Isnin, 13 Januari 2020

Ayam Masak Ros yang Sedap

Inginkan kelainan dalam hidangan seharian? Jom cuba lauk ni.. Sedap!


Roomate kat universiti dulu pernah share resepi masakan ni ngan Mak Hencik. Nama dia Fazirah Othman. Dia ni orang Sanglang, Perlis. Mak Hencik abadikan nama orang yang baik ni di sini.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga..

Pada masa itu tak ada rasa nak cuba buat lagi ayam masak Ros ni. Nak cuba macam mana.. Masak pun tak reti.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Bila sudah berusia macam sekarang ni, haaaa barulah tahu.. Hari-hari rupanya kena pikir nak masak apa untuk santapan keluarga kita. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Jadi, ayam masak Ros ni lah antara resepi yang baru ada dalam menu hidangan rumah ku ini..
๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


AYAM MASAK ROS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong 7, dibasuh bersih dan digaul dengan sedikit garam dan kunyit.
๐Ÿ„1/2 biji bawang merah besar
๐Ÿ„3 ulas bawang putih
๐Ÿ„7 tangkai cili kering atau 3 sudu besar cili kering kisar
Bahan bertanda ๐Ÿ„ dikisar atau ditumbuk halus

3 cawan santan
1 batang serai - diketuk
1 biji lada hijau - dipotong serong
1/2 biji bawang besar Holland - dihiris besar
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam

Cara-cara menyediakan ya.

Jom kita ke dapur untuk menyediakan bahan dan memasak.

Jom..


๐ŸŽ—️Ayam dibasuh bersih dan ditoskan airnya.


๐ŸŽ—️Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.


๐ŸŽ—️Bawang putih dan bawang merah besar untuk dikisar.


๐ŸŽ—️Cili kering kisar. Kalau tak ada, kisar 7 tangkai cili kering bersama bawang putih dan bawang merah tadi.

๐ŸŽ—️Kalau suka pedas, boleh tambah cili kering atau cili api. ๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️


๐ŸŽ—️3 cawan santan sederhana pekat.


๐ŸŽ—️Sebatang serai, diketuk.


๐ŸŽ—️Lada hijau dipotong serong dan bawang besar Holland dipotong wedges.

Cara-cara menyediakannya.


๐Ÿ›ธPanaskan minyak masak dan goreng ayam yang digaul garam serta kunyit tadi.


๐Ÿ›ธBila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.


๐Ÿ›ธPanaskan 3 sudu besar minyak masak lebihan goreng ayam tadi.

๐Ÿ›ธTumis bahan kisar atau bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing.

๐Ÿ›ธBila sudah garing, masukkan santan.

๐Ÿ›ธMasukkan serai yang diketuk, secubit garam dan sesudu besar gula atau secukup rasa.

๐Ÿ›ธKacau sebati dan biarkan kuah mendidih.


๐Ÿ›ธBila kuah sudah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

๐Ÿ›ธBiarkan kuah mereneh dan pekat sedikit.


๐Ÿ›ธBila kuah sudah pekat sedikit, masukkan lada hijau hiris dan bawang besar Holland hiris.


๐Ÿ›ธKacau sekali-sekala sambil menunggu lada hijau dan bawang besar Holland layu.

๐Ÿ›ธSambil itu, sempurnakan rasa.

๐Ÿ›ธBila kuah sudah pekat elok, rasa pun sudah sempurna, matikan api.


๐Ÿ›ธMasukkan ke dalam mangkuk hidang.

๐Ÿ›ธJom nikmatinya bersama nasi putih atau nasi lemak panas.

๐Ÿ›ธBismillah..

๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan