Kuih baulu adalah sejenis kuih tradisional orang Melayu. Dahulunya dihidangkan semasa hari raya. Buat awal-awal, kemudian simpan dalam tin. Kalau tepung yang digunakan betul-betul kering, kuih baulu boleh tahan sampai sebulan.
Zaman sekarang ni, kuih baulu boleh dibeli di mana-mana, boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Tapi kalau kita buat sendiri, lebih segar tau. Boleh makan panas-panas pula. Yang lebih tu boleh disimpan untuk dimakan di lain hari pula..
RESEPI KUIH BAULU
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
3 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit minyak untuk disapu pada acuan
Cara-cara membuatnya
Jom kita buat
Langkah 1
Putar telur, ovallete dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan esen vanilla. Putar lagi.
Langkah 2
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar. Masukkan juga baking powder.
Adunan baulu yang telah diputar.
Langkah 3
Mak Hencik masukkan ke dalam piping bag untuk mudahkan tuang ke dalam acuan. Kalau nak guna sudu ke scoop ke boleh ajer. Terpulang pada skill uols.
Langkah 4
Acuan baulu hendaklah disapu sedikit minyak dan dipanaskan dalam oven selama 10 minit supaya baulu tidak melekat pada acuan dan mudah tanggal.
Langkah 6
Masukkan adunan baulu ke dalam acuan baulu. Mak Hencik guna acuan kuih cara dan juga acuan baulu cermai.
Langkah 7
Bakar pada suhu 200 C selama 20 minit.
Langkah 8
Bila sudah keperangan, bolehlah dikeluarkan dari oven dan keluarkan baulu dari acuan.
Acuan baulu disapu minyak dan dibubuh adunan, kemudian dibakar. Ulangi proses sehingga habis.
Langkah 9
Sejukkan dulu baulu sebelum disimpan di dalam balang. Sebelum tu baik kita rasa dulu baulu kita sebiji dua. Mmm.. sedap. Ha ha ha
Jemput makan.
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan