Cara masak kari ikan untuk newbie.
Kalau awak mak orang atau nenek orang, uols dah dikira pro. Walaupun Mak Hencik kongsikan cara memasak kari ikan ni, bukanlah bermakna cara ini adalah yang terbaik atau paling sempurna. Atau tidak juga bermaksud Mak Hencik ni paling bagus, paling terrer atau profesional.
Cara ini adalah cara yang biasa Mak Hencik masak di rumah. Cara orang kampung jer. Sangat mudah untuk menyediakannya. Jadi, cara ini sangat sesuai untuk orang yang nak belajar memasak atau mungkin untuk uols yang suka meraikan perbezaan..
KARI IKAN TENGGIRI
Oleh Dapur Cempakasari
Bahan-bahan
2-3 keping ikan tenggiri
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar rempah kari ikan dibancuh dengan 1/2 cawan air.
3 cawan santan sederhana pekat
3 biji bendi, dipotong serong
1 biji tomato dibelah empat
1 sudu kecil asam jawa, dibancuh dengan sedikit air
Garam, gula secukup rasa.
Jom kita mulakan.
Penyediaan bahan sebelum memasak..
Ikan tongkol sebanyak 2 ketul, Nak ambil bahagian mana, ikut suka laa. Basuh bersih dan toskan air.
Sediakan 1/2 inci halia, 2 biji bawang putih dan 1 biji bawang merah besar.
Tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah besar. Kalau nak cepat, guna sahaja mesin pengisar dan kisar semua bahan tersebut dengan sedikit air.
Mak Hencik tumbuk jer..bukan sebab rajin, tapi sebab kuantitinya sikit sangat.. hihihi
Lepas tu kita belah 4 tomato dan potong bendi.
Selepas kita potong bendi tu, cepat-cepat kita rendam dia dalam air. Tujuannya supaya bendi tidak berlendir apabila dimasak nanti.
Tiga sudu besar rempah kari ikan jenama kesukaan masing-masing dibancuh dengan sedikit air. Jadilah bancuhan serbuk kari...
Cara-cara memasak pula.
Langkah 1
Panaskan tiga sudu besar minyak masak, masukkan bahan yang ditumbuk sambil dikacau selalu. Tumis sehingga berwarna keperangan
.
Langkah 2
Bila sudah berwarna keperangan, masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau lagi sehingga kering.
Langkah 3
Kemudian masukkan ikan. Kacau sedikit supaya isi ikan bersalut dengan rempah kari. Masukkan air asam Jawa.
Langkah 4
Lepas tu masukkan santan. Kacau seketika sehingga mendidih.
Langkah 5
Bila sudah mendidih, masukkan garam dan gula, jika suka, secukup rasa. Lepas tu masukkan bendi yang sudah dipotong tadi. Kacau seketika sambil menunggu ikan dan bendi masak dengan sempurna.
Langkah 6
Bila sudah masak, rasa dahulu kesedapannya sebelum tutup api.
Langkah 7
Hidangkan bersama lauk-pauk yang lain. Hari ni kari ikan tenggiri ditemani oleh isi ayam goreng kunyit dan sayur kangkung goreng belacan.
On ke tak on lauk hari ni? Jemput makan ya..
Bismillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan