Ahad, 25 Februari 2018

Nasi Ayam Thai Viral yang mudah

Kalau suka nasi ayam di mana ayamnya lembut dan tidak berminyak kerana tidak perlu digoreng, nasi ayam Thai adalah pilihan yang tepat.  😎😎



Cara menyediakannya sama seperti nasi ayam biasa tu sajer cuma kelebihannya lebih cepat. Pasal sos cili tu digabungkan sekali dengan kicap manis. Tambah hirisan cili padi sikit supaya rasa lebih pedas.



Rasanya pun kurang lebih sama juga dengan nasi ayam yang biasa kita makan tu. Ayam pun lembut sebab direbus sahaja, tak perlu goreng dah. Jimat minyak kita. Kikiki.



NASI AYAM THAI VIRAL YANG MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : fb

Bahan rebusan ayam

12 ketul ayam
1500 ml air
3 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 ketul kiub ayam
1 sudu besar garam
3 helai daun ketumbar - saya bubuh daun sup.

Bahan-bahan nasi

3 cawan beras basmathi - dibasuh bersih dan direndam selama 15 minit. Kemudian toskan.
4 cawan air rebusan ayam
3 tangkai daun sup
Sedikit pewarna kuning  - jika suka

Bahan-bahan sup

4 cawan air rebusan ayam
Sedikit garam - jika perlu
Sedikit daun sup - dihiris halus
Sedikit bawang goreng

Bahan-bahan sos cili dan kicap
(Sos ini disatukan)

1 cawan air
1/4 cawan sos cili Thai
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil jus limau nipis
2 biji cili padi - dihiris nipis
1 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan 1/3 cawan air (bancuhan tepung jagung)

Sayuran
Timun - dipotong serong
Tomato - dipotong bulat
Daun salad

Cara-cara membuatnya

Jom jom jom



Langkah 1
Rebus ayam bersama kiub ayam, daun sup, halia ketuk dan bawang putih ketuk.

Apabila ayam sudah masak, tutup api dan keluarkan ayam serta toskan airnya.

Air rebusan perlu banyak kerana digunakan untuk memasak nasi (4 cawan), membuat sos cili dan kicap (1 cawan) dan membuat sup (selebihnya).



Langkah 2
Beras dimasukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan sedikit garam dan daun sup dan air rebusan ayam tadi. Kalau mahu warna nasi kekuningan sikit,  masukkan pewarna. Kalau nak warna yang asli pun ok juga.  Pasang suis dan biarkan sehingga nasi masak.

Resepi asal memasukkan ketulan ayam yang telah direbus ke dalam rice cooker dan masak bersama nasi. Tapi Mak Hencik tak buat begitu sebab rice cooker Mak Hencik tak muat, tak cukup saiz. Hahaha. Lagi pula ayam tu telah masak.



Langkah 3
Untuk menyediakan sup, panaskan lebihan air rebusan ayam tadi. Masukkan sedikit garam. Apabila sudah mendidih tutup api.



Langkah 4
Masukkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup yang dihiris halus dan bawang goreng. Siap.



Langkah 5
Untuk menyediakan sos dan kicap pun sangat mudah.

Panaskan 1 cawan air rebusan ayam yang disimpan tadi. Masukkan sos cili Thai, jus limau nipis dan hirisan cili padi serta kicap dalam sauce pan. Panaskan sampai mendidih.



Sudah siap angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Siap.





Langkah 6
Kita tengok keadaan nasi kita yang dimasak tadi. Wahh! Sungguh cantik. Siap.




Sedia untuk dihidangkan.



Jom makan kawan-kawan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan