Jumaat, 21 Disember 2018

Muffin Vanilla yang Sangat Sedap

Tak payah guna mixer pun buat muffin ni. Kacau guna whisk sahaja. Sangat mudah sekali!




Anak-anak kebosanan petang ni. Tiada aktiviti apa-apa yang nak dilakukan. Semalam dah keluar, hari ni rasanya nak ajak dia main masak masak pula. Buat mafin vanilla. Guna resepi ada disimpan dalam telefon ni. Ambil dari FB. Jom cuba!



RESEPI MUFFIN VANILLA YANG MUDAH DAN SANGAT SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari
(menghasilkan 10 biji mafin)

Bahan-bahan

1 cawan susu segar
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Mentega, cairkan. (Mak Hencik guna separuh ketul mentega)
2 cawan tepung gandum dicampur dengan 1 sudu kecil baking powder, ayak

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita memafin hari ni.. 🀩🀩🀩



Bahan-bahan yang digunakan. Mak Hencik guna tepung naik sendiri menggantikan tepung gandum dan baking powder.



Mula-mula kita cairkan mentega di atas dapur. Sesudah cair kita tutup api dan sejukkan sebentar.



Di dalam yang sesuai atau tak sesuai (suka hati kau ler), masukkan susu segar, gula kastor, garam, telur dan mentega cair. Kacau sedikit menggunakan whisk.



Kemudian masukkan tepung naik sendiri.



Kacau sehingga sebati. Dah sebati, terus berhenti. Jangan terlebih kacau. Katanya kalau buat mafin ni pantang benar kalau terlebih kacau. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Panaskan oven 180°C selamat 10 minit.

Sediakan bekas mafin yang sesuai. Lepas tu bubuhla adunan tadi ke dalamnya. Bubuh 3/4 penuh bekas sahaja. Takut bila dah masak nanti, ia akan melimpah.



Hiaskan dengan hirisan badam. Nak letak coklat cip ke.. Coklat rice ke.. Suka hati sendirila yea.. 😎😎



Bakar selama 20 minit atau ikut oven masing-masing.

Yang kat atas tu πŸ‘†πŸ‘†adalah selepas 7 minit.



Pemandangan selepas 15 minit.



Pemandangan selepas dikeluarkan dari oven. 😍😍



Sekian sahaja. Terima kasih. πŸ˜‰πŸ˜‰

Jemput menikmatinya bersama..

Bismillah..

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Tiada ulasan:

Catat Ulasan