Isnin, 13 Januari 2020

Ayam Masak Ros yang Sedap

Inginkan kelainan dalam hidangan seharian? Jom cuba lauk ni.. Sedap!


Roomate kat universiti dulu pernah share resepi masakan ni ngan Mak Hencik. Nama dia Fazirah Othman. Dia ni orang Sanglang, Perlis. Mak Hencik abadikan nama orang yang baik ni di sini.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga..

Pada masa itu tak ada rasa nak cuba buat lagi ayam masak Ros ni. Nak cuba macam mana.. Masak pun tak reti.. 😅😅😅

Bila sudah berusia macam sekarang ni, haaaa barulah tahu.. Hari-hari rupanya kena pikir nak masak apa untuk santapan keluarga kita. 😍😍

Jadi, ayam masak Ros ni lah antara resepi yang baru ada dalam menu hidangan rumah ku ini..
🤣🤣🤣


AYAM MASAK ROS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong 7, dibasuh bersih dan digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
🍄1/2 biji bawang merah besar
🍄3 ulas bawang putih
🍄7 tangkai cili kering atau 3 sudu besar cili kering kisar
Bahan bertanda 🍄 dikisar atau ditumbuk halus

3 cawan santan
1 batang serai - diketuk
1 biji lada hijau - dipotong serong
1/2 biji bawang besar Holland - dihiris besar
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam

Cara-cara menyediakan ya.

Jom kita ke dapur untuk menyediakan bahan dan memasak.

Jom..


🎗️Ayam dibasuh bersih dan ditoskan airnya.


🎗️Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.


🎗️Bawang putih dan bawang merah besar untuk dikisar.


🎗️Cili kering kisar. Kalau tak ada, kisar 7 tangkai cili kering bersama bawang putih dan bawang merah tadi.

🎗️Kalau suka pedas, boleh tambah cili kering atau cili api. 🌶️🌶️🌶️


🎗️3 cawan santan sederhana pekat.


🎗️Sebatang serai, diketuk.


🎗️Lada hijau dipotong serong dan bawang besar Holland dipotong wedges.

Cara-cara menyediakannya.


🛸Panaskan minyak masak dan goreng ayam yang digaul garam serta kunyit tadi.


🛸Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.


🛸Panaskan 3 sudu besar minyak masak lebihan goreng ayam tadi.

🛸Tumis bahan kisar atau bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing.

🛸Bila sudah garing, masukkan santan.

🛸Masukkan serai yang diketuk, secubit garam dan sesudu besar gula atau secukup rasa.

🛸Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.


🛸Bila kuah sudah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

🛸Biarkan kuah mereneh dan pekat sedikit.


🛸Bila kuah sudah pekat sedikit, masukkan lada hijau hiris dan bawang besar Holland hiris.


🛸Kacau sekali-sekala sambil menunggu lada hijau dan bawang besar Holland layu.

🛸Sambil itu, sempurnakan rasa.

🛸Bila kuah sudah pekat elok, rasa pun sudah sempurna, matikan api.


🛸Masukkan ke dalam mangkuk hidang.

🛸Jom nikmatinya bersama nasi putih atau nasi lemak panas.

🛸Bismillah..

😋😋😋😋😋

Sabtu, 4 Januari 2020

Epok-epok Kentang

Garing dan rangup!


Eh eh cantiknya. Macam bunga matahari .. Komen si anak.

Mana lebih penting, rupa ke rasa?



Cantik tu penting tapi rasa yang sedap tu laaaagi penting.

Rupa yang cantik akan menarik minat kita untuk merasainya. Kalau rasa sedap dan sesuai dengan  citarasa kita, bertambahlah kita makan. Kalau kita beli, pastilah kita repeat order. Ya tak?

Mungkin inilah yang dikatakan.. Dari mata turun ke hati .. 😆😆😆



EPOK-EPOK KENTANG
Oleh Dapur Cempakasari

🍄Bahan-bahan kulit🍄

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

🥦Bahan-bahan inti🥦

4 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong dadu. Direbus sehingga empuk.
1 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang merah besar - dicincang
2 hiris halia - dicincang
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1 ketul kiub ayam
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukupnya

🥦Cara-cara buat inti kentang🥦



🥦Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dicincang halus.

🥦Masukkan bancuhan rempah kari daging. Kacau sehingga keluar minyak.

🥦Masukkan pula kentang yang telah direbus. Masukkan juga setengah cawan air.

🥦Perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam. Gaul sehingga rata.

🥦Masukkan satu sudu besar tepung gandum. Kacau lagi dan ia akan jadi pekat dan kering.
🥦Tutup api. Sejukkan.

🍄Cara-cara menyediakan kulit epok-epok.🍄



🍄Panaskan minyak bersama marjerin.



🍄Sediakan tepung gandum.

🍄Tuang minyak panas tadi ke dalam tepung.

🍄Kacau guna sudip kayu. Berhati-hati ya sebab minyak tu panas.



🍄Bila sudah sejuk sedikit, baharulah gaul guna jari.

🍄Uli hingga jadi doh yang lembut.



🍄Simpan dalam peti sejuk selama sejam.



🍄Keluarkan dari peti sejuk.

🍄Bulatkan sebesar bola ping-pong. Errr.. Kecik sikit kot. Hihihi



🍄Canai nipis bebola tadi.



🍄Isikan dengan inti kentang.

🍄Kelling epok-epok tu disapu air untuk elakkan daripada terbuka semasa menggoreng.

🍄Kalau konfiden tak terbuka, tak sapu air pun tak per.



🍄Tutup epok-epok dengan satu lagi adunan yang telah dicanai.



🍄Kelim sekeliling epok-epok macam kelim karipap.

🍄Nak tekan tepinya guna garpu pun boleh.. Terpulanglah.. Ikut citarasa dan kreativiti uols.. Janji tepinya tu tidak terbuka.



🍄Susun elok-elok dalam dulang.
🤗🤗🤗



🍄Panaskan minyak. Goreng lah sampai keemasan.



🍄Angkat dan toskan.



🍄Hidangkan dalam pinggan. Sedia untuk di'ngap'. 😝😝😝

🍄Jemput makan semua..

🍄Bismillah..

Jumaat, 3 Januari 2020

Tip Jimatkan Sabun Basuh Pinggan

TIPS JIMATKAN SABUN SAVE BAJET🤣


💦 Larutkan  1 Cawan garam halus ke dalam 2 Cawan air panas

💦 Bila garam hancur, tuangkan air garam ke dalam 5 Liter air paip, tuangkan 1Liter sunlight

(Ikut hang laa nak guna sunlight warna Pink, putih, hijau, kuning sekalipun 😄)

💦Kacau sebati, Siap!

📣 Jangan risau, Sabun takkan cair pun bila campur air banyak, sb bila campur garam je konpem jadi pekat likat dannn buih kepuk kepuk 🤩 Jimat berbulan bulan 😋

Kredit kepada Husna Najeehah

Khamis, 2 Januari 2020

Kangkung Goreng Belacan

Hurm.. Sedapnya! Ditambah lagi dengan aroma belacan segar.. Meleleh..



Gara-gara ter'order' kangkung goreng belacan di restoran Thai tempohari, tetiba sahaja si kakak request nak makan masakan tersebut.

Kebetulan pula stok belacan ada banyak lagi. Belacan pemberian dari kawan sekerja, Nazrawati ni sangat sedap sebab ia segar lagi. Warna dia pun pink-pink gitu. Kualiti belacan yang baik menjadikan hasil masakan lebih sedap.


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ikat sayur kangkung
1 ketul isi ayam - dipotong kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar
1 inci belacan
1/4 bawang besar Holland - dihiris besar
1 biji lada merah - dipotong serong
2 sudu besar minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara memasak.

Jom.. Jomlah kita ke dapur.


Sayur kangkung dipotong, direndam dan ditoskan.


Isi ayam dipotong kecil. Basuh bersih.


Belacan, bawang putih, cili kering kisar, bawang Holland dan lada merah.

Cara-cara menyediakannya.


🔗Panaskan minyak.

🔗Masukkan bawang putih yang diketuk dan belacan.

🔗Tumis sampai belacan garing.


🔗Apabila sudah garing, masukkan cili kering kisar.

🔗Tumis sampai garing.


🔗Kemudian masukkan ayam.

🔗Tunggu sehingga isi ayam masak sambil dikacau.


🔗Seterusnya masukkan kangkung.

🔗Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa, jika suka.


🔗Kacau sehingga sebati.

🔗Bila kangkung sudah layu sedikit dan rasa pun sudah sempurna, tutup lah api.


🔗Masukkan ke dalam pinggan hidang. Sedia untuk dinikmati.

🔗Bismillah..

Rabu, 1 Januari 2020

Cara Goreng Telur Dadar Garing dan Rangup

Kerinting tepinya. Rangup dan sedap!


Aiiikkk! Goreng telur dadar pun nak tunjuk?

Ha ahhh.. Nak tunjuk ni.

Yang dah tau takyah lah tengok. Ni untuk newbie ni.. Yang tak pernah masak, tetiba kena masak sebab House mate si tukang masak balik kampung, jumpa mak ayah dia..


Dah 218 kali hadap megi katanya.. kali ke 219 nak makan nasi lak. Lauk telur dadar garing cicah kicap pun ok laa.. 😂😂😂


TELUR DADAR RANGUP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 biji telur ayam
1 sudu kecil tepung jagung
2 hiris bawang besar Holland
💌1 biji bawang putih
💌1 biji bawang merah kecil
💌1 tangkai cili kering
Sedikit garam

Bahan bertanda 💌 ditumbuk atau dikisar halus.

Cara-cara menyediakannya

Jommmm... Kita ke dapur.


Dalam bekas, pecahkan telur. Masukkan bahan tumbuk atau kisar, garam, tepung jagung dan bawang besar Holland yang dihiris.


Godak sampai berbuih.


Panaskan minyak. Tunggu sampai minyak betul-betul panas.


Barulah tuangkan telur yang berbuih tadi. Tarik tinggi sikit ya.


Lepas tu tutup dengan tudung periuk.


Bila dah keperangan, balikkan telur supaya masak sekata.


Kemudian tutup lagi dengan tudung periuk.

Tunggu hingga telur masak.


Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan.

Nasi pun dah masak tu. Jom makan.

Bismillah..