Isnin, 28 Januari 2019

Petua Ikan Bilis Kekal Rangup

Selalu kita goreng ikan bilis untuk pelbagai jenis masakan. Paling koman pun tentulah untuk melengkapkan hidangan nasi lemak!


Masalahnya... Ikan bilis goreng tu cepat lemau. Jadi, macamana ya cara untuk mengatasinya?


Cuba kita basuh dengan air dan sesudu cuka. Kemudian, bilas sehingga bersih. Selepas tu bolehlah digoreng dengan minyak yang panas seperti biasa.


Sesudah siap digoreng, toskan minyak sebelum dihidangkan.

Golap pulak e gambar ikan bilis eden. 😂😂😂

Isnin, 21 Januari 2019

Gulai Udang Belimbing Buluh

Seminggu dua ni tak tahu nak masak apa. Budak-budak ni pun tak berapa nak makan nasi. Termenung panjang tepi peti ais sambil dok memikir nak masak apa lah pula hari ni.. 🤔🤔🤔



Ooo ooo.. Baru dua tiga hari lepas Mak Cik Hajjah jiran Mak Hencik telah memberi buah belimbing buluh. Jadi, marilah kita gunakannya hari ini. Kita masak gulai udang dengan belimbing buluh.

GULAI UDANG BELIMBING BULUH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

8 ekor udang saiz besar

*1 biji bawang merah besar
*1 biji bawang putih
*1/2 inci kunyit atau 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
*3 tangkai cili kering, buang biji, gunting, basuh dan rendam air panas.
*1 hiris lengkuas
Bahan bertanda * dikisar halus

8 biji buah belimbing buluh, dibelah dua.
1 biji cili hijau
1 cawan santan pekat dicampur dengan 2 cawan air.
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom kita menggulai hari ini..


Udang dibuang muncung dan dibersihkan.


Buah belimbing buluh.


Buah belimbing buluh yang telah dibelah dua.

I

Didihkan santan bersama bahan kisar dan buah belimbing buluh. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.


 Bila sudah mendidih, masukkan udang. Kacau lagi dengan rajin ya!


Masukkan juga cili hijau, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi ya. 😂😂😂


Bila ekor udang dah bertemu dengan kepala, maksudnya udang tu dah masak.

Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Jom makan! Gulai udang belimbing buluh, ayam masak kicap dan ayam goreng celup tepung.

Bismillah..

Sabtu, 5 Januari 2019

Roti Telur Sardin yang Sedap

Roti telur Sardin ni mudah sangat nak buat. Rasanya pun sedap juga. Kalau bosan buat roti telur, haaa bolehlah buat roti telur sardin ni.



Ingatkan hanyir sebab guna sardin. Malangnya takde bau hanyir pula. Hurm..

Inilah tambahan koleksi untuk sarapan pagi sebelum anak-anak pergi ke sekolah. Boleh juga dibuat minum petang atau kudapan malam.

Kalau selepas anak-anak belajar atau buat homework pada waktu malam, boleh juga buat benda alah ni. Selain sedap, resepi ni juga senang nak buat.

Jom kita buat.. 



ROTI TELUR SARDIN VIRAL
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal : Siti NorFarizah Mohamad

Bahan-bahan

1 tin kecil sardin
2-3 biji telur
1/2 biji bawang merah besar, dihiris
Sedikit daun sup, dihiris
Cili secukupnya, dihiris
2 sudu besar mayonnaise (resepi asal tak letak)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom ke dapur



Sardin dibuang sos dan tulang kemudian dilenyek sampai hancur.



Roti keping dipotong tiga segi atau ikut suka kita.



Di dalam bekas, masukkan sardin lenyek, bahan-bahan hiris, telur, mayonnaise dan garam. Kacau sehingga rata.



Kemudian, bolehlah kita panaskan kuali dan letakkan Sedikit minyak.

Lepas tu Celup roti ke dalam campuran telur dan sardin tadi.



Lepas tu masukkan ke dalam kuali yang telah panas. Bila sudah keperangan, balikkan.



Tunggu sehingga masak, barulah angkat.



Hidangkan. Siap untuk dimakan.

Jemput makan semua..

Bismillah..

🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

Jumaat, 21 Disember 2018

Muffin Vanilla yang Sangat Sedap

Tak payah guna mixer pun buat muffin ni. Kacau guna whisk sahaja. Sangat mudah sekali!




Anak-anak kebosanan petang ni. Tiada aktiviti apa-apa yang nak dilakukan. Semalam dah keluar, hari ni rasanya nak ajak dia main masak masak pula. Buat mafin vanilla. Guna resepi ada disimpan dalam telefon ni. Ambil dari FB. Jom cuba!



RESEPI MUFFIN VANILLA YANG MUDAH DAN SANGAT SEDAP
Oleh Dapur Cempakasari
(menghasilkan 10 biji mafin)

Bahan-bahan

1 cawan susu segar
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Mentega, cairkan. (Mak Hencik guna separuh ketul mentega)
2 cawan tepung gandum dicampur dengan 1 sudu kecil baking powder, ayak

Cara-cara membuatnya

Jom.. Jom.. Jom kita memafin hari ni.. 🤩🤩🤩



Bahan-bahan yang digunakan. Mak Hencik guna tepung naik sendiri menggantikan tepung gandum dan baking powder.



Mula-mula kita cairkan mentega di atas dapur. Sesudah cair kita tutup api dan sejukkan sebentar.



Di dalam yang sesuai atau tak sesuai (suka hati kau ler), masukkan susu segar, gula kastor, garam, telur dan mentega cair. Kacau sedikit menggunakan whisk.



Kemudian masukkan tepung naik sendiri.



Kacau sehingga sebati. Dah sebati, terus berhenti. Jangan terlebih kacau. Katanya kalau buat mafin ni pantang benar kalau terlebih kacau. 😂😂😂



Panaskan oven 180°C selamat 10 minit.

Sediakan bekas mafin yang sesuai. Lepas tu bubuhla adunan tadi ke dalamnya. Bubuh 3/4 penuh bekas sahaja. Takut bila dah masak nanti, ia akan melimpah.



Hiaskan dengan hirisan badam. Nak letak coklat cip ke.. Coklat rice ke.. Suka hati sendirila yea.. 😎😎



Bakar selama 20 minit atau ikut oven masing-masing.

Yang kat atas tu 👆👆adalah selepas 7 minit.



Pemandangan selepas 15 minit.



Pemandangan selepas dikeluarkan dari oven. 😍😍



Sekian sahaja. Terima kasih. 😉😉

Jemput menikmatinya bersama..

Bismillah..

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Selasa, 18 Disember 2018

Ikan Kerapu Kukus yang Sedap

Tercari-cari resepi sihat untuk jaga kesihatan.. Tiada minyak, tiada santan, tentunya berkhasiat. Hari ni kita cuba.


Nak kukus ikan, perlu ada serai yang segar kalau boleh. Tengok dalam peti ais, serainya dah macam rupa veteran. 😅😅

Mak Hencik intai belakang dapur. Mujurlah pokok serai dah hid up subur. Bolehlah kita ambil sebatang dua.. Jom kita ambil serai dulu..


Senang kalau kita dah tanam. Tinggal petik sahaja. Hasilnya pasti segar dari ladang!


IKAN KERAPU KUKUS YANG RINGKAS
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 ekor ikan Kerapu, disiang dan basuh bersih

2 biji bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris halus
1 batang serai, dihiris. Hujung serai tu diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 cawan air
1 sudu kecil jus limau
1 sudu kecil garam, untuk disapu pada ikan
3 biji cili padi, dihiris. Boleh kurang atau tambah ikut selera
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara menyediakannya.

Jom.. Jom.. Jom memasak


Ikan kerapu yang sudah dibasuh bersih disapu dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.

Masukkan batang serai yang diketuk ke dalam perut ikan. Masukkan juga sedikit campuran serai, bawang putih dan halia yang dihiris. Taburkan di atas dan dibawah badan ikan. Ketepikan.


Di dalam kuali, masukkan air. Masukkan cili padi hiris dan sos tiram. Masukkan juga sedikit serbuk lada hitam, sedikit lada sudah, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tunggu sehingga kuah mendidih.


Ikan kerapu yang telah didandan dengan halia, bawang putih dan serai hiris. 😅😅😅


Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ikan yang berserabut dengan bahan-bahan hiris tadi.


Lepas tu tutup supaya cepat masak.


Selepas 5 ke 10 minit, buka tudung periuk. Kalau isi ikan sudah masak, boleh tutup api dapur. Oh ya, jangan lupa masukkan jus limau nipis.


Bila sudah masak bolehlah angkat dan masukkan ke dalam bekas hiding. Pucat lesi pula rupa kau..


Make up sikit. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.


Jom makan bersama. Seadanya. Jemput makan.

Bismillah..

Khamis, 13 Disember 2018

Popia Ayam yang Mudah

Sambil tengok TV, sambil kunyah popia. Saper suka?


Perut la yang suka sebab nanti kenyang. Perut sapo ler tu kalau bukan perut yang suka makan.. Perut kita ler tu.. 😆😆😆

Wahai mulut.. Awak jangan banyak komplen ya.. Makan dengan rasa syukur supaya perut ada alas. Makan sekadar alas perut sahaja.. Sederhana gitu.. 😎😎😎


RESEPI POPIA AYAM YANG MUDAH
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 biji ubi kentang, direbus dan dilecek
1 1/2 cawan isi ayam, dikisar bersama 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam dan 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji bawang putih, dicincang
1/2 biji bawang merah besar, dicincang
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit karot, diparut
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom ke dapur!


Rebus kentang, toskan air dan lecek.


Kisar isi ayam bersama serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah sehingga hancur.

*
Tumiskan bawang putih dan bawang merah cincang sehingga kekuningan.


Masukkan isi ayam kisar dan kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air supaya isi ayam mudah masak. Kacau lagi sehingga air kering dan isi ayam masak. Bila sudah masak, tutup api.


Oleh kerana isi ayam berketul kasar, Mak Hencik kisar lagi sekali menggunakan pengisar kering.


Di dalam bekas yang sesuai, masukkan kentang lecek, isi ayam kisar, karot yang disagat dan bawang goreng.


Gaul sehingga sebati.


Persediaan menggulung popia. Inti ayam, kulit popia dan bancuhan tepung gandum serta sedikit air.


Sudukan inti ayam ke atas kulit popia.


Gulung sikit. Sapukan bancuhan tepung gandum di bahagian bucu atas kulit popia.


Lipat ke kiri dan lipat ke kanan.


Kemudian gulunglah sehingga habis.


Dapat satu bekas, 35 biji popia.


Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Sudah masak, angkat dan toskan minyak.


Ini ialah popia yang digoreng sekejap untuk disejukbeku atau frozen. 


Ini ialah popia yang sedia untuk dimakan sambil menonton perlawanan separuh akhir bola sepak piala AFF antara Malaysia dan Thailand. Yeayyy Malaysia menangis 2-2 dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Jemput makan semua..

Bismillah..