Khamis, 19 Mac 2020

Ikan Selar Masak Kicap

Dok tengok-tengok kita masak sejak tadi lagi. Mai la makan..


Hari ini hari pertama Lock Down selama 14 hari berikutan Covid19. Kawalan pergerakan ini meminta kita duduk d i rumah dan hanya keluar untuk perkara yang perlu sahaja. Kalau keluar pula, hanya seorang sahaja iaitu ketua keluarga.

Perhimpunan yang melibatkan ramai orang hendaklah dielakkan. Restoran boleh dibuka tetapi hanya untuk bawa balik atau bungkus dan dimakan di rumah. Kedai-kedai keperluan seperti kedai runcit dan kedai serbaneka boleh dibuka untuk membekalkan keperluan kepada orang ramai. Kedai-kedai selain itu hendaklah ditutup.

Semoga Covid19 dapat dibendung.Aamiin.



Untuk menu masakan hari ini, kita masak Ikan Selar Masak Kicap. Biasa ikan ni Mak Hencik goreng kunyit jerrr, tapi hari ni kita simbah badan dia dengan kicap manis yang pastinya sedap apabila dinikmati nanti.

Ada yang suka tak ikan selar masak kicap ni?

Jom kita memasak.




IKAN SELAR MASAK KICAP
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan


3 ekor ikan selar, saiz sedang
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 biji tomato - dipotong empat
1/2 biji bawang besar Holland - dipotong wedges
1 biji bawang besar - dipotong serong
1/2 cawan air
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara-cara menyediakannya.

Sebelum memasak, kita sediakan bahan-bahannya dahulu. Jommmm..



Ikan selar disiang, dibasuh bersih kemudian toskan airnya.

Selepas tu, goreng ikan tadi. Balikkan supaya masak sekata, Bila sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.

Ikan yang digoreng tu tak perlu bubuh garam dan kunyit ya. Just goreng kosong gitu jer.


Bawang putih, bawang merah kecil dan cili kering yang telah dibuang biji dan direndam dengan air panas sekejap dikisar sehingga hancur. Ketepikan.


Potong tomato, lada hijau dan bawang besar Holland. Ketepikan.

Cara-cara memasak.




Langkah 1

Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing. Kacau selalu supaya tidak hangus.




Langkah 2

Bila bahan tumis sudah garing, masukkan 1/2 cawan air.




Masukkan 3 sudu besar kicap atau secukupnya.




Masukkan 1 sudu besar gula. Kacau sebati. Tunggu sehingga mendidih.



Langkah 3

Bila kuah sudah mendidih, masukkan bahan yang telah dihiris tadi iaitu tomato, lada hijau dan bawang besar Holland.



Langkah 4

Masukkan pula ikan selar yang telah digoreng tadi. Biarkan kuah mereneh buat seketika sambil menanti ia pekat sedikit.




Langkah 5

Bila kuah sudah agak pekat, bolehlah tutup api.




Masukkan ke dalam pinggan hidang.


Taburkan dengan hirisan daun sup, jika ada, sebagai hiasan. Siap sudah lauk kita untuk hari ini. Jom kita hidangkan bersama lauk-pauk yang lain untuk kita menikmati hidangan tengahari..

Jemput makan semua..

Bismillah..

Rabu, 18 Mac 2020

Kari Ikan Tenggiri

Cara masak kari ikan untuk newbie. 


Kalau awak mak orang atau nenek orang, uols dah dikira pro. Walaupun Mak Hencik kongsikan cara memasak kari ikan ni, bukanlah bermakna cara ini adalah yang terbaik atau paling sempurna. Atau tidak juga bermaksud Mak Hencik ni paling bagus, paling terrer atau profesional.

Cara ini adalah cara yang biasa Mak Hencik masak di rumah. Cara orang kampung jer. Sangat mudah untuk menyediakannya. Jadi, cara ini sangat sesuai untuk orang yang nak belajar memasak atau mungkin untuk uols yang suka meraikan perbezaan..



KARI IKAN TENGGIRI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan


2-3 keping ikan tenggiri
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar rempah kari ikan dibancuh dengan 1/2 cawan air.
3 cawan santan sederhana pekat
3 biji bendi, dipotong serong
1 biji tomato dibelah empat
1 sudu kecil asam jawa, dibancuh dengan sedikit air
Garam, gula secukup rasa. 


Jom kita mulakan. 

Penyediaan bahan sebelum memasak..



Ikan tongkol sebanyak 2 ketul, Nak ambil bahagian mana, ikut suka laa. Basuh bersih dan toskan air.



Sediakan 1/2 inci halia, 2 biji bawang putih dan 1 biji bawang merah besar.



Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah besar. Kalau nak cepat, guna sahaja mesin pengisar dan kisar semua bahan tersebut dengan sedikit air.

Mak Hencik tumbuk jer..bukan sebab rajin, tapi sebab kuantitinya sikit sangat.. hihihi



Lepas tu kita belah 4 tomato dan potong bendi. 



Selepas kita potong bendi  tu, cepat-cepat kita rendam dia dalam air. Tujuannya supaya bendi tidak berlendir apabila dimasak nanti.


Tiga sudu besar rempah kari ikan jenama kesukaan masing-masing dibancuh dengan sedikit air. Jadilah bancuhan serbuk kari...

Cara-cara memasak pula.



Langkah 1
Panaskan tiga sudu besar minyak masak, masukkan bahan yang ditumbuk sambil dikacau selalu. Tumis sehingga berwarna keperangan


Langkah 2
Bila sudah berwarna keperangan, masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau lagi sehingga kering.



Langkah 3
Kemudian masukkan ikan. Kacau sedikit supaya isi ikan bersalut dengan rempah kari. Masukkan air asam Jawa. 


Langkah 4
Lepas tu masukkan santan. Kacau seketika sehingga mendidih.


Langkah 5
Bila sudah mendidih, masukkan garam dan gula, jika suka, secukup rasa. Lepas tu masukkan bendi yang sudah dipotong tadi. Kacau seketika sambil menunggu ikan dan bendi masak dengan sempurna.


Langkah 6
Bila sudah masak, rasa dahulu kesedapannya sebelum tutup api.


Langkah 7
Hidangkan bersama lauk-pauk yang lain. Hari ni kari ikan tenggiri ditemani oleh isi ayam goreng kunyit dan sayur kangkung goreng belacan.

On ke tak on lauk hari ni? Jemput makan ya..

Bismillah..

Jumaat, 13 Mac 2020

Cara kurangkan lauk terlebih masin

Kakchik nak share tips apa yang boleh mak-mak hebat buat bila lauk termasin. Tidak perlu panik atau risau lagi. Boleh pilih salah satu.


1. Tumis rencah lain dan tambah kedalam lauk. Tambah semua bahan kecuali garam. Cara ni, lauk akan jadi banyak.

2. Letak kentang yang di potong, kentang akan serap masin dari kuah. Biarkan kentang empuk dalam kuah baru keluarkan.

3. Basah kan tudung periuk, tutup api lauk dan terus tutup periuk dengan tudung periuk yg basah tadi. Tunggu sampai kering tudung periuk. Rasa sekali lagi kuah tadi.

4. Masukkan 1 sudu makan cuka atau air perahan lemon. Kemasaman akan potong rasa masin dalam lauk.

Kakchik dah try, memang best sangat. Tidak lagi rasa trauma bila lauk termasin.

#DapurMakRerama
#TipsDapurMakRerama

Sumber : Umi Watie via FB Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan

Ahad, 1 Mac 2020

Kegunaan tepung beras tak sama rupanya

Hah, Jangan ingat tepung beras semuanya sama. Rupanya ada kegunaan tersendiri. Sebelom ni main belasah jer bila beli janji tepung beras kan.

Kredit: Petua Bonda
Sumber : FB Jom Belajar Buat Biskut





Sabtu, 29 Februari 2020

Nona Manis Gula Merah

Nona manis yang manis, lemak terasa..

Untuk orang yang biasa membuatnya.. Ia adalah proses yang mudah, katanya.. Pepatah ada menyatakan alah bisa tegal biasa. Kalau selalu buat, ia akan jadi mudah.

Kalau yang buat pestaim tu faham-faham sahajalahhh..

Tak caya?


Kalau yang buat pestaim tu faham-faham sahaja lahhh. Hahaha

Tak caya?

Hahaha


RESEPI KUIH NONA MANIS GULA MERAH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

Bahan A

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 biji telur

Bahan B

1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
Secubit

Bahan C

1 cawan santan
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya

Jom.. Jom.. Kita ke dapur.


📒Masak 1 cawan gula merah dan 1/2 cawan air sehingga gula merah larut. Tutup api dan sejukkan. Kemudian bila dah sejuk, tapi. Ketepikan.


📒Kisar telur, santan dan tepung gandum sehingga hancur.


📒Tuang bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yang mengandungi gula melaka.

📒Kacau sehingga rata menggunakan whisk.


📒Masak di atas api sehingga berkilat sambil dikacau selalu.

📒Bila sudah likat, terus tutup api.

Penyediaan bahagian B


📒Campuran semua bahan, Kacau sehingga tidak berketul dan masak di atas api sehingga naik wap. Tutup api.


📒Tuang ke dalam bekas gula merah likat dan berkilat tadi.


📒Kacau sehingga rata dan sebati.

📒Masukkan ke dalam botol sos yang ada satu lubang.


📒Masukkan ke dalam botol sos berlubang satu.


📒Oles acuan dengan minyak.


📒Picitkan botol yang mengandungi bancuhan gula sebanyak 3/4 penuh acuan lompang.


📒Kemudian, picitkan pula botol yang mengandungi bancuhan santan.

📒Letakkan muncung di tengah-tengah kemudian tekan dan masukkan muncung botol ke dalam bancuhan perang.
Tekan sehingga penuh


📒Bila dah siap semua, masukkan ke dalam pengukus.

📒Balut pengukus dengan kain dan pasang suis. Kukus selama 15 minit giteww.


📒Bila sudah masak, buka tudung pengukus dan biarkan seketika supaya sejuk sedikit kemudian bolehlah kita keluarkan dari acuan.


Inilah hasilnya..


📒Jemput rasa kawan-kawan semua..

📒Bismillah..

Rabu, 15 Januari 2020

Ayam Goreng Bawang Putih

Ayam goreng jer punnn..

Memang betul. Ayam goreng jer pun. Tapi ayam goreng ni mak selalu buat dulu, semasa dia masih ada. Jadi Mak Hencik suka nak kongsi dan abadikan resepi mak kat sini.


Ada banyak cara juga untuk memasak ayam goreng yang sedap. Namun, cara mak ni juga boleh dicuba, tambah-tambah lagi jika nak cepat. Atau mungkin juga sudah jemu dengan ayam goreng kunyit dan ayam goreng rempah.


AYAM GORENG BAWANG PUTIH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

6 ketul ayam
4 inci kunyit hidup
6 ulas bawang putih
6 hiris halia
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng minyak penuh

Cara-cara menyediakannya.

Jom kita ke dapur..


🎶Ayam dibasuh bersih dan ditoskan.


🎶Sediakan kunyit, bawang putih, halia dan garam.

🎶Kalau tiada kunyit hidup, gantikan sahaja dengan kunyit serbuk.


🎶Kisar bawang putih, halia, kunyit dan garam dengan sedikit air sehingga hancur.


🎶Tuang bahan kisar ke dalam bekas ayam dan gaul sehingga rata.

🎶Seeloknya perap sekejap dalam 15 minit tapi kalau nak cepat boleh jer terus goreng. Hihihi.


🎶Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

🎶Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak.


🎶Hidangkan ke dalam pinggan.

🎶Bolehlah kita sekeluarga menjamu selera.

🎶Jemput makan kawan-kawan.

🎶Bismillah..