Ahad, 24 Mei 2020

Kek Mentega Cheese

Rasa lemak-lemak cheese 🧀. Sedap!


Kepada penggemar kek polos, kek ni mudah dibuat. Bahan pula simple sangat. Macam buat kek mentega tu jugak cuma ia ditambah sedikit cream cheese.


Mak Hencik buat kek ni sebagai pelengkap juadah Hari Raya Aidilfitri.


RESEPI KEK MENTEGA CHEESE
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Elijam Aziean Angah via Dari dapur.com

Bahan-bahan

250gm mentega
200gm cream cheese
200gm gula halus
6 biji telur Gred B
250gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning

Sedikit snow powder sebagai hiasan, jika suka.

Cara-cara menyediakannya.

Persediaan awal.


🌻Sediakan acuan 9 inci, tak kira lah bulat ke, petak ke, suka hati uols. 😁😁 Gris acuan dengan minyak atau mentega dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan

🌻Kalau tiada tepung naik sendiri, boleh gantikan dengan tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu kecil baking powder.

🌻Panaskan oven pada suhu 160C selama 10 minit.

Jom kita try buat kek ni.


🌻Di dalam bekas yang sesuai, masukkan 250gm mentega, 200gm cream cheese dan 200gm gula halus.
Guna mixer, pukul sehingga adunan menjadi kembang dan putih.

🌻Bila adunan sudah kembang dan putih, masukkan telur sebiji demi sebiji dan 1 sudu kecil esen vanilla sambil dipukul manja sehingga sebati.


🌻Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil dikaupbalik guna sudip. Katanya supaya kek jadi gebu.

🌻Tapi ku dah tak baca resepi tadi, jadi dah terguna mixer dah. 😆😆 Teruskan ajer lah misi ni.


🌻Masukkan pewarna. Mak Hencik pilih warna kuning. Tak nak bubuh pun takper tapi lebih berseri jika warnanya lebih ceria.


🌻Kaup balik lagi sehingga sebati.

🌻Jangan terlebih kacau kata resepi tu lagi, takut tak gebu.


🌻Ambil acuan yang telah tersedia tadi dan masukkan adunan kek.


🌻Hentak-hentak manja sebelum dimasukkan ke dalam oven.


🌻Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160C selama 50 minit atau ikut ragam oven masing-masing.


🌻Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan terbaik di atas redai.


🌻Bedakkan sikit kat atasnya dengan snow powder.

🌻Bolehlah kita menjamu selera dengan hidangan utama Hari Raya.

Nasi beryani

Lauk kari daging dengan kentang dan ayam masak merah. Papadom pun ada. 

Nasi impit, kuah kacang, satay homemade, lemang homemade dan rendang daging jiran bagi. 

Kek mentega cheese, dadih perisa buah-buahan campuran dan blueberry cheese tart. 

🌻Alhamdulillah. Mak Hencik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020. Maaf Zahir dan Batin. 🌷🌷🌷
 Kita jaga kita.

Jumaat, 15 Mei 2020

Petua Ikan Bilis Kekal Rangup

Bagaimana menjadikan ikan bilis goreng kekal rangup dalam tempoh yang lama?


Begini caranya.

IKAN BILIS GORENG RANGUP
Sumber: Wanie Ishak via Keluarga

1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.

3. Perap selama 5 minit.

4. Goreng ikan bilis seperti biasa. Insya-Allah ikan bilis uols akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.

JOM TRY..!😊 😊

Selasa, 28 April 2020

Puding Jagung Gedik

Lemak, manis dan berkrim! 🤩🤩

Pencuci mulut yang sangat sedap. Tambah-tambah lagi jika kita menggemari masakan puding berasaskan jagung.


Bila sudah masak dan masukkan ke dalam acuan, boleh simpan dalam peti sejuk. Rasanya memang lebih enak apabila dimakan semasa sejuk.

Lepas tu kita akan dapati banyak sudu bergelimpangan di dalam sinki. 😆😆😆

Jom teruskan..


RESEPI PUDING JAGUNG
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Rahim ah Yaacob

Bahan-bahan

1 tin jagung krimer
1 tin susu sejat
3 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan tepung kastard
2 sudu besar marjerin/mentega
Sedikit garam

Cara-cara menyediakannya.


Bahan utama: 1 tin jagung krimer, 1 tin susu cair, 3/4 cawan gula dan 1 cawan tepung kastard.

Bahan lain : 3 cawan air, 2 sudu besar marjerin atau mentega dan sedikit garam.

Cara-cara memasak.


💮Dalam periuk atau kuali yang sesuai, masukkan susu, air, jagung berkrim, gula dan secubit garam.

💮Kacau rata menggunakan whisk sehingga tidak berbintil kemudian buka api.


💮Kacau sehingga pekat. Mula-mula ringan ajer ya.. Lepas tu ia semakin berat sebab semakin likat


💮Apabila sudah pekat dan. Likat serta melepuh-lepuh, bubuh mentega.


💮Kacau lagi sehingga rata.

💮Pastikan keadaannya masih melepuh-lepuh ya.


💮Lepas tu bolehlah tutup api.

💮Sediakan acuan yang sesuai. Sapu dulu dengan mentega atau minyak masak. (takut melekat juga nih. Hu3)

💮Tuang ke dalam acuan dan sejukkan.


💮Mak Hencik guna bekas kecil ni jer. Budak-budak ni suka puding jagung ni. Jadi diorang akan makan berulang-ulang.

💮Jadi, Mak Hencik fikir lebih mudah jika mereka makan guna bekas kecil ni. Kalau tidak aku jugak laa yang kena mencuci sudu mangkuknya oii! 🤣🤣🤣.


💮Elok sungguh kejadiannya. Lembut,  bergoyang-goyang, manisnya sedang elok di mulut Mak Hencik.

💮Jemput sahabat menikmatinya.

💮Bismillah..

Isnin, 27 April 2020

Muruku Kacang Dhal

Lembut tapi rangup. 💜💚❤️

Rasa nak mengunyah petang-petang atau malam-malam?  Mari kita buat kudapan ni. Tak susah mana pun, cuma kena rajin sikit.

Kekadang kalau beli di.luar, rasa maruku mungkin tidak sama seperti yang kita mahukan. Ada terlebih masin, terlebih manis atau terlebih pedas. Atau mungkin juga maruku yang kita beli tu rasa kilang. Samaaaa jer rasanya Biarpun jenis lain-lain.

Dengan membuatnya sendiri, tentulah rasanya berbeza sebab yang yang buat tu diri kita sendiri kan..
😀 😀 😀


RESEPI MURUKU KACANG KUDA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

500gm tepung beras pulut
400gm tepung kacang kuda atau kacang dhal
5 sudu besar marjerin
🌻1 kotak kecil santan kotak
🌻1 kotak air - sukat guna kotak santan tadi
🌻5 sudu besar lada kering kisar - boleh kurang atau tambah ikut selera
🌻5 ulas bawang putih
🌻1 sudu besar jintan manis
🌻1 sudu besar jintan putih
🌻2 biji telur
🌻1 sudu besar garam
🌻3 sudu besar gula
Bahan bertanda🌻di kisar sehingga halus
1/2 cawan bijan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya.


💚1 bungkus tepung kacang kuda, 400gm


💚1 bungkus tepung beras pulut, 500gm.


💚Sediakan senjata untuk buat muruku. Mak Hencik guna lubang yang kat dalam gambar 👆👆tu.


💚Kisar bawang putih, lada kering kisar, jintan manis, jintan putih, garam, gula dan telur bersama air dan santan sehingga hancur.

💚Mesti hancur ya, kalau tidak hancur nanti ia akan melekat di lubang acuan muruku.

💚Dah siap ketepikan dahulu.


💚Dalam bekas, masukkan tepung beras pulut, tepung kacang kuda atau kacang dhal dan 5 sudu besar marjerin.

💚Kacau menggunakan hujung jari sehingga rata.


💚Tuang bahan yang dikisar halus tadi.


💚Kacau dan uli sehingga menjadi adunan yang lembut.

💚Adunan hendaklah lembut supaya senang apabila ditekan nanti.


💚Nak mudahkan kerja, genteel siap-siap adunan lembut tadi agak-agak boleh masuk ke dalam acuan maruku.

💚Ambil acuan muruku dan masukkan adunan lembut tadi. Tekan-tekan sikit kemudian tutup rapat dan kemas.


💚Panaskan minyak masak. Mak Hencik letak lebih kurang sekilo gram minyak masak.

💚Bila minyak sudah cukup panas, paipkan acuan maruku terus ke dalam minyak panas.


💚Biarkan dahulu sehingga warna bertukar kuning gelap, baharulah boleh dibalikkan muruku.

💚Kalau dibalikkan awal-awal dikhuatiri maruku akan patah.


💚Apabila muruku bertukar ke warna keperangan, bolehlah di angkat dan ditoskan minyak.

💚Ulangi proses memaip adunan maruku ke dalam kuali dan goreng sehingga masak.


💚Setelah selesai menggoreng, sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam balang.


💚Alhamdulillah . Dapatlah separuh balang gergasi.

Simpan Galah di tepi perigi,
Cuba lah.. Jangan tunggu lagi! 🤩🤩🤩

Ahad, 26 April 2020

Ikan Patin Masak Asam Rebus

Masam-masam, masin-masin dan sedikiiit manis. Mabeles!


Nak masak asam rebus ni senang. Lebur jer segala dalam periuk. Perasakan dengan asam garam, tunggu jer mendidih. Siappp..!


Kalau nak masak asam rebus ni, paling Mak Hencik suka bila letak daun kesum. Daun kesum ya.. Bukan daun ketum tau. Jangan tertukar pula. Boleh masuk jel nanti!😭😭😭


Bau daun kesum ni juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan darat. Jadi, mari kita petik daun kesum di belakang rumah.

Yang kat atas tu daun kesum yang Pak Hencik tanam supaya senang Mak Hencik nak masak. Thank you, darling.. 😊😊


RESEPI ASAM REBUS IKAN PATIN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 keping ikan patin
3 cawan air
💚1 ulas bawang putih
💚3 ulas bawang merah kecil
💚5 biji cili padi
💚2 tangkai cili kering
💚3 hiris lengkuas
💚1 inci kunyit
Bahan bertanda 💚di kisar sehingga hancur.
1 keping asam gelugur
7 tangkai daun kesum
Garam, gula dan serbuk perasan jika suka

Mari kita mulakan

Kita buat persediaan sebelum memasak.

💜Ikan dibasuh bersih. Basuh dengan air asam dan garam untuk menghilangkan hanyir ikan. Toskan.


💜Sediakan asam keping dan daun kesum.


💜Bawang putih, bawang merah, lengkuas, kunyit, cili padi, cili kering dikisar sehingga halus

Cara memasak


💜Masukkan ikan ke dalam periuk, tukang bahan kisar ke atasnya.


💜Tuang air
💜Masukkan asam keping atau asam gelugur.


💜Biarkan sehingga kuah mendidih.


💜Bila kuah sudah mendidih, masukkan daun kesum.
💜Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.


💜Tunggu sehingga mendidih lagi sekali.
💜Bila ikan sudah masak, rasa pun sudah sedap (eh! hari ni pose.. ) Agak2 sedap, bolehlah tutup api.


💜Boleh dihidangkan buat juadah berbuka puasa

💜Alhamdulillah..