Khamis, 13 Disember 2018

Popia Ayam yang Mudah

Sambil tengok TV, sambil kunyah popia. Saper suka?


Perut la yang suka sebab nanti kenyang. Perut sapo ler tu kalau bukan perut yang suka makan.. Perut kita ler tu.. 😆😆😆

Wahai mulut.. Awak jangan banyak komplen ya.. Makan dengan rasa syukur supaya perut ada alas. Makan sekadar alas perut sahaja.. Sederhana gitu.. 😎😎😎


RESEPI POPIA AYAM YANG MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 biji ubi kentang, direbus dan dilecek
1 1/2 cawan isi ayam, dikisar bersama 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam dan 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji bawang putih, dicincang
1/2 biji bawang merah besar, dicincang
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit karot, diparut
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom ke dapur!


Rebus kentang, toskan air dan lecek.


Kisar isi ayam bersama serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah sehingga hancur.

*
Tumiskan bawang putih dan bawang merah cincang sehingga kekuningan.


Masukkan isi ayam kisar dan kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air supaya isi ayam mudah masak. Kacau lagi sehingga air kering dan isi ayam masak. Bila sudah masak, tutup api.


Oleh kerana isi ayam berketul kasar, Mak Hencik kisar lagi sekali menggunakan pengisar kering.


Di dalam bekas yang sesuai, masukkan kentang lecek, isi ayam kisar, karot yang disagat dan bawang goreng.


Gaul sehingga sebati.


Persediaan menggulung popia. Inti ayam, kulit popia dan bancuhan tepung gandum serta sedikit air.


Sudukan inti ayam ke atas kulit popia.


Gulung sikit. Sapukan bancuhan tepung gandum di bahagian bucu atas kulit popia.


Lipat ke kiri dan lipat ke kanan.


Kemudian gulunglah sehingga habis.


Dapat satu bekas, 35 biji popia.


Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Ini ialah popia yang digoreng sekejap untuk disejukbeku atau frozen. 


Ini ialah popia yang sedia untuk dimakan sambil menonton perlawanan separuh akhir bola sepak piala AFF antara Malaysia dan Thailand. Yeayyy Malaysia menangis 2-2 dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan