Sabtu, 24 Mac 2018

Sotong Masak Percik Kicap

Masak jer lah lauk apa-apa pun, janji cepat. Hurm.. nak masak apa ya?

Ingatkan malam nanti baru balik, tapi tiba-tiba tersembul di muka pintu.

Awak dah makan?

Belum lagi. Saya ingat nak makan kat rumah.

Iya??!

Kah kah kah.
Aku buat-buat gelak. Nak sembunyikan rasa bersalah. Sebenarnya aku tak masak pun lagi. Baru tadi buat karipap. Takkan nak membelasah 32 biji karipap tuh? Er er kenyang ke?

Er.. awak gi mandi dulu ya.. solat dulu ya.. saya masakkan lauk spesel untuk awak.

Langkah pertama.. Mula-mula masak nasi dulu.

Hurm.. nak masak lauk apa nih?


RESEPI SOTONG MASAK PERCIK KICAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

5 ekor sotong, dipotong bulat
1/4 bawang merah besar, hiris
1 biji bawang putih, hiris
2 hiris halia
1 batang serai, diketuk
1 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap manis
1 keping asam gelugur
1 biji lada hijau, dipotong serong
1/4 biji bawang besar holand - dipotong wedges atau hiris besar
1 1/2 cawan santan

Cara-cara menyediakannya

Meh ler..


Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.


Langkah 1
Panaskan kuali. Masukkan santan, bahan hiris seperti bawang merah, bawang putih, halia, serai, asam gelugur dan lada hijau.


Alamak! Terlupa pula. Masukkan juga cili kisar. Kacau rata.


Langkah 2
Bila kuah sudah mendidih, masukkan sotong dan bawang besar Holand yang dipotong wedges. Kacau rata.


Masukkan pula kicap manis dan garam secukupnya. Masukkan juga gula jika suka. Maklumlah kicap tu dah manis. Kacau lagi sehingga rata dan isi sotong masak.


Langkah 3
Bila sotong sudah masak, bolehlah tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Aikkk takkan satu lauk jer? Oklah kita masak telur dadar sebagai penambah hidangan. Sayur? Hiris timun lah yaa..

Dah siap solat ke? Marilah makan..

Jemput makan..

Bismillah..

Karipap Kentang Flawless

Petang-petang makan karipap memanglah sedap. Makan pula panas-panas. Kulitnya rangup.. inti kentang pula pedas-pedas manis. Alahaiiiii.. sedapnya. 😍😍


Karipap ni juga kadang-kadang difrozenkan untuk sarapan pagi anak-anak sebelum pergi ke sekolah. Kalau tak sempat buat atau terus-terang jer laa.. malas nak buat, kikiki, ku beli jer.. 

Kalau dihitung-hitung, dikira-kira, ku rasa macam lebih banyak beli pula daripada buat sendiri. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Korang macammana? Hari ni kita jadi rajin. Jom buat sendiri. Caiyokkk!


RESEPI KARIPAP KENTANG
Oleh Dapur Cempakasari

DOH KARIPAP

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak - dipanaskan
3/4 cawan air ais
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa ikan bilis

INTI KENTANG

Bahan inti kentang

5 biji ubi kentang saiz besar - dipotong dadu
1 biji bawang merah besar - dicincang
1 biji bawang putih - dicincang
2 hiris halia - dicincang
3 sudu besar serbuk kari atau secukupnya - dibancuh dengan sedikit air
6 sudu besar gula - kurangkan jika tidak suka rasa manis
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis

Cara-cara membuatnya.

Jom....

Kita buat intinya dulu.


Ubi kentang dibasuh bersih kemudian dipotong dadu.


Rebus ubi kentang yang telah dipotong dadu sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air.

Tips: kalau nak bagi tahan lama, kentang ni boleh digoreng dengan minyak.


Cincang daging burger. Kalau tak suka daging burger, tukar dengan isi ayam atau daging cincang atau isi ayam carik atau daging carik. Hurmmm.. banyaknya atau.. πŸ˜‰πŸ˜‰


Cincang bawang putih, bawang merah dan halia. Sediakan juga serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.


Mula-mula kita tumis bahan cincang seperti bawang putih, bawang merah dan halia sehingga layu. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari. Kacau sehingga hampir kering.


Seterusnya masukkan daging burger. Kacau lagi sehingga daging masak.


Masukkan pula kentang dadu yang telah direbus tadi. Gaul rata.

Masukkan serbuk perasa ikan bilis dan gula secukupnya. Gaul lagi.

Kita tak perlu masak lama sangat sebab kentang tu sudah masak. Tinggal nak bagi kering air jer lagi.


Akhir sekali, masukkan tepung gandum. Kacau sehingga kering.

Ekceli kalau bubuh tepung ni, secara automatik ia akan jadi pekat. Yang ni nih, Mak Hencik tengok mak cik kantin yang buat. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dah siap, masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk dulu.. Tunggu ler nak menguli kulit kepap pulak.. dok diam-diam nooooo...

Cara-cara buat doh karipap dan karipap.

Jommmmm...


Mula-mula panaskan minyak masak. Sementara itu, kita ambil bekas adunan, masukkan tepung gandum, garam dan serbuk perasa ikan bilis. Gaul rata.

Lepas tu kita tuang minyak panas ke dalam bekas yang berisi tepung tadi. Hati-hati sebab minyak tu sangat panas.


Hahhh! Berbuih dia tu.. dengan menggunakan sudip kayu, gaul sehingga rata. Bila minyak dah agak sejuk, barulah kita guna jari-jemari kita yang halus-mulus dan runcing seperti bendi. Kahkahkah. Gaul sehingga sehingga rata.


Ni tepung yang diadun dengan minyak tadi.
Kemudian masukkan air.
Uli sehingga menjadi doh.


Ni ler ghupernya doh kita. Macammana? Buruk tak? Kahkahkah


Doh tadi dibulatkan sebesar bola ping pong. Kecil sikitlah kot. Kalau kulit kepap tebal sangat tak sedap pula. Pandai-pandai koranglah yea.. Mak Hencik tak kuasa aihh nak main timbang menimbang nih. 😭😭


Ambil torak, nipiskan doh yang bulat tadi tu..


Mak Hencik buat semua terus.. tinggal bubuh inti jer nanti. Cepat sikit kerja ku ni..


Sediakan dulu bancuhan tepung dan sedikit air sebagai pelekat. Nanti kepap tertutup jer mulutnya.. 😷😷


Ambil inti kentang tadi. Bolehlah kita mulakan langkah membuat karipap.


Langkah 1
Ambil sekeping doh nipis. Letak atas acuan karipap. Letakkan inti di tengah.


Langkah 2
Sapu tepinya dengan bancuhan tepung untuk melekatkan kedua belah karipap tu. Mak Hencik tak terrer, jadi kena buat gaya gini baru tak ternganga karipapnya nanti. InsyaaAllah..


Siap sebiji karipap. Kalau nak kelim tepinya tu bolehlaa kelim. Doh buruk tadi dah jadi cantikkk. Magik korang nih! 🌼🌼🌼


Susun dalam dulang cantik-cantik.


Bolehlah kita menggoreng dalam minyak yang banyak dan panas. Balikkan supaya masak sekata.


Dah masak, angkat dan toskan minyak. Memang flawless sungguh. Ko pakai jenama apa wahai kepap?!


Masukkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati..


Jom menikmati karipap kentang kita bersama segelas minuman kegemaran.


Bismillah..

Mmm..sedapnya. πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Jumaat, 23 Mac 2018

Laksa Kelantan yang Sedap

Sukar juga nak makan laksa Kelantan yang sedap kalau duduk di luar Kelantan melainkan satu sahaja. Melainkan apa? Melainkan kau buat sendiri. Kikiki

 

Untuk makan laksa kelantan, kita mesti ada laksa beras yang halus tu, kuah laksa yang ada santan tu, ulam-ulaman dan sambal lada untuk menambahkan rasa pedas kepada penggemar cili. Tapi ada satu lagi yang perlu ada. Apa yang perlu ada?

Seketul belacan dan sedikit garam halus. Secara tradisinya, orang Kelantan akan menghidangkan laksa seperti hidangan di atas bersama satu lagi piring. Piring itu mengandungi seketul belacan dan sedikit garam halus. Belacan? Garam?

Ya.. belacan dan garam. Jangan ingat belacan tu coklat pula. Hahaha


Kepada tetamu yang akan menikmati hidangan laksa kelantan ni, mereka akan mencubit sedikit belacan dan akan digaul bersama laksa dan kuahnya. Begitu juga dengan garam. Sekiranya kita ingin menambah sedikit rasa masin, al maklumlah mulut dan lidah orang tidak sama rasanya, maka kita boleh cubit sedikit garam tersebut dan dimasukkan ke dalam kuah laksa kita. Pernah rasa tak?


RESEPI LAKSA KELANTAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 kg laksa beras kelantan - readymade, beli jer

Bahan kuah laksa

7 ekor ikan selayang - direbus, diasingkan isi dan tulang kemudian dikisar
4 cawan santan atau secukupnya
*2 biji bawang merah besar
*3 biji bawang putih
*1/2 inci halia
Bahan bertanda * dikisar halus
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya

Ulam-ulaman - boleh masukkan ulam yang kita suka

Daun kesum - dihiris halus
Daun serai kayu - dihiris halus
Timun - dihiris halus
Bunga kantan - dihiris halus
Tauge

Cara-cara menyediakannya

Meh ler kita buat projek masak kuah laksa kelantan.



Misi pertama ialah merebus ikan.
1. Ambil periuk, tabur sedikit garam dan letakkan asam keping.
2. Susun ikan selapis kemudian tabur sedikit garam di atasnya dan letak asam keping.
3. Susun lagi ikan dan tabur sedikit garam di atasnya.
4. Masukkan air separas ikan.
5. Letakkan di atas dapur dan tutup periuk dengan sedikit terbuka.
6. Buka api dan biarkan air hampir kering.
7. Tutup api dan sejukkan.





Bawang merah, bawang putih dan halia hendaklah dikisar halus.



Bahan kisar


Asingkan isi dan tulang ikan, kemudian kisar halus.


Isi ikan yang telah dikisar halus.


Di dalam periuk, masukkan santan, bahan kisar, asam keping, garam dan gula secukupnya. Buka api.


Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.


Apabila sudah mendidih, masukkan isi ikan kisar. Kacau lagi sehingga mendidih lagi sekali.


Bila sudah masak, tutup api.  Keluarkan asam keping.


Sediakan ulam-ulaman pilihan kita masing-masing. Ulam wajib biasanya daun kesum, timun, kacang panjang dan tauge.


Sambal Lada

7 tangkai cili kering - dipotong kecil, dibuang biji dan direbus sekejap
5 biji cili padi - Mak Hencik tambah sebab cili kering yang Mak Hencik gunakan tu kurang pedas.

Cara-cara:
Kisar halus cili kering dan cili padi bersama sedikit garam dan air. Dah siap, masukkan ke dalam mangkuk hidangan.


Inilah dia hidangan set laksa Kelantan kita pada hari ini. Ada laksa, kuah laksa, ulam-ulaman dan sambal lada.


Jom kawan-kawan kita menjamu selera.

Bismillah..