Sabtu, 5 Januari 2019

Roti Telur Sardin yang Sedap

Roti telur Sardin ni mudah sangat nak buat. Rasanya pun sedap juga. Kalau bosan buat roti telur, haaa bolehlah buat roti telur sardin ni.



Ingatkan hanyir sebab guna sardin. Malangnya takde bau hanyir pula. Hurm..

Inilah tambahan koleksi untuk sarapan pagi sebelum anak-anak pergi ke sekolah. Boleh juga dibuat minum petang atau kudapan malam.

Kalau selepas anak-anak belajar atau buat homework pada waktu malam, boleh juga buat benda alah ni. Selain sedap, resepi ni juga senang nak buat.

Jom kita buat.. 



ROTI TELUR SARDIN VIRAL
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Siti NorFarizah Mohamad

Bahan-bahan

1 tin kecil sardin
2-3 biji telur
1/2 biji bawang merah besar, dihiris
Sedikit daun sup, dihiris
Cili secukupnya, dihiris
2 sudu besar mayonnaise (resepi asal tak letak)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom ke dapur



Sardin dibuang sos dan tulang kemudian dilenyek sampai hancur.



Roti keping dipotong tiga segi atau ikut suka kita.



Di dalam bekas, masukkan sardin lenyek, bahan-bahan hiris, telur, mayonnaise dan garam. Kacau sehingga rata.



Kemudian, bolehlah kita panaskan kuali dan letakkan Sedikit minyak.

Lepas tu Celup roti ke dalam campuran telur dan sardin tadi.



Lepas tu masukkan ke dalam kuali yang telah panas. Bila sudah keperangan, balikkan.



Tunggu sehingga masak, barulah angkat.



Hidangkan. Siap untuk dimakan.

Jemput makan semua..

Bismillah..

🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

Tiada ulasan:

Catat Ulasan