Jumaat, 26 Januari 2018

Ikan Tongkol Masak Pedas yang Sedap dan Mudah

Kalau ada ikan tongkol yang besar dan segar, haaa memang sedap masak pedas ni. Rasa manis-manis pedas giteww.. Awww..!!


Ko dah kenapa terjerit auww auww giteww. Suka sangat ya hati mu dapat makan masakan kegemaranmu ni.. kot ya pun ucapkanlah alhamdulillah ke.. subhanallah ke.. baru senonoh sikit.. apa nak jadi dengan anak-anak nih. Hadeihhh pening kepala mak nih.


IKAN TONGKOL MASAK PEDAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 keping ikan tongkol saiz besar - dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng.

5 tangkai cili kering - kalau nak lebih pedas, boleh letak lebih cili kering.
2 biji bawang putih
3 sudu besar sos cili
2 cawan air
1/2 biji bawang merah sederhana besar
1 biji tomato - dibelah 6
1/2 biji bawang Holand - dipotong wedges
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis


Langkah 1
Ikan tongkol dilumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng. Toskan minyak.

Nak ganti dengan ikan lain pun tak apa. Ikan selar, kembung, tenggiri, merah, kerapu, siakap dan lain-lain. Ikut suka kita la kan kita nak masak ikan apa.. hehe


Langkah 2
Tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.

Ni cara tradisional. Haha. Kalau cara moden, kisar guna blender.


Langkah 3
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau kacau selalu.


Langkah 4
Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan hampir garing.


Langkah 5
Kemudian masukkan air. Masukkan juga sedikit garam dan gula secukupnya. Gula biar banyak sikit supaya ada rasa manis- manis apabila  dimakan. Masukkan juga sos cili. Kacau seketika.


Langkah 6
Kemudian masukkan ikan tongkol yang digoreng tadi, tomato dan bawang Holand. Kacau seketika. Biar kuah mendidih dan pekat.


Langkah 7
Bila kuah hampir pekat, bolehlah dirasa. Kalau dah biasa masak, tidak perlu dirasa-rasa dah ya. Pasti sedap. Hihi


Apabila kuah sudah pekat dan sedap, bolehlah tutup api dan masukkan ke dalam pinggan hidangan.


Langkah 8
Ni diaaa.. dah siap masakan kita. Dah boleh makan dengan nasi putih. Jom makan semua.. jemput.. jemput..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan