Ahad, 2 Disember 2018

Karipap Sardin Frozen

Kudapan petang yang paling popular di rumah ini ialah karipap. Ada yang sama tak dengan kita?


Jadi hari ini kita cubalah buat karipap pula. Karipap ni jenis yang tak pandai jaga muka, jadi banyaklah juga jerawat yang timbul. Orang kata caranya cuma tambah minyak. Jadi, nak cuba la ni. 😁😁😁

Kita buat satu adunan ni, kemudian kita frozenkan. Kalau nak makan kita goreng lagi sekali. Makan panas-panas ni sedap!

Kalau orang datang pun senang. Tinggal goreng jerrr. 😀😀😀


KARIPAP SARDIN BERJERAWAT
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan inti sardin

1 tin besar Sardin atau mackerel
2 biji bawang putih, dihiris
1/2 biji bawang merah besar, dihiris
1/2 biji bawang besar Holland, dihiris
2 sudu besar cili kering kisar
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan  doh karipap

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar marjerin
1/2  cawan air atau secukupnya
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya

Moh ler kita buat kepap!

Mula-mula kita buat inti Sardin dahulu..


Bawang putih dan bawang merah besar yang dihiris.


Sardin dalam tin, ambil sikit jer sosnya. Yang lebih ditong-sampahkan.


Sardin tadi lenyek sehingga hancur.


Langkah 1
Panaskan sedikit minyak. Tunis cili kering kisar, bawang putih hiris dan bawang merah hiris.


Langkah 2
Bila bahan tumis sudah garing, masukkan sardin lenyek. Gaul sehingga rata.


Langkah 3
Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan sedikit serbuk ikan bilis.


Langkah 4
Kacau sehingga kering. Tutup api.


Masukkan dalam mangkuk, sejakkan. Siap inti sardin karipap!

Mari buat kulitnya pula. Jom!

Langkah 1
Sediakan tepung gandum dalam bekas.

Langkah 2
Panaskan minyak masak dan marjerin.


Langkah 3
Tuang minyak panas tadi ke atas tepung.


Guna sudip kayu untuk menggaul sebab minyak tu sangat panas. Awas ya.. Bila dah sejuk sikit, barulah guna jari.


Gaul sehingga menjadi serbuk roti. Kemudian buatkan lubang di tengahnya.


Langkah 4
Tuangkan air dan uli sehingga membentuk doh yang lembut.


Jadilah akhirnya 👆👆


Masa untuk mengelim pula. Jom terus kan misi. 💪💪


Langkah 5
Bulatkan doh sebesar bola ping pong.


Langkah 6
Nipiskan menggunakan torak atau peralatan yang sesuai.


Buat sampai habis.


Langkah 7
Ambil acuan karipap, letakkan satu keping doh nipis di atasnya. Masukkan inti sardin ke dalamnya. Sapu air di kelilingnya kemudian tutup acuan dengan cermat.


Boleh kelim tangan lagi sekali tepinya tu kalau suka.

Buat sampai habis.


Langkah 8
Panaskan minyak dan goreng. Pastikan minyak betul-betul panas baru digoreng.


Oleh kerana nak frozenkan karipap ni, kita goreng sekejap sahaja. Tujuannya agar karipap ni tak melekat apabila diletakkan bersama.


Bila sudah kuning-kuning sikit, terus diangkat.


Goreng sampai habis.

Tips: selain dari digoreng sekejap karipap untuk disejukbeku ni juga boleh dibakar dalam oven sekejap.


Okey dah siap karipap jerawat sardin. Jom bungkus sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan