Ahad, 16 Ogos 2020

Telur Mata Sos Lada Hitam

 Sedap ke telur ni? Cuba la buat. Gerenti sedap!

Kalau tak ada masa nak masak lauk untuk dimakan dengan nasi, kita pun goreng telur mata. Curah kicap sikit. Tahap paling sempoi lah tu. Hahaha


Tahap lebih rajin sikit, kita hiris bawang besar Holland dan lada hijau ke.. lada merah ke.. Atau untuk yang suka pedas depa hiris cili api. Kemudian goreng sampai layu. Tabur atas telur mata goreng tadi. Curah kicap.. Dappp! 


Masakan hari ini pula sama macam masak telur kicap juga cuma kita gantikan kicap dengan sos lada hitam. Masakan ini adalah hasil idea rakan facebook dalam grup masakan Bila Dapurku Berasap. 

Jom cuba! 


TELUR MATA MASAK SOS BLACK PEPPER
Oleh Dapur Cempakasari 
Sumber resepi : Encik Asik Abdullah

Bahan-bahan

3 biji telur ayam
3 biji bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang besar Holland - dihiris kasar
1 biji lada hijau - dipotong serong
1 biji tomato ๐Ÿ…  - dipotong wedges
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1/3 cawan sos lada hitam
1/2 cawan air
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara membuatnya. 

Mula-mula kita buat persediaan awal sebelum memasak. 


Telur 3 biji untuk 3 orang makan. 


1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai bahan pemekat. 


Bawang besar Holland dihiris besar, tomato ๐Ÿ… dipotong wedges dan lada besar hijau dipotong serong besar-besar juga. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sebenarnya ikut korang ler nak potong macamana pun.. Memasak ni kan satu seni ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜‚ 

Cara memasak. ๐Ÿ’ƒ


Panaskan minyak. Pecahkan sebiji telur ke dalam minyak panas. Biarkan sebentar sebelum dilipat dua. 

Bila bahagian bawahnya sudah kekuningan, balikkan telur supaya kedua belah sama kaler. 

Dah masak, angkat dan toskan minyak. 
Buat sampai habis. 


Ini hasilnya.. Eh buruk pula rupanya. Takper.. Seni tu.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Keluarkan minyak lebihan goreng telur tadi dan masukkan 2 sudu besar minyak. 

Panaskan 2 sudu besar minyak masak, masukkan bawang putih yang diketuk dan tumis sehingga bawang berubah warna kekuningan

Kepada orang yang alah kepada bau hanyir telur disarankan supaya basuh kuali sehingga bersih dan guna minyak baharu untuk proses menumis. 


Lepas tu masukkan bawang besar Holland dan lada besar hijau. Kacau sehingga hampir layu. 


Lepas tu masukkan sos lada hitam dan kacau sebentar. 


Kemudian masukkan pula air diikuti oleh tomato ๐Ÿ… yang dipotong wedges. Kacau sebati. Biarkan sehingga kuah pekat. 

Oh ya.. Mak Hencik tak tambah garam dan gula dah sebab sos lada hitam tu dah secukup rasa. Tapi kalau korang nak tambah pun boleh.. Ikut citarasa masing-masing ya. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰


Akhirnya curahkan sos lada hitam tadi ke atas telur yang telah tersedia di dalam pinggan. 

Sedia untuk dihidangkan. 

Bismillah.. ๐ŸŒท



Sabtu, 4 Julai 2020

Masak Lemak Kuning Jantung Pisang

Kalau suka masak lemak, letak apa-apa pun sedap. Kali ni kita cuba masak jantung pisang pula..

Kisahnya.. Balik dari hantar anak sulung, abe, ke Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Perak tu kami laki-bini meninjau-ninjau halaman rumah. Maklum ler rindu ler katakan pada rumah sebab dah tinggalkan dia 2 hari satu malam.. ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜‚ ๐Ÿ˜‚

Dalam dok tinjau-meninjau tu ler kami nampak jantung pisang dah terjulur-julur ni.. Tanpa fikir panjang Mak Hencik pun ambil sabit dan pangkas jantung pisang tuu. Zappp! Terus putus.

Kalau buat kerabu pun sedap, tapi dah nak cepat maka kita buatkan masak lemak kuning. Sedap juga tau!


MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji jantung pisang, saiz kecil
1 biji bawang merah sederhana besar
1 inci kunyit hidup
3 hiris lengkuas
1 sudu besar cili kering kisar. Kalau suka pedas letak jer cili padi banyak-banyak sikit
1 tangkai lada hijau, dibelah dua
1 keping asam gelugur
3 cawan santan sederhana pekat
Segenggam ikan bilis
Garam dan gula secukupnya.
1 sudu besar cuka, untuk merebus jantung pisang

Persediaan awal sebelum memasak


Ni la rupa jantung pisang untuk sesaper yang tak kenal. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Jantung pisang tu dibelah dua  dan dihiris sebesar 1 inci. Kemudian direbus dengan air. Masukkan 1 sudu besar cuka. Katanya ni petua supaya jantung pisang tak lebam warnanya selepas direbus.

Rebus sehingga masak ya.


Bila sudah masak, tuangkan ke dalam pengetus dan toskan airnya. Bila sudah sejuk sedikit, ramas jantung pisang untuk buang air. Ketepikan. 


Sediakan bawang merah, kunyit dan Lengkuas.


Tumbuk bahan di atas sehingga lumat. Akhir sekali tumbuk juga ikan bilis biar kasar-kasar jer.


Di atas dapur, tenggekkan periuk. Masukkan santan, bahan tumbuk, cili kering kisar sikit, asam keping dan lada hijau.

Buka api dan kacau selalu sehingga kuah mendidih.


Bila kuah sudah mendidih, masukkan jantung pisang. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Kalau tak suka bubuh gula, bubuh garam jer la sesedap rasa ya.


Kacau sehingga rata dan biarkan sehingga mendidih lagi sekali sambil dikacau selalu.


Bila sudah masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Menu untuk hari ini. Singgang ikan kembung, ayam masak hijau dan paling istimewa tentunya masak lemak jantung pisang.

Jemput makan semua..

Bismillah.

Isnin, 22 Jun 2020

Roti Jala Tanpa Telur

Nampak warna pun dah menarik. Jalinan kasih antara jalur kuning dan merah jambu..

Macam mana..? Awak tak suka ke? Takkan saya ajerr yang jatuh cinta.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


ROTI JALA TANPA TELUR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar atau santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar minyak masak
Pewarna merah jambu dan kuning
Sedikit minyak untuk melengser pada kuali

Cara-cara membuatnya.

๐ŸŒทDalam mesin pengisar, masukkan 1 cawan susu segar dan 2 cawan air. Masukkan pula 3 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil esen vanilla dan 2 sudu besar minyak masak, kisar sehingga rata dan tiada tepung gandum berbintil.

๐ŸŒทKalau tak ada susu segar atau santan, boleh jer gantikan dengan air.


๐ŸŒทBila adunan sudah rata, bahagian kepada dua bahagian. Satu warna kuning dan lagi satu warna merah jambu.

๐ŸŒทMak Hencik buat 2 cawan kaler kuning dan 1 cawan kaler merah jambu.

๐ŸŒทMasukkan ke dalam bekas berasingan mengikut warna.


๐ŸŒทSeterusnya panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak. Seeloknya guna kuali non stick.

๐ŸŒทKiraikan roti jala. Mula-mula kirai dahulu adunan warna kuning kemudian kirai pula adunan warna pink kat atasnya.

๐ŸŒทBila roti jala dah lekang dari pan, tandanya roti jala sudah masak maka bolehlah diangkat.


๐ŸŒทLetakkan atas pinggan yang rata. Mak Hencik letak atas chopping board supaya saiz untuk Mak Hencik lipat jadi sama. Sebab Mak Hencik lipat ikut garisan tu. Ermmm.
Abaikan ya chopping board yang antik tu. Hi3. Inilah realiti sebenar di dapur.. Ha3

๐ŸŒทLepas tu kirai lagi roti jala sehingga masak dan sehingga habis adunan.


๐ŸŒทLipat dan gulung roti jala sehingga kemas.


๐ŸŒทMasukkan ke dalam mangkuk hidang dan buatlah sampai habis.


๐ŸŒทRoti jala sedap dimakan dengan kuah durian atau kuah kari.

๐ŸŒทHari ini Mak Hencik sediakan kari ayam. Jom makan roti jala dan kaki ayam

๐ŸŒทBismillah..

Sabtu, 20 Jun 2020

Kek Marble Jelita

Rasa lemak, manis dan lembab. Mmm.. Sedap sungguh. Rugi kalau tak cuba.


Hari ni kita tak ke mana-mana. Cuma bergerak ke sana.. bergerak ke sini.. dalam rumah jer.


Sementara menunggu orang tu balik outstation, saya pun baking kek favouritenya, kek mentega. Tapi kali ni kita touch up sikit dengan corak dari tangan kerasku.


Corak ni corak baharu, tak pernah orang buat lagi.. Kira pioneer la ni.. Corak diberi nama corak pokok bunga semalu. Kikiki
#terimakasihAllah❤️


KEK MARBLE JELITA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

250 gm mentega - ambil 100gm dan cairkan
6 biji telur Gred B
1 cawan gula kastor
3 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu segar atau susu sejat
1 sudu besar ovallete
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna hijau dan merah

Cara-cara membuatnya


Ambik 100gm mentega dan cairkan guna dapur gas. Nak guna microwave pun boleh. Dah cair menteganya, biarkan dahulu.


Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan seperti
150gm mentega
1 cawan gula kastor,
1 sudu besar ovallete,
3 sudu besar susu pekat manis,
1/4 cawan susu segar atau susu sejat,
2 cawan tepung naik sendiri dan
6 biji telur dan
1 sudu kecil esen vanilla.


Putar sehingga kembang dan putih. Mula-mula slow dulu, lepas tu lajukan pemutar.


Bila sudah kembang dan putih, tuang mentega cair tadi. Kaup-balikkan sahaja menggunakan spatula atau sudip kayu.


Lepas tu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tidak dibubuh pewarna, satu lagi dibubuh warna merah jambu.

Warna tu ikut korang la nak bubuh kaler apa pun.. Kek korang. Hihihi


Ambil satu sudu besar adunan warna pink dan satu sudu besar adunan tanpa warna diwarnakan pula dengan warna hijau. Masukkan dalam plastik berasingan.


Loyang empat segi 9'X9' terlebih dahulu disapu dengan mentega di bahagian bawah dan tepinya. Kemudian dialas dengan baking paper.

Baking paper tu alas bahagian dasar sahaja. Tepi dinding loyang tu cukup sapu dengan butter jer.

Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 150 C selama 10 minit.

Kembali kepada kek kita tadi, mula-mula tuang dulu adunan tanpa warna diikuti dengan adunan warna merah jambu. Buat sampai habis secara berselang-seli.

Bila sudah siap, hentak-hentak manja sikit adunan. Adunan akan jadi rata.


Lepas tu bolehlah kita corakkan kek marble kita sejelita yang mungkin. Mak Hencik buat batang pokok dengan kaler hijau. Kaler pink pula untuk bunganya . Hi3

Gitu la jadinya corak dari keras tangan Mak Hencik. Hahaha


Akhirnya masukkan ke dalam oven. Letak loyang di tingkat paling bawah.

Pada tingkat atas pula di letakkan aluminium foil supaya bahagian atas tidak hangus. Kalau hangus, corak yang kita lukis tadi tu akan hilang. Dah jadi tak jelita la nanti. Kikiki

Bakar pada suhu 140 C selama 45 minit.


Bila sudah masak, keluarkan dari loyang dan terbalikkan atas redai. Biar dia sejuk sedikit barulah dipindahkan ke atas dulang kek.


Jangan lama sangat dok atas redai takut permukaan kek melekat pada redai pula.


Pastu bolehlah dipotong. Boleh dinikmati dengan minuman kegemaran.

Bismillah..

Rabu, 10 Jun 2020

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit yang Sedap

Nak tahu cara buat kuah kacang yang baunya macam nenek buat dulu-dulu? Haaaaa... Ini rahsianya.


Kuah kacang ni biasanya kita makan dengan nasi impit kan. Tapi lain pula dengan Pak Hencik. Dia suka makan lemang dengan kuah kacang. Hi3. Selera suami ai ni tak sama ngan orang ramai. Hi3.

Apa-apa pun mungkin ada juga kawan-kawan kat luar sana yang suka makan lemang dengan kuah kacang dan rendang macam Pak Hencik.

Demi Pak Hencik, Mak Hencik pun meringankan tulang untuk buat kuah kacang resepi dari arwah Mek, mak Mak Hencik untuk dimakan dengan lemang. Untuk anak-anak, Mak Hencik rebus nasi himpit untuk dimakan dengan kuah kacang.


RESEPI KUAH KACANG
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

๐Ÿ”ฅ1 biji bawang merah besar saiz sedang
๐Ÿ”ฅ2 biji bawang putih
๐Ÿ”ฅ10 tangkai lada kering - buang biji, potong dan rendam dengan air panas sekejap
๐Ÿ”ฅ1 hiris halia

Bahan-bahan bertanda ๐Ÿ”ฅ hendaklah dikisar sehingga halus

1 cawan santan pekat
2 cawan air
1-2 batang serai - diketuk
2 keping nisan kelantan
1/2 sudu kecil garam atau secukupnya

๐Ÿฅ1 sudu kecil jintan putih
๐Ÿฅ1 sudu besar jintan manis
Bahan beranda ๐Ÿฅ disangai dan ditumbuk halus

Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya.

Mise En place

1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering sehingga lumat.
2. Ketuk serai.
3. Sediakan air asam jawa
4. Sediakan juga nisan Kelantan, garam, gula dan minyak secukupnya

Ni adalah nisan ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†

5. Yang paling penting sangai jintan manis dan jintan putih dan tumbuk halus.


Ni proses sangai jintan manis dan jintan putih. Sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak.

Bila jintan dah kering dan garing, tutup api dan angkat.


Tumbuk jintan sehingga hancur. Ketepikan.

Jom mulakan..


⛱️Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.


⛱️Masukkan 2 cawan air.


⛱️Masukkan 1 cawan santan pekat.
⛱️Masukkan serai yang diketuk dan bahan perasa seperti nisan, garam dan gula.
⛱️Kacau rata dan biarkan sehingga menggelegak.


⛱️Apabila kuah sudah menggelegak masukkan air asam jawa.


⛱️Masukkan jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk tadi.

⛱️Bahan inilah yang akan menaikkan bau dan rasa kuah kacang macam Mek buat.


⛱️Biarkan ia mendidih.
⛱️Bila sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan kuah menjadi pekat dan naik minyak.


⛱️Bila kuah sudah cukup pekat, rasa pun sudah sedap, bolehlah kita tutup api.


⛱️Masukkan kuah kacang ke dalam mangkuk hidang.


⛱️Sedia dimakan bersama nasi impit atau lemang. Hehehe

⛱️Bismillah..