Rabu, 13 Disember 2017

Maggi Ladna Ayam Sukahati Akula Sedap Sangat

Pernah rasa? Cubalah masak kalau nak tahu rasanya. Sedap bhai.


Masa duduk belajar kat U dulu, aku biasa order nasi ladna. Nasi putih dituangkan kat atasnya kuah pekat dengan penuh sayuran dan sedikit ayam, udang dan sotong. Masa tu kuat makan dan tak pula naik berat badan. Kalau tak makan nasi macam tak makanlah pulak fe'el perutku nih. Jadi, hari-hari kena cari nasi.


Selepas itu bertukar pula kepada kue tiew ladna. Kalau kat kantin, kue tiew habis, adik tukang masak kantin yang sedap, Gee namanya akan cadangkan mee ladna pulak. Angguk jer la kalau sudah lapar. Itulah rezeki terbaik untuk saat tersebut.. Mak redha you..


MAGGI LADNA AYAM 
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

5 keping maggi - dicelur dan ditos

3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
1 ketul dada ayam - dihiris nipis
1 liter air
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos tiram

sedikit kobis - dipotong kecil
sedikit karot - dipotong halus panjang
sedikit bunga kobis - dipotong kecil
sedikit cendawan - disiat kecil
sedikit batang seleri - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
sedikit minyak untuk menumis

*4 sudu besar tepung jagung
*1 cawan air 
Bahan bertanda * dibancuh sebati

garam dan gula secukupnya

Cara-cara memasak

Jom kita ke dapur.. Jom Jom


Langkah 1
Mula-mula kita celur maggi. Kita ambil periuk, masukkan air dan buka api. Biarkan sampai mendidih, barulah dimasukkan maggi. Pastu tutup periuk. Tutup api dapur sekali. Biarkan seketika. Selepas dua tiga minit, buka penutup periuk dan check dah masak ke belum maggi tadi. Kalau dah lembut bolehlah ditoskan maggi tadi.


Langkah 2
Sediakan bahan-bahan untuk memasak.
Bawang putih diketuk dan cili padi. Kalau nak pedas, tambahlah 38 biji lagi. Kalau tak mau pedas kurangkan kepada sebiji sahaja. Hihihi. Suka hati uols..


Isi ayam yang dihiris nipis. Uols boleh tukar kepada haiwan kegemaran masing-masing seperti sotong dan udang. Nak campur-campur pun laaagi sedap. Mak Hencik buat ayam sebab anak Mak Hencik yang sorang tu tak makan seafood. Jadi, untuk selamat Mak Hencik masukkan ayam sahaja.


Langkah 3
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan warna bertukar kepada kekuningan.


Langkah 4
Masukkan ayam. Kacau seketika sehingga separuh masak.


Langkah 5
Masukkan air. Boleh terus masukkan kiub ayam, sedikit serbuk lada putih, sedikit serbuk lada hitam, sos tiram dan sedikit garam. Biarkan dia mendidih seorang diri.
 Sementara itu. kita boleh potong-potong sayur.


Sayur-sayuran ni kita boleh pilih ikut selera kita. Bagi Mak Hencik pula selain dari mengikut selera anak tekak sendiri dan ahli keluarga, Mak Hencik ikut apa yang ada dalam peti sejuk.
Mak Hencik gunakan sahaja apa yang hadowww..

  
Langkah 6
Apabila sudah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran kecuali bunga kobis. Kacau sedikit.. Bunga kobis akan dimasukkan akhir sekali nanti untuk mengekalkan kerangupannya.
Gambarnya kabur sebab berasap. Hihi.


Langkah 7
Akhir sekali masukkan bunga kobis.

  
Bancuhan tepung jagung di mana kita campurkan tepung jagung dan air. Kacau sebati. 


Langkah 8
Sebaik sahaja masukkan bunga kobis, terus masukkan bancuhan tepung jagung dan segera dikacau. Kita akan dapatinya kuahnya menjadi pekat. Kalau tak pekat macammana nak buat pula? Kalau tak pekat lagi, awak buatlah bancuhan tepung jagung dan tuangkan lagi ke dalam kuah tadi. Kesimpulannya kuah ladna ni agak pekat. Jnagan pekat sangat dan jangan cair sangat. Agak pekatlah juga.. haha.. pandai-pandailah ya


 Langkah 9
Boleh rasa dah kuahnya sedak ko idok. Tutup api. Bolehlah dimasukkan ke dalam mangkuk hidangan.


 Ada megi, kuah ladna sukahati akula, daun sup dan bawang goreng



Langkah 10
Ambil mangkuk makan, masukkan megi, cedukkan kuah ladna, tabur daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati. Sila.. sila..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan