Sabtu, 17 Julai 2021

Bihun Pink

 Warna pujaan hati ramai wanita, golongan muda-mudi dan golongan mak-mak, kaler pink! ๐Ÿ’—


Bila join group Masakan Kelantan dalam Facebook, maka banyaklah masakan Kelantan yang lalu-lalang di wall Facebook. Salah satunya, inilah.. bihun goreng pink. ๐Ÿ’—๐Ÿ’—

Nak buat bihun goreng pink atau merah jambu ni biasanya perlu dibubuh sos labu. Maka, godeklah kedai online pula dek kerana nak membelinya. Terus order.


Pagi ni pula Pak Hencik cadangkan supaya Mak Hencik goreng bihun jer sebagai breakfast memandangkan dalam minggu ni sekali pun dapur tak berasap di waktu pagi kerana Mak Hencik busy bekerja dari rumah. ๐Ÿ™๐Ÿ™

Sementara Pak Hencik pergi ke pasar untuk beli lauk-pauk basah, hah jom kita ke dapur nak masak bihun goreng pink, tapi hari ni tidak dibubuh sos labu sebab sos labu belum sampai. Tak per kannn.. Tak per kannn.. Tak per kannn.. hehehe 


RESEPI BIHUN GORENG PINK
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 keping bihun - dibasuh dan direndam sekejap

2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 tangkai lada merah - dipotong serong
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos cili Thai
1 cawan air dicampur dengan 2 titis pewarna pink (pewarna makanan)

1 keping isi ayam - dipotong kecil
5 batang sawi - dipotong 2 inci panjang

Garam, gula dan serbuk perasa
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan hiasan
Sedikit daun sup - dipotong kasar
Sedikit bawang goreng

Jom kita memasak.


๐Ÿ’—Bihun dibasuh bersih dan direndam dengan air sekejap, 5-10 minit jer kot, tak perlu sampai lembut pun.


๐Ÿ’—Toskan air.


๐Ÿ’—Bawang putih ditumbuk kasar.

๐Ÿ’—Potong serong lada merah.

๐Ÿ’—Sawi pun potong juga, panjangnya anggaran 2 inci. Tak perlu ambil pembaris dalam pencil case anak untuk ukur yea, just agak-agak jer.. hi3 ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Batang sawi tu kalu besar, eloknya ketuk sikit dan perah sikit nak buang airnya. Bukan apa, takut terkena jenis sawi yang pahit tu.

๐Ÿ’—Potong isi ayam. Ni nak potong kiub ke memanjang ke nipis-nipis ke.. ikut suka orang yang membuatnya lah yea.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Boleh juga jika nak diganti dengan sumber protein lain seperti udang, sotong daging dan lain-lain.


๐Ÿ’—secawan air dicampur dengan beberapa titis pewarna pink atau merah jambu. Jumlah air tu kena agak ikut berapa banyak bihun yang hendak digoreng.

Cara memasak.


๐Ÿ’—๐Ÿ’—Panaskan 2 sudu besar minyak masak. 

๐Ÿ’—๐Ÿ’—Bila sudah panas, masukkan bawang putih yang ditumbuk kasar tadi. Kacau sehingga naik bau dan warna bertukar ke warna keperangan.

๐Ÿ’—๐Ÿ’— Kemudian, masukkan isi ayam. Gaul rata sehingga separuh masak.


๐Ÿ’—๐Ÿ’—Bila ayam sudah separuh masak, masukkan air berwarna pink tadi.

๐Ÿ’—๐Ÿ’— Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.

๐Ÿ’—๐Ÿ’— Masukkan juga 1 sudu kecil cuka. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air mendidih.


๐Ÿ’—๐Ÿ’—Bila air mendidih, masukkan bihun yang ditoskan tadi.


๐Ÿ’—๐Ÿ’— Masukkan pula sos cili, sos cili Thai, sawi dan lada merah.


๐Ÿ’—๐Ÿ’—Gaul sehingga rata, biar warna pink tu sekata.


๐Ÿ’—๐Ÿ’—Sambil tu, bolehlah rasa sedikit. Kalau kurang rasa, sempurnakan rasa tersebut. Kalau bihun ada rasa liat-liat sikit, ambik sedikit air dan dituang ke atas bihun, kacau lagi. Pastikan tekstur bihun lembut sempurna, barulah sedapkan. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


๐Ÿ’—๐Ÿ’—Dah siap, pindahkan bihun dari kuali ke dalam pinggan 


๐Ÿ’—๐Ÿ’—Hiaskan dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.

๐Ÿ’—๐Ÿ’—Hidangkan di meja makan. Pak Hencik dan anak-anak suka makan bihun dengan keeopok keping. Jadi Mak Hencik pun goreng sedikit keeopok untuk dimakan dengan bihun goreng pink pada hari ini. Keropok tu plak buat sudu untuk makan bihun. Hahaha๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

๐Ÿ’—๐Ÿ’—Jemput makan sahabat semua.. Bismillah..


Khamis, 8 Julai 2021

Muffin Pandan Mudah

Lembut dan gebu!

Tak ada cabaran langsung kalau buat muffin pandan ni. Pasaipa? Godek-godek jer pun terus jadi. Takyah guna mixer ke.. blender ke.. Takyah.. ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

Untuk resepi ni, rasanya lebih sedap sebab kita menggunakan air pandan asli yang dikisar dengan susu segar.  


RESEPI MUFFIN PANDAN 

Oleh Dapur Cempakasari

(Menghasilkan 14 cup muffin saiz sedang)


Bahan-bahan


Bahan A 

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

(Tepung gandum dan baking powder diayak)

1 cawan gula

1/2 sudu kecil garam


Bahan B

1 biji telur

1/2 cawan minyak jagung (nak pakai minyak masak pun boleh)

1 1/4 cawan susu segar

5 helai daun pandan - dipotong kasar (susu segar dikisar bersama daun pandan dan tapis untuk dapatkan susu pandan)

1 sudu kecil pewarna hijau

1 sudu kecil esen vanilla ( resepi asal letak pandan paste)


Cara-cara membuatnya

Jom.. jom..kita ke dapur.

Mula-mula sekali kita dah boleh panaskan oven suhu 180°C selama 10 minit sebab nak buat persediaan muffin ni cepat dan mudah sahaja. 

๐ŸŒทKisar 5 helai daun pandan yang dipotong kasar bersama 1 1/4 cawan susu segar sehingga hancur. Tapis dan ambil susu pandan.

๐ŸŒทSukat susu pandan tu. Mesti cukup 1 1/4 cawan.

๐ŸŒทAbaikan jee ler blender bekas kunyit dan cili api Mak Hencik tu.. itulah hakikat sebenar di dapur. Hahaha ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ


๐ŸŒทDalam sebuah bekas, masukkan semua bahan A iaitu susu pandan tadi bersama sebiji telur, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 cawan minyak jagung atau minyak masak dan satu sudu kecil pewarna hijau.


๐ŸŒทKacau rata menggunakan whisk. Ketepikan.


๐ŸŒทDalam sebuah bekas lain iaitu bekas kaler biru, masukkan semua bahan A iaitu 2 cawan tepung gandum yang diayak dengan 2 sudu kecil baking powder, 1/2 sudu kecil garam dan 1 cawan gula. Gula tu gula pasir jer

๐ŸŒท Semua bahan digaul rata.


๐ŸŒทBuatkan lubang di tengah.


๐ŸŒทTuang bahan campuran B tadi kat tengah lubang tu.


๐ŸŒทKacau dengan kaedah kaup balik. Jangan ter'over' kacau pula pesan resepi tu. Kaup balik dalam 20 kali jer katanya. Mak Hencik guna spatula.


๐ŸŒทAdunan tu kalau ada sedikit berketul tu biarkan ajer, katanya. Buat dekkk jer, kata resepi itu lagi.

๐ŸŒทLepas tu biarkan selama 5 minit.


๐ŸŒทDalam nak tunggu 5 minit tu, kita sediakan acuan muffin atau acuan apa-apa sahaja yang hadow..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


๐ŸŒทDah cukup 5 minit, kita pun tuang adunan muffin ke dalam acuan. 

๐ŸŒทIsikan 3/4 cup penuh sebab nanti dia akan naik tinggi. Kalau isi penuh nanti ia akan melimpah keluar pula.


๐ŸŒท Masukkan ke dalam oven pada suhu 180°C selama 20 minit 


๐ŸŒทKejadian selepas 10 minit.


๐ŸŒท Kejadian selepas 15 minit. Tunggu lagi 5 minit untuk pastikan muffin betul-betul masak.

๐ŸŒทBila oven dah berbunyi 'ting!', bolehlah tutup suis oven dan keluarkan dulang muffin dengan berhati-hati.


๐ŸŒท Sejukkan sebentar sebelum disimpan dalam bekas.  


๐ŸŒทNi ☝๐Ÿผ☝๐Ÿผ pula untuk dirasa. Sedap ke?


 ๐ŸŒทSedaaappp. Jemput makan kawan-kawan semua.

๐ŸŒท Bismillah..

Rabu, 7 Julai 2021

Keria Ubi Kayu

 Lembut dan rasanya pun sedap!


Pertama kali makan ni, terus jatuh cinta. Dah bertambahlah satu lagi resepi kuih dari ubi kayu. Next time, kalau ada ubi kayu pasti tidak akan teragak-agak nak membuatnya lagi. Anak-anak pun kata sedap sebab dia lembut, katanya.


Terdetik nak buat kuih ni sebab petang semalam Pak Hencik dok menggali ubi kayu.  Dapat banyak juga. Selepas disumbang kepada jiran sebelah, kita pun buat projek nih, projek keria ubi kayu kikiki


RESEPI KUIH KERIA UBI KAYU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan ubi kayu, direbus dan dilenyek
3 sudu besar tepung gandum (atau secukupnya)
Sedikit garam
Minyak masak untung menggoreng

Bahan sira

1/2 cawan gula
1/4 cawan air


Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


Ubi kayu, untuk sesiapa yang tak kenal. Hi3

Ubi kayu dikupas kulitnya dan dibasuh bersih, kemudian dipotong kecil.


Rebus ubi kayu dengan sedikit garam.


Bila ubi kayu dah empuk, matikan api.

Toskan air.


Dalam sebuah bekas, lenyek ubi kayu rebus semasa masih panas. Pastu tambah 3 sudu besar tepung gandum. (Sukatan ni Mak Hencik agak-agak jer)

Tepung tu jangan letak banyak sangat takut nanti jadi keras pula 


Uli sehingga rata. (melekat jugak sikit kat tangan ni)


Buatkan bentuk toda, saiz kecil sahaja.

Nak buat bentuk ni, Mak Hencik sapu tangan dengan tepung gandum sikit. Hi3


Lepas tu goreng dalam minyak panas dengan api sedang. 

Bila dah keperangan kaler dia, Balikkan supaya ia masak sekata.


Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.

Goreng lagi yang selebihnya sehingga habis.

Sementara tu kita teruskan untuk membuat sira pula.


Mula-mula masukkan gula 1/2 cawan dan air 1/4 cawan.

(Sukatannya lsira gula tu ebih kurang 1 cawan gula dan 1/2 cawan air gitewww)

Kuali dan senduk tu mestilah bebas minyak yea..


Kacau seketika sehingga ia berbuih.


Bila buih dah banyak, bolehlah kita masukkan keria tadi 


Kacau rata. Masa ni gula dah bersalut pada keria, tetapi belum membentuk bunga gula. Teruskan mengacau lagi.


Bunga gula dah mula terbentuk. Kacau lagi sehingga keria diselaputi gula sepenuhnya.


Masa ni bunga gula dah terbentuk elok pada keria. Jadi, dah boleh tutup api dah.


Masukkan ke dalam piring kuih. Sedia untuk dimakan.

Jemput kawan-kawan.

Bismillah..