Isnin, 3 September 2018

Resepi kambing bakar lada hitam

Cara mudah buat kambing bakar. Guna sos lada hitam jer.. 😁😁😁

Sedap ker kambing bakar sempoi-mempoi gini? Hurmmm.. Sedapla juga.. Ya ke? Iya laa.. Kalau tak caya, cubalah buat dulu. Citarasa kita ni kadang-kadang memerlukan kelainan.. 💚💛💜💓💕💞


RESEPI KAMBING BAKAR LADA HITAM
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

6 keping daging kambing slice
1/2 cawan atau secukupnya sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar - boleh kurangkan atau lebihkan ikut suka

Cara-cara menyediakannya


Daging kambing ni dibersihkan dahulu, kemudian ditoskan airnya.


Taburkan serbuk lada hitam kasar, sos tiram, sos lada hitam dan minyak zaitun.


Sapu semuanya pada daging kambing sehingga rata dan mestilah menyelaputi keseluruhan daging.


Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Senang.
Kalau nak guna, boleh keluarkan dan bakar. Kalau tak habis, simpan semula dalam peti sejuk beku.

Tapi hari ini kita tak simpan dalam peti sejuk. Kita terus bakar atas kuali 👇👇


Kami bakar atas kuali jer. Kuali yang tak ajaib pula tu. Nak cari kuali ajaib tu entah dekat mana ler Mak Hencik sorok. 

Jadi korang bolehlah bakar guna peralatan yang sesuai.. Pakai arang ke.. Pakai oven ke.. Pakailah yang mana-mana pun,janji memudahkan diri-sendiri. 😂😂😂


Sudah masak kambing bakar lada hitam ni, angkat..


Kami makan begini sahaja.. Kambing panggang, sos lada hitam dan kentang goreng.

Jemput makan!

Bismillah...

Sabtu, 1 September 2018

Kek Pandan Cheese cara Kukus

Kek yang mudah disediakan dan pastinya sedap dimakan!


Resepi ni dah buat berkali-kali dan telah menjadi dengan jayanya. Eh eh eh buat sendiri, nilai sendiri eh? 😁😁😁

Nasiblah..


RESEPI KEK PANDAN CHEESE KUKUS
Oleh : Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB Azlina Ina Fan

Bahan-bahan

5 biji Telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar paste Pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1-2 titis esen pandan
*1 3/4 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1/2 sudu kecil cream of tartar
Semua bahan bertanda * diayak

1/4 cawan susu Segar / susu cair / air
1/4 cawan minyak masak

Resepi Topping Cheese

*250g cream cheese
*1/2 cawan susu pekat manis
*1/2 cawan whipping cream (resepi asal susu cair)
Semua bahan bertanda * diputar

125g cheddar cheese - diparut halus
Sedikit hiasan warna-warni - jika suka

Cara-cara menyediakan Kek Pandan kukus

Jom....


Di dalam mangkuk adunan, masukkan gula, telur dan ovallete. Putar sehingga kembang.


Apabila sudah kembang, masukkan pewarna hijau, pandan paste dan esen pandan.


Putar lagi.


Masukkan tepung gandum yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan putar lagi.


Masukkan susu segar dan putar sehingga sebati.


Akhir sekali masukkan minyak masak.


Kaup balik guna sudip kayu sahaja.


Sediakan loyang 10 inci. Oles dengan minyak pada acuan sebelum dilapik dengan plastik. Kemudian, barulah tuang adunan kek tadi.


Masukkan dalam pengukus. Tutup dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitik atas kek. Lepas tu tutuplah dengan tudung pengukus. Kukuslah sehingga masak.

Mak Hencik letak timer 25 minit.


 Tu dia.. Dah masak dah..


Keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas redai.

Sementara itu, jom buat topping pula. 


Putar cream cheese dan susu pekat manis sehingga sebati.


Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga sebati.


Simpan  adunan krim cheese ni dalam peti sejuk sekejap, dalam 5-10 minit. Tujuannya supaya ia pekat sikit.


Sementara itu, kita parut cheddar cheese.


Parut cantik-cantik menggunakan penyagat yang kita beli kat Kedai dua hengget. 😂😂😂😂😂

Jom menoping!


Masukkan Kek Pandan kukus di dalam bekas yang sesuai.


Tuang semua topping cheese ke atasnya.


Ratakan di atas permukaan kek.


Tabur dengan cheddar cheese parut.


Tabur dengan sedikit twinkle twinkle colourful stars untuk menaikkan seri hiasan 😀😀😀. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk. Nak makan baru keluarkan..


Ni diaaaa.. Jom makan kawan-kawan.

Bismillah..

Jumaat, 31 Ogos 2018

Resepi Cucur Air Panas

Garing diluar, lembut di dalam. Sedap!


Malam tadi sudah buat untuk kudapan malam. Pagi ni buat lagi, untuk menemani bihun dan mi goreng sebagai hidangan sarapan pagi pula.


CUCUR AIR PANAS YANG MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : fb MAHN

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih - Mak Hencik guna air panas dari filter jer.
1 sudu kecil atau secukupnya garam
3 sudu kecil atau secukupnya gula
2 batang daun sup - dihiris halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom..


Langkah 1
Masukkan tepung gandum dalam bekas. Masukkan garam, gula dan hirisan daun sup. Gaul rata guna sudip kayu jer.


Langkah 2
Buatkan lubang di tengahnya dan tuang air panas.


Langkah 3
Kacau menggunakan sudip kayu atau yang sama waktu dengannya. Awas! Jangan guna tangan. Panas adik kakak oii!

Biarkan adunan sejuk dulu sebelum mila membentuk.


Langkah 4
Bentukkan cucur tadi mengikut kesukaan masing-masing. Mak Hencik bentukkan panjang macam di atas. Nak buat bulat-bulat comel pun boleh juga.

Semasa membentuk cucur tu, tangan kita perlu dibasahkan sedikit kerana adunan cucur tu melekit.


Langkah 5
Panaskan minyak dan goreng cucur tersebut. Bila sudah garing, balikkan cucur supaya kedua-dua belah garing dengan sekata.


Langkah 6
Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Sedia untuk dinikmati. Hari ni kita makan sebagai sarapan pagi.. Sedap juga cucur ni dicicah dengan sos cili Thai.

Jemput makan.

Bismillah..

Rabu, 29 Ogos 2018

Sup kaki lembu raya korban

Padanlah harga semangkuk sup kaki lembu pun rm15 atau rm20 di gerai biasa..



Cara nak memprosesnya ambil sedikit masa. Kaki-kaki lembu itu perlu dibakar dahulu. Sesudah kaki berubah warna menjadi hitam, keluarkan dari api. Kikislah kulit kaki tu untuk membuang bulunya dan buang juga kukunya. Sudah selesai tu, bolehlah hiris nipis-nipis sebelum dimasak.


RESEPI SUP KAKI LEMBU RAYA KORBAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 batang kaki lembu - dibakar, dikikis kulit dan dihiris nipis
1500 ml air atau secukupnya
4 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 biji tomato - dipotong empat
4 batang daun sup - dipotong seinci panjang
1 sup bunjut
3 biji cili padi - diketuk
1/2 Labu bawang besar - dipotong wedges
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

1 biji bawang merah besar - dihiris nipis dan digoreng garing.
Garam, gula Dan serbuk perasa secukupnya

Hiasan
Bawang goreng
Daun sup dihiris halus

Cara-cara menyediakannya

Marilah mari.. Marilah mari..


Bahagian kaki yang telah menjalani proses pembakaran.

Semua tu bukan I yang buat.. Anak lelaki mak mentua I yang buat.. Hahaha.


Hiris bahagian kaki tadi nipis-nipis. Yang tulangnya tu biarkan jer ler.. Yang ni I yang buat. Hihihi


Tomato dan daun sup. Baru jer beli tadi nih.


Ketuk bawang putih dan halia.


Sediakan periuk, masukkan tulang kaki, bahagian kaki yang dihiris, tomato, halia ketuk, lengkuas ketuk, cili padi ketuk, bawang putih ketuk, daun sup hiris kasar, sup bunjut dan air secukupnya. Rebuslah sehingga mendidih.


Sementara itu sediakan limau nipis dan hiris halus bawang merah.


Tumis bawang merah sehingga garing. Bila sudah garing, angkat, toskan minyak dan tutup api.


Masukkan bawang goreng tadi. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa. Perah jus limau me dalamnya. Biarkan dia terus menggelegak.


Potong wedges bawang besar Boland.


Masukkan dalam periuk sup. Biar dia lembut sedikit kemudian bolehlah tutup api.

Dah masak dahhh..


Cara Mak Hencik menghidang, Mak Hencik masukkan hirisan kaki, tabur tauge atasnya kemudian baru tuang kuah sup yang pan as Tadi.


Akhir sekali, hiaskan dengan daun sup yang dihiris dan bawang goreng.

Jemput makan kawan-kawan.

Bismillah..