Acar ni adalah hidangan sampingan bagi nasi minyak, nasi beryani, nasi dagang, nasi tomato, bahkan nasi putih biasa apabila ada kurma, lauk kari, kari kambing atau kari daging untuk menghilangkan muak.. atau memang kita suka.. 😁😁
RESEPI ACAR MENTAH TIMUN
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahannya
1 batang timun - dibuang empulur dan dipotong panjang 2 inci.
2 inci karot - dihiris halus
1 biji lada hijau - diotong serong
1/2 biji bawang besar Holand saiz kecil
3 sudu besar cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara-cara membuatnya
Jom kita ke dapur..
Timun dan karot yang telah dipotong, dibersihkan dan ditoskan.
Kalau untuk kenduri, kita masak banyak. Timun yang telah dipotong tu boleh dilumur dan digaul dengan kapur makan. Biarkan dalam 15 minit. Kemudian basuh dan bilaslah dengan air sehingga bersih. Lepas tu toskan airnya.
Mak Hencik tanya, kenapa letak kapur makan. Mak Cik tu cakap untuk merapuhkan timun.
Ooooo.. gitu petuanya.
Mula-mula masukkan cuka, gula dan garam ke dalam bekas dan kacau sehingga larut.
Selepas itu masukkan lada yang dipotong serong dan bawang besar Holand. Kacau lagi.
Cubalah rasa. Mak Hencik suka acar mentah yang ada rasa masam dan manis. Masin sikit-sikit sahaja. Uols buatla ikut citarasa uols ya..
Kemudian, masukkan timun serta karot. Kacau sehingga sebati, sehingga timun dan karot bergaul mesra dengan cuka tadi. Biarkan seketika.
Akhir sekali bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk hidangan. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi kegemaran.. jemput makan semua..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan