Memaparkan catatan dengan label Resepi sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi sotong. Papar semua catatan

Jumaat, 23 November 2018

Sotong Rebus Ketuk Serai

Inilah masakan yang paling mudah dalam dunia. 😱😱😱 Benarkah?



Yang susah sikit mungkin masa kita nak tangkap sotong. Itu pun kalau kita ni pergi ke laut.

Tapi lain halnya jika kita pergi menangkap sotong di pasar atau pasaraya. Kerjanya jadi mudah giler! Menggunakan umpan duit atau pitis, kita tangkap guna tangan jer. Terus dimasukkan ke dalam plastik. Ikat dan timbang. 😂😂😂


RESEPI SOTONG MASAK KETUK SERAI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

7 ekor sotong saiz sedang
*1/2 biji bawang merah besar
*1/2 sudu kecil lada hitam
Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus

1 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugur
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

Jom.. Jom.. Jom kita memasak!


Keluarkan bekas sotong dari peti sejuk. Sotong tu sudah siap dibuang tulang, kantung hitam dan biji kat kepala dia tu. Apatah nama dia..

Basuh bersih dan toskan air ya.


Tumbuk lada hitam dan bawang merah besar sehingga lumat.


Masukkan air dalam periuk, diikuti dengan bahan-bahan tumbuk, serai yang diketuk serta asam gelugur. Tunggu sehingga mendidih.


Bila sudah mendidih, masukkan sotong. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.


Biarkan kuah mendidih dan sotong masak.


Masukkan dalam mangkuk hidang.


Hahhh! Ini dia lauk tengahari ini. Sempoi gilerrr!
Jemput makan semua..

Bismillah..

Jumaat, 4 Mei 2018

Sotong Masak Lemak Cili Padi

Pada minggu yang lalu, kami pergi mencandat sotong. Nasib kami baik pula, murah rezeki kata orang. Masakan tidak. Sotong tak lari pun bila kami cuba menangkapnya.


Yang paling menyeronokkan ialah ia sungguh jinak. Kami berjaya mengaupnya  dengan tangan dan terus masukkan ke dalam plastik. Nak tahu apa rahsianya? Mestilah kami gunakan umpan..


Umpan jenis apa? Umpan ni tak ada jenis tapi ada pelbagai warna. Warna hijau, biru merah dan kalau ada yang warna ungu berkeping-keping, maunya rasa macam orang kaya.. 😂😂😂


RESEPI SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

6 ekor sotong saiz besar
3 cawan santan sederhana pekat
1 batang serai - diketuk
7 tangkai cili padi - kalau nak lagi pedas, tambah lagi cili padi
1 keping asam keping
1/2 inci kunyit
Garam secukup rasa.
Gula jika uols suka, jika tidak tak perlu

Cara-cara menyediakannya

Jommmmmm..


Sotong diasingkan kepala dan buangkan kantung hitam serta biji di kepalanya tu.
Basuh bersih dan potong ikut suka masing-masing.


Guna 3 bahan ni jer. Kunyit dan cili padi ditumbuk atau kisar hingga lumat. Serai diketuk.


Di atas dapur, letak periuk. Masukkan santan, asam keping, serai dan bahan tumbuk atau kisar tadi. Buka api.


Masukkan juga garam secukupnya. Biarkan sehingga ia menggelegak.


Bila sudah menggelegak, masukkan sotong dan kepala sotong tadi. Biarkan sehingga sotong tu masak.


Rasa dulu sedap ke tak. Kecuali bulan puasa atau tak puasa..hehe.

Dah masak,dah sedap, bolehlah tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidang. Sedia untuk menjamu selera..

Jemput makan kawan-kawan..

Bismillah..

Rabu, 28 Februari 2018

Sotong Rebus Ketuk Serai Sepuluh Minit Siap

Saya ada pengalaman memakai cincin sotong semasa kecil dahulu. Saya makan perlahan-lahan sehingga semua orang beredar dari meja hidangan. Saya ada strategi sendiri.. 😀😀


Sotong tu sengaja disimpan khas untuk disarung ke jari. 😂😂  Bila abah, abang, kakak, adik dan mek sudah tiada di dapur, saya pun akan menyarungkan cincin sotong tersebut di semua jari kanan saya. Sambil itu mata saya mengerling kiri dan kanan untuk menastikan keadaan adalah dalam keadaan tenang dan selamat. Kalau adik-beradik nampak, mereka akan gelak dan menyindir. Nanti malu pula..


Apabila nasi di dalam pinggan sudah habis, saya akan hirup kuahnya dengan pinggan. Enaknya rasa kuah sotong segar. Lepas tu saya akan makan cincin-cincin tersebut satu persatu. Perasaan berbaur pula masa itu.. nak makan ke.. atau nak pakai.. 😂😂


SOTONG REBUS KETUK SERAI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

7 ekor sotong saiz sedang - dipotong 3 atau 4
1/2 biji bawang merah besar - dihiris nipis
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
1 batang serai  diketuk
3 cawan air
1 keping asam gelugur
1 1/2 sudu kecil garam atau secukupnya
1 1/2 sudu kecil gula atau secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk perasa - jika suka

Cara-cara membuatnya

Jomler



Tumbuk lada hitam sehingga lumat


Ambil periuk, masukkan air, bawang merah hiris, serai, lada hitam tumbuk dan asam gelugur. Buka api.

Masukkan semua bahan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih.


Apabila sudah mendidih, masukkan sotong. Kacau seketika.


Biarkan sotong mereneh seketika. Masa ni bolehlah rasa asam garamnya.


Kalau dah cukup masam, boleh keluarkan asam gelugur. Kalau terlebih masam tak sedap pula. Tapi kalau masamnya biasa-biasa sahaja, boleh biarkan jer dia bermastautin dalam periuk tu. 👌👌

Apabila sudah sedap rasanya, bolehlah tutup api.


Mana mangkuk hidangan? Hihi sudah boleh masukkan ke dalam mangkuk hidangan sekarang dan tangkap gambar. Kahkahkah.

Jemput makan kawan-kawan semua..

Bismillah..