Isnin, 26 Mac 2018

Ikan Cencaru Bakar Perisa Tom Yam

Segar dan besar. Geram tengok. Elok betul rupa bentuk ikan cencaru yang suami beli. Sedap dimasak apa agaknya.

Pi mai pi mai dok pikiaq nak masa apa, timbullah idea ini. Terima kasih wahai Allah. Mudah sangat caranya. Cepat pula boleh melantak. Amboii kasaq no bahasa diri ku ini. 😂😂😂


RESEPI IKAN CENCARU BAKAR PERISA TOM YAM
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ekor ikan cencaru saiz besar
*2 sudu besar paste tom yam
*1 sudu kecil garam
*1 batang serai dihiris halus
Bahan bertanda * dicampur gaul dan disapu pada ikan.
3 helai daun limau purut - dihiris halus
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil secukupnya

Cara-cara menyediakannya


Langkah 1
Ikan cencaru disiang belah belakang dan dibersihkan. Serai hiris, garam dan paste tom yam digaul.


Langkah 2
Lumur atau sapu paste tom yam ke atas ikan di bahagian luar dan dalam.


Ikan cencaru yang sudah disapu rata.


Langkah 3
Hiriskan daun limau purut dan tabur di atas daun pisang yang dialas dengan aluminium foil.


Letakkan ikan di atasnya, dan balut dengan aluminium foil.


Langkah 4
Bolehlah kita bakar ikan cencaru kita tu. Mak Hencik panggang dia atas kuali leper jer ler. Dah itu jer yang hadow.. huhuhu

Balikkan ikan bila sudah masak supaya kedua belah isi ikan masak sekata.

Bila ikan dan masak, bolehlah tutup api.


Ikan bakar ni mesti ada pencicahnya. Nak cicah dengan apa ya? Air asam boleh, sambal lada boleh, sambal kicap pun boleh.
Korang nak cicah dengan apa? Mak Hencik pilih sambal kicap.. 👅💦💦💦

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan