Jumaat, 2 Februari 2018

Roti Kopi @ Mexico Bun

Jangan tertipu dengan cara membuatnya yang panjang berjela-jela. Nampak renyah dan susah. Sebenarnya cara membuat roti kopi ni agak senang pada Mak Hencik sebab Mak Hencik ni bukannya rajin sangat nak buat roti nih. Bila dah buat baru tahu..alahaiiii mudahnya!

 


Puas hati buat sendiri sebab boleh makan banyak kali. Kalau beli dapat makan sekali tu sahaja, lepas tu dok pakat gigit jari sebab tak cukup nak makan lagi sudah habis tiada berbaki.

Berbeza kalau buat sendiri, buat sikit sahaja tepungnya tapi dapat berbelas-belas biji. Boleh ulang-alik makan berkali-kali, sambil menghirup udara yang segar atau menemani kita menonton drama tv yang kita minati.. 

"Kekasih Paksa Rela".. keranamu aku terjebak juga kali ini. Ish Ish Ish. Sambil mata dok tengok tv, sambil mulut mengunyah roti kopi.. alahaiii sedapnya..Cerita ke roti? Huhuhu


ROTI KOPI @ MEXICO BUN
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

Bahan filling

200g butter
70g brown sugar
1 sudu kecil esen vanilla
Semua bahan di atas dikacau dengan sudip sampai rata. Simpan dalam peti ais

Bahan-bahan topping

160g gula halus
200g butter
200g tepung gandum
3 biji telur
2 paket nescafe + 2 sudu besar air panas - dibancuh
Semua bahan di atas diputar sehingga sebati

Bahan doh roti

500g tepung roti
1 paket yis / 11g
100g gula halus
2 biji telur
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar susu tepung
70g butter
200g air ais. (kalau uli tangan guna air suam, tapi Mak Hencik guna air masak biasa sahaja)

Cara-cara membuatnya

Jom kita mulakan operasi kita di dapur..



Langkah 1

Cara buat filling.

Mak Hencik godek-godek semua bahan filling seperti mentega, brown sugar dan esen vanila dalam besen kecil dengan sudip sahaja. Kacau sampai rata, kemudian masukkan dalam plastik piping. Senang nanti nak guna.

Filling disimpan dalam peti sejuk. Bila nak guna nanti keluarkan dan biarkan seketika.



Langkah 2

Cara buat topping

Mula-mula putar mentega, gula, telur dan esen vanila sampai sebati. Takyah sampai kembang.

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sampai sebati.

Selepas itu, ambil cawan dan isikan dengan air suam. Masukkan nescafe dan kacau.

Masukkan bancuhan nescafe ke dalam besen yang mengandungi bahan-bahan toping tadi.

Putar sampai sebati. Lepas tu, masukkan ke dalam plastik piping dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak guna baru keluarkan dan biarkan sebentar.




Ini adalah toppping yang Mak Hencik buatkan..



Langkah 3

Cara buat doh roti.

Di dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, yis, gula halus, telur, garam, bread improver,bread softener, susu tepung, dan mentega. Gaul guna tangan. Kemudian masukkan air dan uli sehingga tidak melekat di tangan.

Kalau malas, bubuh segalanya itu ke dalam bread maker. Senang, cepat dan jimat masa.




Perap doh selama 20 minit.



Ohhh sudah kembang semangkuk dah doh kita tadi. Apalagi, kita tumbuk-tumbukkan dia, penyek-penyekkan dia..



Kita bulatkan macam bebola kecil, dapat dalam 18 ke 19 biji gitu.



Seterusnya kita ambil sebiji bebola tadi, kita penyekkan dia dan paipkan filling yang kita buat tadi. Kemudian kita tutup balik menjadi bebola semula. Pastikan ia bercantum sempurna. Kalau tidak nanti filling akan mengalir keluar semasa dibakar dalam oven nanti. Jadi, pastikan buat betul-betul tau..


Susun di atas dulang pembakar yang disapu dengan sedikit minyak atau mentega. Bukan apa, takut roti-roti kita mendakap erat dulang pembakar. payah pula nak pisahkan mereka nanti.




Buat sampai habis dan biarkan doh naik dalam 30 - 40 minit.



Tak senonohnya buat topping dia.. comotnya.. Hahaha



Semasa nak membuat toping, bolehlah kita panaskan oven kita dahulu 160 selama 10 minit. Buatlah topping untuk semua roti kita itu..

Lenguh tangan mak Hencik ni nak. Almaklumlah buat setahun dua tiga kali sahaja. Entah-entah buat malam ni, lepas ni tak buat-buat dah lagi..Huhuhu



Bakar dalam oven yang 160 C selama 20 minit.



Elok naik kembangnya. Bau kopi pun harum semerbak memenuhi ruang dapur Mak Hencik, termasuklah lubang hidung sekali. 




Inilah hasilnya.. Rasa tak sabar pula nak cuba rasa ni. Tak sabarnya..Hahhhh! Puas hati ko sekarang dah jadi roti kopi mu ni nak oiii.



Jom ambil sebiji. Kita makan kat beranda sambil tengok bulan. Sambil-sambil tu kita mengintai. Ada tak pungguk yang rindukan sang bulan? Hihihi. Jemput makan kawan-kawanku semua.. Jemput..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan