Rabu, 5 Disember 2018

Tauhu Bergedil Ayam yang Sedap

Hari tu dah buat sekali. Hari ini kita repeat. Sebab hari ni kita rajin sikit. 🤣🤣🤣 Lagi satu sebab ialah rasa dia sedap! 😋😋😋


Masa cuti sekolah begini, anak-anak ada bersama. Lepas puas bermain, masuk ke dapur buka tudung saji.. Tudung periuk.. Tudung kuali.. Buka peti ais.. Hi hi hi.. Diorang mencari makanan ..

Hari ni kita cuba masak 👇👇 untuk diorang.


TAUHU BERGEDIL AYAM YANG SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

12 biji tauhu pot
1 cawan isi ayam kisar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji ubi kentang, direbus dan dilecek.
1 kiub ayam
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup, dihiris
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur
Minyak masak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Sambal kicap pedas

*2 biji bawang putih
*20 biji cili padi
Bahan-bahan bertanda * digoreng dengan sedikit minyak. Angkat dan toskan.
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar gula + 1/2 cawan gula merah, jika suka manis
1 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air

Semua bahan di atas dikisar hingga halus dengan secawan air.
Panaskan sehingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Siap.

Cara-cara menyediakannya

Jom... Jom... Kita mula kan..


Rebus ubi kentang. Bila masak, toskan airnya.


Kemudian, lecek. Ketepikan.


Tauhu pot dibelah X pada satu permukaan. Keluarkan isi dalamnya tu dengan cermat dan masukkan dalam bekas. Ketepikan.


Masukkan isi ayam ke dalam pengisar kering. Masukkan sekali serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.

Nak tukar dengan daging ke.. Udang ke.. Pun boleh. Ikut suka.


Kisar hingga hancur.

Jom masak isi ayam.


Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ayam kisar. Kacau sehingga rata dan masak. Bila masak, angkat dan ketepikan.


Di dalam mangkuk adunan atau mana-mana bekas yang kau ada, masukkan ayam yang dimasak tadi, kentang lecek, isi tauhu pot, bawang goreng, sup hiris, garam dan gula secukupnya. Gaullah sehingga rata.


Pastikan supaya isi ayam tu lebih banyak dari kentang ya. Bukan apa.. Supaya lebih sedap rasa dia.. 😆😆

Okeyy.. Sekarang masa untuk menyumbat pula.


Masukkan ajer campuran ayam tadi ke dalam tauhu pot. Buat sampai habis. Ketepikan. (terlupa ambil gambar sebab syok sangat dok menyumbat sambil tengok TV)

Masa untuk menggoreng pula.
Jadi, kita panaskan minyak dulu.


Sambil itu kita pecahkan telur dan godek sikit guna sudu atau garpu.


Kita celup tauhu pot sumbat bergedil ayam tadi ke dalam telur satu demi satu dan goreng dalam minyak yang telah panas.


Bila sudah perang, kita balikkan.


Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Gorenglah sampai habis..


Hidangkan dalam pinggan bersama sambal kicap pedas. Sedia untuk dijamah.


Mmm.. Sedapnya. Jemput makan semua..

Bismillah..

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Tiada ulasan:

Catat Ulasan