Selasa, 18 Disember 2018

Ikan Kerapu Kukus yang Sedap

Tercari-cari resepi sihat untuk jaga kesihatan.. Tiada minyak, tiada santan, tentunya berkhasiat. Hari ni kita cuba.


Nak kukus ikan, perlu ada serai yang segar kalau boleh. Tengok dalam peti ais, serainya dah macam rupa veteran. 😅😅

Mak Hencik intai belakang dapur. Mujurlah pokok serai dah hid up subur. Bolehlah kita ambil sebatang dua.. Jom kita ambil serai dulu..


Senang kalau kita dah tanam. Tinggal petik sahaja. Hasilnya pasti segar dari ladang!


IKAN KERAPU KUKUS YANG RINGKAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ekor ikan Kerapu, disiang dan basuh bersih

2 biji bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris halus
1 batang serai, dihiris. Hujung serai tu diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 cawan air
1 sudu kecil jus limau
1 sudu kecil garam, untuk disapu pada ikan
3 biji cili padi, dihiris. Boleh kurang atau tambah ikut selera
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara menyediakannya.

Jom.. Jom.. Jom memasak


Ikan kerapu yang sudah dibasuh bersih disapu dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.

Masukkan batang serai yang diketuk ke dalam perut ikan. Masukkan juga sedikit campuran serai, bawang putih dan halia yang dihiris. Taburkan di atas dan dibawah badan ikan. Ketepikan.


Di dalam kuali, masukkan air. Masukkan cili padi hiris dan sos tiram. Masukkan juga sedikit serbuk lada hitam, sedikit lada sudah, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tunggu sehingga kuah mendidih.


Ikan kerapu yang telah didandan dengan halia, bawang putih dan serai hiris. 😅😅😅


Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ikan yang berserabut dengan bahan-bahan hiris tadi.


Lepas tu tutup supaya cepat masak.


Selepas 5 ke 10 minit, buka tudung periuk. Kalau isi ikan sudah masak, boleh tutup api dapur. Oh ya, jangan lupa masukkan jus limau nipis.


Bila sudah masak bolehlah angkat dan masukkan ke dalam bekas hiding. Pucat lesi pula rupa kau..


Make up sikit. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.


Jom makan bersama. Seadanya. Jemput makan.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan