Sabtu, 3 Februari 2018

Isi Ayam Goreng Kicap Berempah yang Sangat Sedap

Ayam ni sedap dan ada kelainan rasa kerana rempah yang digunakan. Cara penyediaannya juga mudah, bahan yang digunakan pun tak banyak.




Anak-anak ni tidak gemar makan isi ayam seperti bahagian dada. Tapi bila masak kicap berempah goreng ni, mereka akan makan. Sebabnya ada bau dan rasa macam satay sikit. Suka hati kamu la anak-anak.. misi mak ni nak menghabiskan isi ayam ni.. 😁😁



Bila tengah menggoreng tu, depa mai ke dapuq dan tanya, masak apa ni.. bau sedap ni.. bila nak masak ni.. boleh rasa dulu tak? Hadoiii banyak pula soalannya. Bertalu-talu pula. 😀😀



AYAM KICAP BEREMPAH GORENG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 ketul isi ayam - dipotong kecil dan nipis
*3 biji bawang putih
*1 batang serai
*1 sudu kecil lada hitam
*1 sudu kecil jintan putih
*1 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil ketumbar
Bahan bertanda * dikisar atau ditumbuk halus.
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato - dibelah 8
1 biji lada hijau - dipotong serong
1/2 biji bawang holand - dihiris
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya

Jom!




Jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Kalau nak guna yang serbuk pun boleh juga tau. Lagi mudah kerja kita. Lada hitam jangan dilupa.


Mula-mula kita tumbuk lada hitam  sampai hancur, lepas tu kita tumbuk pula jintan putih, jintan manis, ketumbar dan lada hitam sampai hampir lumat. Maksudnya tak perlu lumat sangat. Bukannya apa sebab Mak Hencik ni rasanya tak berdaya dah nak menghayun alu lesung. Lama tak menumbuk .. Nak menangis rasa ni..


Tuang bahan yang ditumbuk ke dalam bekas yang mengandungi isi ayam. Tuang juga kicap manis dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan seketika.


Panaskan sedikit minyak.


Masukkan isi ayam yang diperap tadi dan kacau seketika.


Mak Hencik tutup sekejap supaya kicap tu tak terbang keluar kuali.  Ker api ni besar sangat. 😉😉 Tak tutup pun tak apa.


Buka penutup dan biarkan ayam merengek-rengek dalam kuali.


Sementara itu, sediakan tomato, bawang holand dan lada hijau.


Bila kuah dah hampir kering, masukkan tomato, bawang holand dan lada hijau. Kacau rata.


Cer rasa. Cer rasa. Sedap tak? Mak Hencik tak tambah garam dan gula sebab kicap tu dah memadai bagi Mak Hencik. Tapi kalau uols rasa nak tambah secubit garam dan gula, boleh jer. Ikut citarasa kita la kan. Kita juga yang nak makannya nanti.


Mak Hencik biarkan sedikit kuah untuk anak-anak yang gemarkan kuah.


Masukkan ke dalam pinggan hidangan. Bolehlah kita makan ni. Sedap makan panas-panas ni dengan nasi. Jemput makan kawan-kawan.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan