Memaparkan catatan dengan label Resepi lauk daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi lauk daging. Papar semua catatan

Ahad, 23 Mei 2021

Kuzi Daging Senang dan Sangat Sedap.

Kesedapan yang tidak dapat digambarkan oleh lukisan! Hanya dapat ditunjukkan oleh nasi dalam periuk yang berkurang!๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ


Rempah kuzi ni Mak Hencik tempah dari kawan, Azy. Azy pula minta mak dia kirimkan dari Kelantan. Kalau nak mudah, boleh juga kalau kita beli secara online seperti di Shopee dan Lazada.


Ini adalah kali pertama Mak Hencik masak kuzi. Pak Hencik tak berapa suka masak kurma, jadi Mak Hencik ingatkan dia tak sukalah kuzi ni. Tapi bila diperhatikan Pak Hencik suka makan daging beryani. Kuzi ni kan macam adik beradik kurma dan beryani, jadi Mak Hencik rasa nak cuba masak kuzi pulak.

Kuzi ni sebenarnya masakan kegemaran seseorang yang istimewa pernah hadir dalam hidup Mak Hencik. He is such a sweet and gentleman. Good man will certainly live in full of happiness with family and friends around. Yes, I hope you do..


KUZI DAGING
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 kg daging, dipotong sebesar 3 jari. (Rebus dahulu dalam pressure cooker supaya daging empuk dan lembut. Air rebusan simpan)

3 biji bawang putih, dihiris
1 biji bawang merah besar saiz sederhana, dihiris
3 hiris halia, dimayang halus

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
2 biji buah pelaga

4 sudu besar rempah daging kuzi
1 cawan susu sejat 
2 cawan air rebusan daging
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji tomato ๐Ÿ… dibelah 4

Segenggam biji gajus
Sedikit saffron, jika ada.
1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara menyediakannya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


Ni adalah rempah kuzi yang Mak Hencik beli. Harganya RM10 sahaja. Manakala yang kaler maroon tu adalah saffron, harga RM5 sahaja. Kalau tak ada saffron tu tak payah bubuh ya. Tapi penjual rempah tu pesan, kalau nak kuzi lagi sedap, kena la bubuh. Hihihi. Baiklah mak cik, ai pollow yuu... Muah mak cik rempah!


๐Ÿ‹4 sudu besar rempah kuzi dibancuh dengan sedikit air, kacau sampai sebati. Ketepikan.


๐Ÿ‹Hiris bawang putih, bawang merah dan halia. Ketepikan


Rempah 4 sekawan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan 2 biji buah pelaga.

Meh Mula..


๐Ÿ‹๐Ÿ‹ Panaskan minyak sapi. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia.

๐Ÿ‹๐Ÿ‹Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.


๐Ÿ‹๐Ÿ‹ Kemudian bila bawang sudah kekuningan, masukkan bancuhan rempah kuzi. Kacau sehingga pekat dan naik minyak.


๐Ÿ‹๐Ÿ‹Bila dah naik minyak, masukkan ketulan daging yang direbus tadi. Kacau rata. Lepas tu masukkan sekali air rebusan daging. 


๐Ÿ‹๐Ÿ‹ Masukkan juga susu sejat, kentang dan juga tomato. Susu cair tu boleh digantikan dengan santan pekat

๐Ÿ‹๐Ÿ‹Biarkan kuah menjadi pekat sambil dikacau sekali-sekala.

๐Ÿ‹๐Ÿ‹Jangan lupa masukkan garam. Ada orang suka masukkan serbuk perasa atau serbuk sedap megi dan sewaktu dengannya pun boleh masukkan sekali, ikut citarasa memasingla yea.. 

oh ya.. ada juga yang suka bubuh gula, jadi  bubuhlah  kalau suka.. jangan condemn ya, kena hormat cara orang memasak ni. Yang penting, jangan bergaduh pasal masakan.. ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ 

Satu lagi.. kalu guna susu sejat tak perlu letak gula dah sebab susu sejat tu dahde rasa manis. 

๐Ÿ‹๐Ÿ‹ Jangan lupa pula bubuh biji gajus tuuu..


๐Ÿ‹๐Ÿ‹Bila dah pekat kuahnya, bolehlah tutup api.


๐Ÿ‹๐Ÿ‹Hidangkan dalam mangkuk hidang. Bolehlah dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak atau nasi beryani. Nak cicah dengan roti keping pun sedap. Makan dengan roti jala pun sedap. Ishhh.. semua sedap yea.. hihihi

๐Ÿ‹๐Ÿ‹ Bismillah..

Sabtu, 28 Disember 2019

Rendang Daging Simple

Rendang Daging.. Sedap dimakan dengan sebarang nasi.


Makan rendang dengan nasi putih, sedap. Makan rendang dengan nasi lemak, sedap. Makan rendang dengan nasi minyak, sedap. Makan rendang dengan pulut kuning pun sedap!


Berbanding dengan zaman dahulu, memasak rendang pada zaman sekarang ni agak senang dan cepat. Kenapa ya?

Kerana banyak benda yang telah dimudahkan dengan kehadiran alatan berteknologi di dapur dan juga pengkhususan dalam perniagaan. Semua benda yang sudah siap diproses tersedia di jual di pasar basah dan pasar raya


Kerisik dan santan misalnya mengambil banyak masa dan tenaga untuk menyediakannya. Namun sekarang boleh dibeli yang sudah siap dan sedia digunakan. Start motor gi kedai dalam 5 minit dah boleh terus masak dah.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Lesung tumbuk pun dah tak nampak dah kalau nak kisar bawang cili segala. Saper nak tumbuk bahan banyak-banyak sampai bergegar lengan..? Pastinya blender atau pengisar jugaklah yang kita cari.. Hihihi ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Pada akhir zaman ni, waktu yang kita lalui memang cepat berlalu. Tapi Dia beri teknologi untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Maha suci Allah..


RESEPI RENDANG DAGING
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/2 kg daging - dihiris nipis. Boleh juga kalau nak potong kiub. Ikut suka.
๐ŸŽˆ1 biji bawang merah besar
๐ŸŽˆ2 biji bawang putih
๐ŸŽˆ10 tangkai cili kering (atau 3 sudu besar cili kering kisar. Nak lagi pedas boleh tambah cili api)
๐ŸŽˆ1 inci kunyit
๐ŸŽˆ2 hiris lengkuas
๐ŸŽˆ2 hiris halia
๐ŸŽˆ2 batang serai - ambil yang putih, hiris kasar
๐ŸŽˆ1 sudu kecil jintan manis
๐ŸŽˆ1 sudu kecil jintan putih
๐ŸŽˆ1 sudu kecil ketumbar
3 cawan santan (1 cawan santan pekat dicampur dengan 2 cawan air)
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit - dihiris kasar
3 helai daun limau purut - diramas manja
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bertanda๐ŸŽˆ hendaklah dikisar halus.

Cara-cara menyediakannya.

Jom... Kita ke dapur.

Persediaan bahan.


๐ŸฅฉAntara bahan-bahan yang digunakan.


๐ŸฅฉJintan manis, jintan putih dan ketumbar.


๐ŸฅฉAsam gelugur atau asam keping.


๐ŸฅฉSantan pekat, nanti tambah lagi 2 cawan air.


๐ŸฅฉKisar sehingga halus bawang merah, bawang putih, cili kering, kunyit, halia, lengkuas, serai, jintan manis, jintan putih dan ketumbar dengan sedikit air.

๐ŸฅฉJom merendang..


๐ŸฅฉDi dalam periuk, masukkan daging, santan, asam gelugur dan bahan kisar. Kacau sekali sekala sehingga daging empuk.


๐ŸฅฉBila daging sudah empuk, masukkan garam, gula, Kerisik daun kunyit dan daun limau purut. 

๐ŸฅฉBila kita bubuh Kerisik, kuah akan jadi pekat. Jadi, kenalah kacau sikit supaya tidak hangus. 


๐ŸฅฉBila kuah sudah pekat elok, rasa pun sudah auwww sedapnya, matikan api. Sedia untuk dihidang.

๐ŸฅฉEh dah siap? Cepatnya. Hahaha. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚Kalau awak guna pressure cooker lagi cepat tau uols! Hahaha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


๐ŸฅฉJom makan bersama.. Hari ni kami makan dengan nasi lemak.

๐ŸฅฉJemput makan semua..

๐ŸฅฉBismillah..

Selasa, 24 Disember 2019

Daging Kicap Masak Rempah

Siap dalam masa 30 minit. Leburkan sahaja segala dan tunggu sampai daging empuk. Boleh terus dinikmati.. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Bila terpandang resepi Daging Masak Rempah di dinding Facebook beberapa hari yang lalu, terus rasa nak buat.

Nampak bahan pun simple sahaja. Stok daging pun masih ada 1 kilogram dalam peti ais. Jadi kita on sahaja menu ni untuk hari ini.

Puan Wan Roslita bt Wan Alwi.. Terima kasih share kan resepi. Saya dah buat. Hehehe ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


RESEPI DAGING MASAK REMPAH
Oleh Dapur Cempakasari
Kredit resepi : Masni Bahari via FaceBook Kuali Mama

Bahan-bahan

1/2 kg daging - dipotong nipis
1 biji bawang merah besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 hiris halia - dimayang halus
3 cawan air

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
1 biji buah pelaga

3 sudu besar tempah kari
1 batang serai - diketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak

1/3 cawan kicap manis
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiasan
1 biji tomato - dipotong empat
1/2 biji bawang besar Holland - dihiris besar
1 tangkai lada hijau - dipotong serong

Jom kita ke dapur untuk menyediakan bahan dan seterusnya memasak. Jom.. Jom..


๐ŸŒผSerai diketuk, daun kari, tomato di belah empat, lada hijau dipotong serong, bawang putih dihiris, bawang merah dihiris, bawang besar Holland dihiris besar dan tempah 4 sekawan.

๐ŸŒผResepi asalnya bahan hiris seperti bawang putih, bawang merah dan halia tu dikisar halus. Tapi Mak Hencik hiris jer sebab nak jimatkan air basuh blender. Hihihi ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


๐ŸŒผKicap manis, air asam jawa dan rempah kari. 

Cara-cara menyediakannya..


๐ŸŒผDi dalam kuali atau periuk, masukkan daging, tempah kari, serai, daun kari, tempah 4 sekawan, minyak masak, bawang putih hiris, bawang merah hiris, halia mayang dan air.

๐ŸŒผBuka api dan biarkan sehingga daging empuk.

๐ŸŒผKacaulah sekali-sekala kalau rajin. Kalau malas, biarkan ajer.. Tapi pastikan jangan sampai hangus pula. Kikiki


๐ŸŒผTutup kuali atau periuk supaya daging cepat masak.


๐ŸŒผBila daging sudah empuk, masukkan air asam jawa, kicap manis dan bahan hiasan seperti tomato, lada hijau dan bawang besar Holland. Amboiii! Main campak-campak nampak. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

๐ŸŒผKalau air dah kurang, boleh tambah air.

๐ŸŒผMasukkan gula dan bahan perasa lain secukup rasa. Mak Hencik masukkan gula sahaja sebab masin tu dah ada dari kicap tadi. Mak Hencik suka rasa manis sikit.

๐ŸŒผBiarkan kuah mereneh dan pekat.


๐ŸŒผAgak-agak kuah dah pekat, boleh tutup api.

๐ŸŒผPastikan rasanya dah sempurna sedapnya ya!


๐ŸŒผNampak macam sedap pula. Alahaiii.. Perasannya. Kikiki ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


๐ŸŒผMasukkan ke dalam mangkuk hidang.

๐ŸŒผSedia untuk dinikmati..

๐ŸŒผBismillah.. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Ahad, 16 Jun 2019

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Gulai lemak cili padi daging salai pembuka selera.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘



Pagi ni kita pergi pasar basah, nak cari daging. Sambil-sambil tu beli ulam daun salom, daun kesum dan bunga kantan. Kot ler esok lusa nak buat laksa pulak. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Lepas tu nampak pula orang jual durian, katanya durian kampung tapi mixed. Dia letak longgok 3 biji rm20. Nak ke.. Kalau nak saya buka terus untuk tengok isi. Kalau isi rosak terus saya kasi baru.. Saya pun setuju sebab rasa harga yang ditawarkan berpatutan. Pak Hencik pun suka makan nasi dengan budu campur durian.. Isinya memang elok betul. Berbaloi!

Ni kisah nak masak lemak daging salai ni apa cerita ni? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

300 gm daging
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 batang serai, diketuk
5 biji cili padi, dikisar. Kalau nak pedas tambah ler cili padi tu..
1 inci kunyit hidup, dikisar
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya

Jom.. Masuk ke dapur..


Daging dibasuh bersih


Panaskan kuali dan masukkan daging tadi. Ni cara salai orang rajin. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Kalau nak lebih sedap tentunya daging dibakar guna arang.


Balikkan supaya masak sekata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan sedikit.


Hiris daging nipis-nipis.

*jika daging yang dihiris tu masih liat (sebab sambil hiris tu sambil masukkan daging dalam mulut. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜), rebuslah sekejap dengan sedikit air. Tapi air rebusan jangan dibuang.


Sementara itu, kisar cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.


Dalam periuk, masukkan daging hiris,  bahan kisar, santan, sedikit air, serai, asam keping dan garam secukup rasa.


Kacau sikit..


Kacau sehingga kuah mendidih.


Biarkan ia mereneh dan pekat.


Sudah masak, tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidang.


Hidangkan bersama lauk-pauk yang lain di meja makan.

Jom menjamu selera..

Bismillah..

Rabu, 29 Ogos 2018

Sup kaki lembu raya korban

Padanlah harga semangkuk sup kaki lembu pun rm15 atau rm20 di gerai biasa..



Cara nak memprosesnya ambil sedikit masa. Kaki-kaki lembu itu perlu dibakar dahulu. Sesudah kaki berubah warna menjadi hitam, keluarkan dari api. Kikislah kulit kaki tu untuk membuang bulunya dan buang juga kukunya. Sudah selesai tu, bolehlah hiris nipis-nipis sebelum dimasak.


RESEPI SUP KAKI LEMBU RAYA KORBAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 batang kaki lembu - dibakar, dikikis kulit dan dihiris nipis
1500 ml air atau secukupnya
4 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 biji tomato - dipotong empat
4 batang daun sup - dipotong seinci panjang
1 sup bunjut
3 biji cili padi - diketuk
1/2 Labu bawang besar - dipotong wedges
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

1 biji bawang merah besar - dihiris nipis dan digoreng garing.
Garam, gula Dan serbuk perasa secukupnya

Hiasan
Bawang goreng
Daun sup dihiris halus

Cara-cara menyediakannya

Marilah mari.. Marilah mari..


Bahagian kaki yang telah menjalani proses pembakaran.

Semua tu bukan I yang buat.. Anak lelaki mak mentua I yang buat.. Hahaha.


Hiris bahagian kaki tadi nipis-nipis. Yang tulangnya tu biarkan jer ler.. Yang ni I yang buat. Hihihi


Tomato dan daun sup. Baru jer beli tadi nih.


Ketuk bawang putih dan halia.


Sediakan periuk, masukkan tulang kaki, bahagian kaki yang dihiris, tomato, halia ketuk, lengkuas ketuk, cili padi ketuk, bawang putih ketuk, daun sup hiris kasar, sup bunjut dan air secukupnya. Rebuslah sehingga mendidih.


Sementara itu sediakan limau nipis dan hiris halus bawang merah.


Tumis bawang merah sehingga garing. Bila sudah garing, angkat, toskan minyak dan tutup api.


Masukkan bawang goreng tadi. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa. Perah jus limau me dalamnya. Biarkan dia terus menggelegak.


Potong wedges bawang besar Boland.


Masukkan dalam periuk sup. Biar dia lembut sedikit kemudian bolehlah tutup api.

Dah masak dahhh..


Cara Mak Hencik menghidang, Mak Hencik masukkan hirisan kaki, tabur tauge atasnya kemudian baru tuang kuah sup yang pan as Tadi.


Akhir sekali, hiaskan dengan daun sup yang dihiris dan bawang goreng.

Jemput makan kawan-kawan.

Bismillah..