

5 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - bancuhan tepung jagung


CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom.. jom.. jom kita ke dapur.


Langkah 1

๐Ÿ’ฅLetak periuk atau sauce pan di atas dapur. 

๐Ÿ’ฅMasukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sehingga gula dan gula merah hancur.

๐Ÿ’ฅBiarkan kuah mendidih.


Langkah 2

๐Ÿ’ฅBila kuah sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Terus dikacau sehingga kuah menjadi pekat.

๐Ÿ’ฅKuah rojak mesti pekat supaya ia melekat pada buah.



๐Ÿ’ฅBila kuah dah pekat macam kat ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† tu, kuah dah boleh tutup api.


๐Ÿ’ฅAtau bila nampak kuah dah meletup-letup tu, maka boleh lab tutup api.


๐Ÿ’ฅBila sudah sejuk, kuah akan jadi lebih pekat dan likat. Jadi, dah boleh makan dah.

๐Ÿ’ฅKuah rojak yang lebih tu bolehlah dimasukkan ke dalam bekas untuk disimpan dalam peti sejuk.


๐Ÿ’ฅUntuk hari ni, kita makan buah-buah ni jer. Nak pergi jauh-jauh tak boleh sebab pkpb masih berlangsung lagi di Nilai ni. Takper, kita makan jer apa yang ada.


Buah nenas, buah lai, epal, mempelam dan sengkuang.


Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah rojak. Taburkan kacang goreng tumbuk di atasnya.

Ambil sudu dan halakan ke mulut. 

Bismillah..

Jemput makan kawan-kawan semua..


Rabu, 10 Jun 2020

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit yang Sedap

Nak tahu cara buat kuah kacang yang baunya macam nenek buat dulu-dulu? Haaaaa... Ini rahsianya.


Kuah kacang ni biasanya kita makan dengan nasi impit kan. Tapi lain pula dengan Pak Hencik. Dia suka makan lemang dengan kuah kacang. Hi3. Selera suami ai ni tak sama ngan orang ramai. Hi3.

Apa-apa pun mungkin ada juga kawan-kawan kat luar sana yang suka makan lemang dengan kuah kacang dan rendang macam Pak Hencik.

Demi Pak Hencik, Mak Hencik pun meringankan tulang untuk buat kuah kacang resepi dari arwah Mek, mak Mak Hencik untuk dimakan dengan lemang. Untuk anak-anak, Mak Hencik rebus nasi himpit untuk dimakan dengan kuah kacang.


RESEPI KUAH KACANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

๐Ÿ”ฅ1 biji bawang merah besar saiz sedang
๐Ÿ”ฅ2 biji bawang putih
๐Ÿ”ฅ10 tangkai lada kering - buang biji, potong dan rendam dengan air panas sekejap
๐Ÿ”ฅ1 hiris halia

Bahan-bahan bertanda ๐Ÿ”ฅ hendaklah dikisar sehingga halus

1 cawan santan pekat
2 cawan air
1-2 batang serai - diketuk
2 keping nisan kelantan
1/2 sudu kecil garam atau secukupnya

๐Ÿฅ1 sudu kecil jintan putih
๐Ÿฅ1 sudu besar jintan manis
Bahan beranda ๐Ÿฅ disangai dan ditumbuk halus

Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya.

Mise En place

1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering sehingga lumat.
2. Ketuk serai.
3. Sediakan air asam jawa
4. Sediakan juga nisan Kelantan, garam, gula dan minyak secukupnya

Ni adalah nisan ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†

5. Yang paling penting sangai jintan manis dan jintan putih dan tumbuk halus.


Ni proses sangai jintan manis dan jintan putih. Sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak.

Bila jintan dah kering dan garing, tutup api dan angkat.


Tumbuk jintan sehingga hancur. Ketepikan.

Jom mulakan..


⛱️Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.


⛱️Masukkan 2 cawan air.


⛱️Masukkan 1 cawan santan pekat.
⛱️Masukkan serai yang diketuk dan bahan perasa seperti nisan, garam dan gula.
⛱️Kacau rata dan biarkan sehingga menggelegak.


⛱️Apabila kuah sudah menggelegak masukkan air asam jawa.


⛱️Masukkan jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk tadi.

⛱️Bahan inilah yang akan menaikkan bau dan rasa kuah kacang macam Mek buat.


⛱️Biarkan ia mendidih.
⛱️Bila sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan kuah menjadi pekat dan naik minyak.


⛱️Bila kuah sudah cukup pekat, rasa pun sudah sedap, bolehlah kita tutup api.


⛱️Masukkan kuah kacang ke dalam mangkuk hidang.


⛱️Sedia dimakan bersama nasi impit atau lemang. Hehehe

⛱️Bismillah..

Rabu, 7 Ogos 2019

Cara buat Pencicah Kicap Pedas

Sangat sedap dimakan bersama tauhu bergedil yang viral tu. Hmmm.. Memang sedap!


Sedap juga dimakan bersama jambu batu, mempelam putik, nenas, buah kedondong, epal dan pelbagai buah pilihan sebagai rojak buah. Tabur kacang tumbuk kat atasnya. Mabeles!



RESEPI KICAP PEDAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

35 biji cili padi, tambah kalau nak lebih pedas
5 biji bawang putih
1 cawan air
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula
3/4 cawan kicap manis
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-cara membuatnya

Langkah 1
Satukan 3/4 cawan gula merah dan 1/2 cawan gula bersama secawan air ke dalam periuk dan panaskan di atas dapur sehingga hancur.



Cili padi dan bawang putih yang telah dibasuh bersih.



Langkah 2
Goreng sekejap cili padi dan bawang putih tadi dengan sedikit minyak. Angkat dan toskan.



Langkah 3
Kisar cili padi dan bawang putih yang telah digoreng dengan secawan air.



Langkah 4
Kembali ke periuk yang kita masak air gula tu tadi dan tuangkan bahan kisar.



Langkah 6
Masukkan juga kicap manis sambil dikacau sekali sekala sehingga menggelegak.



Langkah 7
Apabila sudah menggelegak, kita tuangkan pula bancuhan tepung jagung sambil dikacau sehingga sebati dan sederhana pekat. Eheheh. Maksudnya tak cair dan tak pekat.. Huhuhu

Apabila sudah sederhana pekat, bolehlah tutup api. Sejukkan.



Masukkan ke dalam bekas bertutup. Nak makan ambik. Dah habis makan, kalau ada lebihan kita boleh simpan dalam peti sejuk.

Untuk misi hari ini..



Bolehlah dihidangkan bersama tauhu bergedil..

Hmmm... Sedapnya.

Jemput makan.

Bismillah..

Khamis, 3 Mei 2018

Sos Cili Ala Thai yang Mudah dan Sedap

Biasa daku beli sos pencicah yang sudah siap, tetapi hari ini kita buat sendiri pula. Ramai rakan-rakan FB sudah membuatnya. Jadi, bolehlah kita cuba juga.


RESEPI SOS CILI ALA THAI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

*3 tangkai cili kering
*4 tangkai cili merah
*2 biji bawang putih
Bahan bertanda * dikisar dengan 1/2 cawan air
3 cawan air
1/3 cawan cuka
1/3 cawan gula merah
1/3 cawan gula atau secukup - boleh kurang atau tambah ikut rasa masing-masing
1 sudu kecil atau secukupnya garam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara membuatnya


Bahan-bahan ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†dikisar sehingga halus. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi sebanyak yang kita suka.


Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambah air dan buka api.

Masukkan juga garam, gula, cuka dan gula perang. Biarkan ia mendidih.


Masukkan juga sos cili sementara menunggu mendidih tu. Kacau sekali-sekala.


Tengoklah tu, ia sudah mendidih. Boleh perlahankan api sikit. Boleh cuba dulu rasanya. Ada masam, manis dan masin secukupnya.


Kemudian, tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.


Biar mendidih lagi sekali. Lepas tu bolehlah tutup api.


Sejukkan dulu seketika sebelum dimasukkan dalam bekas dan disimpan.
Mak Hencik simpan dalam peti sejuk sebab yang buat sendiri ni tiada bahan pengawet. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜€๐Ÿ˜๐Ÿ˜€

Jom makan dengan keropok ikan, lekor atau keping, tauhu sumbat pun boleh, tauhu bergedil pun boleh, segala jenis cucur dan yang sama waktu dengannya..