Ahad, 25 November 2018

Kentang Goreng Celup Tepung Ala Wedges

Kentang yang tergolek tu boleh dimanfaatkan. Menyedapkan mulut dan mengenyangkan perut. 😂😂😂




Ubi kentang yang tersandar di dalam bakul jarang tu tidak kelihatan seksi, tidak juga kelihatan seksa. Ia kelihatan kesian pula. Sebabnya? Sebabnya kentang tu macam terbiar tidak dipedulikan.. tak apalah..

Nanti ada seorang wira yang akan datang menyelamatkanmu dan menjadikan kamu seorang yang berguna kepada orang lain. Wira tu tentunya tidak lain dan tidak bukan.. aku sendiri! Hihihi

Hari ini keadaanmu yang terbiar akan bertukar menjadi tarikan kepada ahli keluargaku! Akan kugoreng kamu bersalut tepung. Kau akan dimakan sampai tidak meninggalkan kesan lagi. Hahahahaha

Dah kenapa Mak Hencik hari ini? Buang tabiat ker ni.. Hahaha



KENTANG GORENG CELUP TEPUNG
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

8 biji kentang
*1 cawan tepung goreng ayam
*1/2 cawan air atau secukupnya
Bahan bertanda * dibancuh menjadi bancuhan.
1 cawan tepung goreng ayam, untuk disadur
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara menyediakannya.

Marilah kita menggoreng-goreng hari ini..



Kentang dikupas kulit dan dipotong wedges.



Rebus kentang sehingga separuh empuk.



Angkat dan toskan air.



Bancuhkan tepung goreng ayam dengan air. Campurkan sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.
Macam kita bancuh untuk goreng pisang tu jer.



Masukkan kentang rebus tadi ke dalam bancuhan tepung. Kalau nak tebal salutannya, bubuh sikit-sikit. Kalau nak nipis salutannya, bubuh banyak-banyak sekaligus. Try and error! 😂😂😂



Sediakan tepung goreng ayam untuk menyalut kentang.

Golekkan kentang yang telah disalut bancuhan tepung tadi.



Kentang yang sudah digolekkan dengan tepung goreng ayam.



Panaskan minyak. Goreng kentang bersalut tepung tadi sehingga masak.



Angkat dan toskan minyak.



Sedia untuk dimakan. Boleh makan dengan cheezy sauce atau sambal kicap pedas.

Bismillah..

Sabtu, 24 November 2018

Kuih Keria

Kuih tradisional ni memang senang nak buat. Tak caya?



Sekali-sekala kita buat kuih tradisional memang berpeluh juga. Bahan-bahan untuk membuat kuih tempatan ni memang sikit dan ringkas sahaja. Tapi tang buat sira tu yang ahak ahak ahak..

Apa-apa pun, kalau kita tak cuba sampai bila-bila pun tak akan berjaya. So, jom cuba. Kalau berusaha pasti akan berhasil! 💪💪



KUIH KERIA
oleh Dapur Cempakasari
(menghasilkan 20 biji)

Bahan-bahan

3 cawan ubi keledek yang telah dilenyek
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara menyediakannya.

Jom.. Jom.. Jom kita menguih!




Rebus ubi keledek dalam lima ketul sehingga empuk. Toskan air dan lenyek.


Di dalam besen berwarna biru, masukkan keledek lenyek dan tepung gandum.

Yang warna biru tu besen iols, besen uols suka hati uols la ya.. 😁😁😁


Uli sehingga membentuk adunan yang lembut.


Bentukkan macam roda. 👆👆


Goreng sehingga masak.


Angkat, toskan minyak dan sejukkan.

Jom buat sira pula.


Panaskan kuali. Pastikan kuali bersih dari sebarang minyak.


Masukkan air dan gula.


Kacau menggunakan sudip. Sudip pun mesti bersih dari minyak.


Biarkan sehingga air gula berbuih dan menjadi pekat.


Bila air gula sudah pekat, masukkan lah keria yang telah digoreng tadi.


Gaul rata dan bersabar.


Gaul rata dan bersabar.


Gaul rata dan bersabar.


Gaul rata dan bersabar sehingga bunga gula terbentuk dan melekat pada keria. Maka terjadilah kuih keria. Hihihi


Jemput makan kawan-kawan semua.

Bismillah..

Jumaat, 23 November 2018

Sotong Rebus Ketuk Serai

Inilah masakan yang paling mudah dalam dunia. 😱😱😱 Benarkah?



Yang susah sikit mungkin masa kita nak tangkap sotong. Itu pun kalau kita ni pergi ke laut.

Tapi lain halnya jika kita pergi menangkap sotong di pasar atau pasaraya. Kerjanya jadi mudah giler! Menggunakan umpan duit atau pitis, kita tangkap guna tangan jer. Terus dimasukkan ke dalam plastik. Ikat dan timbang. 😂😂😂


RESEPI SOTONG MASAK KETUK SERAI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

7 ekor sotong saiz sedang
*1/2 biji bawang merah besar
*1/2 sudu kecil lada hitam
Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus

1 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugur
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

Jom.. Jom.. Jom kita memasak!


Keluarkan bekas sotong dari peti sejuk. Sotong tu sudah siap dibuang tulang, kantung hitam dan biji kat kepala dia tu. Apatah nama dia..

Basuh bersih dan toskan air ya.


Tumbuk lada hitam dan bawang merah besar sehingga lumat.


Masukkan air dalam periuk, diikuti dengan bahan-bahan tumbuk, serai yang diketuk serta asam gelugur. Tunggu sehingga mendidih.


Bila sudah mendidih, masukkan sotong. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.


Biarkan kuah mendidih dan sotong masak.


Masukkan dalam mangkuk hidang.


Hahhh! Ini dia lauk tengahari ini. Sempoi gilerrr!
Jemput makan semua..

Bismillah..

Rabu, 21 November 2018

Udang Galah Masak Sambal Bertelur yang Sedap

Kita masak sambal, kita masukkan udang, kemudian kita pecahkan telur di dalamnya.. Apa rasanya ya? Hurm.. 😋😋😋



Bukan sahaja udang galah, masakan sambal letak telur ni juga sesuai untuk mana-mana jenis udang dan seafood yang lain.

Biasa kita makan di kedai Tom yam, hari ni kita cuba masak sendiri pula. Mana tau kot-kot lebih sedap dari yang kat kedai. 🤣🤣🤣


UDANG GALAH MASAK PEDAS BERTELUR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

7 ekor udang galah
*2 biji bawang putih
*1/2 biji bawang merah besar
Bahan bertanda * dikisar atau ditumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar Holland, dihiris
1 biji cili hijau, dipotong serong
1 biji telur, dipecahkan dan digodek sedikit
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tiram
1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita memasak!


Udang galah, berehat-rehat di dalam bilik rehat tanpa perabut. 😉😉😉


Potong janggutnya yang panjang mengurai. Basuh bersih dan toskan airnya.


Antara bahan-bahan yang digunakan.


Bawang putih dan bawang merah besar yang ditumbuk, cili kisar dan sebiji telur.


Mula-mula panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing.


Masukkan udang.


Masukkan sos cili, sos tiram, garam, gula dan serbuk pati ikan bilis secukup rasa. Gaul sebati.


Masukkan sedikit air.


Tutup kuali dan biarkan sekejap supaya udang cepat  masak.


Sementara itu, pecahkan telur dan godek sedikit.


Buka penutup dan pastikan udang masak. Kalau belum masak, tunggu sampai masak. Kalau kering, tambah air secukupnya.


Bila udang sudah masak, tuang bancuhan telur sambil dikacau.


Gini rupanya.


Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan lada hijau hiris.


Gaul sehingga rata, sehingga kering sedikit.


Dah siap! Alamak comotnya kuali. 😂😂😂


Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Sedia untuk dijamu..

Jemput makan semua..

Bismillah..