Teringin nak makan laksa lemak. Laksa lemak sedap dimakan dengan laksa beras. Mari la kita cuba buat sendiri..
Masakan Ringkas. Resepi Mudah. Rasa yang pasti Sedap. Berkongsi menu harian yang lazat dengan langkah bergambar.
Ahad, 29 Ogos 2021
Cara buat laksa beras
Jumaat, 13 Ogos 2021
Belebak Ubi
Belebak ubi nama diberi, rasa sekali pasti nak makan lagi, berkali-kali!
Kalau sebut ubi stello, hanya sedikit sahaja yang kenal tapi kalau sebut ubi keledek, pasti semua orang kenal. Hakikatnya, ia merujuk kepada benda yang sama iaitu sweet potato. 😁😁😁
Kalau ada ubi keledek, tak tau nak buat apa bolehlah kita buat kuih traditional ni.
Nak cuter jugak, masa dok tengah mengacau bancuhan dalam kuali, tiba-tiba lampu padam. Alamak! Elektrik terputus. Tapi dah alang-alang buat, Mak Hencik sambung sampai habis.
Rabu, 11 Ogos 2021
Cara simpan kerisik, mudah untuk masak
🌸 Ni la rupa kerisik yang Mak Hencik beli kat pasar basah. Biasanya kalau beli yang rupa begini, fresh lagi jadi bolehlah disimpan lama.
🌸Dah habis masukkan kerisik ke dalam bekas ais, tekan sikit supaya ia mampat. Tekan jer guna belakang sudu.
🌸Lepas tu masukkan ke dalam peti sejuk beku. Tunggu dalam 3 ke 4 jam atau sehingga kerisik menjadi beku.
🌸 Masukkan dalam bekas dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk biasa sahaja.
🌸Bila nak masak, ambik sahajalah seketul atau sebanyak jumlah yang diperlukan.
🌸Mudah kan?
Selasa, 10 Ogos 2021
Chicken Wrapped ala Subway
Pasti sedap! Rasa macam nak menangis bila makan!
🌿🌿Pilihlah sos yang kita sukai. Mak Hencik guna sos cheese, mayonnaise dan sos cili.