Penyejuk tekak yang lejen. Tambah-tambah apabila dimakan semasa panas terik. Ya ampunnn sedapnya.๐๐๐
Itu pun kalau ada daun pandan, kalau tak ada gantikan sahaja dengan pandan flavour.. abis cerita ๐๐
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
20g agar-agar tali
2 cawan air daun pandan
5 cawan air
1 cawan santan kotak
1 cawan gula
2 biji telur, dikocak sedikit, letak sebiji sahaja pun okey
1 sudu kecil pewarna hijau
Sedikit garam
Cara-cara membuatnya.
๐ทMula-mula kita menyediakan bahan-bahannya dulu.
Cara memasak.
๐ทJom kita mulakan.
๐ทDalam sebuah periuk, masukkan 2 cawan air daun pandan, 4 cawan air dan agar-agar tali. Masak sehingga agar-agar hancur.
๐ทBila agar-agar sudah hancur, baharulah masukkan secawan gula dan sedikit garam. Biarkan sehingga gula hancur.
๐ทLepas tu biarkan ia menggelegak lagi sekali. Mesti tunggu sampai menggelegak tau.. supaya lapisan santan dan telur tu naik ke atas.
๐ทSambil tunggu dia menggelegak tu, kita sediakan loyang. Basahkan sikit dengan air. Orang kata senang sikit nak tanggalkan agar-agar bila dia beku nanti.
๐ทBalik kepada agar-agar yang menggelegak tadi.. bila dah lama mendidih, dah nampak bahagian santan tu timbul, bolehlah tutup api.
๐ทTunggu sehingga sehingga menggelegak.
๐ทKalau dah menggelegak, biarkan lama sikit, dalam 4 ke 5 minit gitewww.
๐ทMak Hencik guna loyang saiz 11"X11" sebab suka nipis jer. Kalau nak tebal sikit agar-agar tu, boleh guna saiz 10"X10".
๐ทKalau tak kesah nak tebal ke nipis, boleh pakai besen, cawan, kole atau apa yang mana hadow yang mana di dapur kita.. ๐คญ๐คญ๐คญ
๐ทPastu tuang dalam loyang tadi dan biarkan ia pejal.
๐ทBila dah sejuk sikit, bolehlah disimpan dalam peti sejuk.