Memaparkan catatan dengan label Resepi brownies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi brownies. Papar semua catatan

Sabtu, 1 September 2018

Kek Pandan Cheese cara Kukus

Kek yang mudah disediakan dan pastinya sedap dimakan!


Resepi ni dah buat berkali-kali dan telah menjadi dengan jayanya. Eh eh eh buat sendiri, nilai sendiri eh? 😁😁😁

Nasiblah..


RESEPI KEK PANDAN CHEESE KUKUS
Oleh : Dapur Cempakasari
Resepi asal : FB Azlina Ina Fan

Bahan-bahan

5 biji Telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar paste Pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1-2 titis esen pandan
*1 3/4 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1/2 sudu kecil cream of tartar
Semua bahan bertanda * diayak

1/4 cawan susu Segar / susu cair / air
1/4 cawan minyak masak

Resepi Topping Cheese

*250g cream cheese
*1/2 cawan susu pekat manis
*1/2 cawan whipping cream (resepi asal susu cair)
Semua bahan bertanda * diputar

125g cheddar cheese - diparut halus
Sedikit hiasan warna-warni - jika suka

Cara-cara menyediakan Kek Pandan kukus

Jom....


Di dalam mangkuk adunan, masukkan gula, telur dan ovallete. Putar sehingga kembang.


Apabila sudah kembang, masukkan pewarna hijau, pandan paste dan esen pandan.


Putar lagi.


Masukkan tepung gandum yang diayak tadi sedikit demi sedikit dan putar lagi.


Masukkan susu segar dan putar sehingga sebati.


Akhir sekali masukkan minyak masak.


Kaup balik guna sudip kayu sahaja.


Sediakan loyang 10 inci. Oles dengan minyak pada acuan sebelum dilapik dengan plastik. Kemudian, barulah tuang adunan kek tadi.


Masukkan dalam pengukus. Tutup dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitik atas kek. Lepas tu tutuplah dengan tudung pengukus. Kukuslah sehingga masak.

Mak Hencik letak timer 25 minit.


 Tu dia.. Dah masak dah..


Keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas redai.

Sementara itu, jom buat topping pula. 


Putar cream cheese dan susu pekat manis sehingga sebati.


Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga sebati.


Simpan  adunan krim cheese ni dalam peti sejuk sekejap, dalam 5-10 minit. Tujuannya supaya ia pekat sikit.


Sementara itu, kita parut cheddar cheese.


Parut cantik-cantik menggunakan penyagat yang kita beli kat Kedai dua hengget. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Jom menoping!


Masukkan Kek Pandan kukus di dalam bekas yang sesuai.


Tuang semua topping cheese ke atasnya.


Ratakan di atas permukaan kek.


Tabur dengan cheddar cheese parut.


Tabur dengan sedikit twinkle twinkle colourful stars untuk menaikkan seri hiasan πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk. Nak makan baru keluarkan..


Ni diaaaa.. Jom makan kawan-kawan.

Bismillah..

Ahad, 24 Jun 2018

Cheese Brownies Sedap

Mmm.. Sedapnya.. Rasa coklat dan cheese bergabung dalam mulut. Mmm.. Sedapnya..




Resepi ni adalah menggunakan kaedah haba kering. Kalau nak guna kaedah haba lembap seperti mengukus pun boleh juga. Setiap kaedah ada keistimewaan tersendiri. Tapi hari ni kita bakar sama dia..



RESEPI CHEESE BROWNIES
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan brownies

250g mentega
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung naik sendiri ( kalau takde guna 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil soda bikarbonat, ayak)
1/2 cawan susu sejat
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan cheese

250g cream cheese
3/4 cawan gula halus (kalau nak manis letak 1 cawan)
1 biji Telur
2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara membuatnya

Mari kita membaking..



Langkah 1
Cairkan mentega dan serbuk koko dengan api perlahan.



Bila mentega dan serbuk coklat sudah sebati, tutup api. Ketepikan dulu.



Langkah 2
Di dalam bekas yang sesuai, masukkan telur, gula dan susu cair. Putar seketika. Tak perlu kembang tau.

Kemudian masukkan tepung. GΓΆdek guna whisk jer sampai rata.



Langkah 3
Masukkan campuran mentega dan coklat tadi. Kacau sehingga sebati.



Langkah 4
Panaskan oven 180°C selama 10 ninit.

Sapu mentega di dasar dan tepi loyang. Kemudian alas pula loyang 8x8 dengan kertas minyak. Tuang adunan brownies tadi.

Jangan lupa ambil satu sudu adunan brownies untuk dijadikan hiasan. Masukkan dalam piping bag. Ku guna plastik jer. Huhu



Langkah 5
Bakar dalam oven 180°C selama 25 minit atau ikut ragam oven masing-masing.



Langkah 6
Sediakan adunan cheese pula..

Dalam bekas, masukkan cheese, sebiji telur, 2 sudu besar tepung jagung dan 3/4 cawan gula halus.



Putar sehingga kembang.


Langkah 7
Keluarkan brownies dari oven sapukan adunan cheese ke atasnya. Sapu rata.



Langkah 8
Paipkan bancuhan coklat yang kita simpan tadi.



Menggunakan hujung sudu, gariskan di atas garisan coklat tadi. Atau korang lorek ikut kreativiti masing-masing. Mak Hencik tak berapa nak reti.. Lorek sesuka hati jer.. Seni tu. Ko tahu tak apa itu seni? Hahaha.



Langkah 9
Bakar sekali lagi dalam oven pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga masak.



Langkah 10
Bila masa dah cukup, cucuk tengah kek dengan pisau. Kalau ada kesan basah, kenalah bakar lagi. Kalau dah masak, pisau tu licin jer. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

Alamak! Buruknya rupa ko wahai brownies. Sedap ke tidak ni? Hihihi

Bismillah..

Sabtu, 12 Mei 2018

Kek Pisang Sukatan Cawan yang Sangat Gebu

9 Mei 2018 adalah PRU14. Dari petang dok tercongok depan tv nak dengar keputusan mengundi. Telefon yang berada di tangan dah berapa kali dah kena cas namun sampai jam 12 malam pun tak sampai separuh keputusan diumumkan. Sabor jer laa.

Pukul 4 pagi barulah tidur apabila ksu umumkan cuti umum 2 hari. Pakatan Harapan menjadi pilihan rakyat dengan majoriti mudah meranapkan dominasi Barisan Nasional selama 60 tahun.

Tun Dr Mahathir @ Tun M yang merupakan perdana menteri ke 4 di bawah BN kini dilantik sebagai PM yang ke 7 di bawah PH, pada usia 93 tahun, bagi kali kedua. Tahniah Tun.

Apa kena mengena dengan kek pisang ni? Hari ni hari cuti umum kedua, kepala dah tak ting tong dah. Jadi bolehlah godek kek pisang. Kalau tak petang-petang gini Mak Hencik buat taik mata la pulak...


Mak Hencik guna loyang 9" X 9". Kalau guna loyang 10" X 10"nipis sikit kot, tapi masih ok rasanya. 



KEK PISANG SUKATAN CAWAN YANG SANGAT GEBU
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 cawan pisang yang sudah dilenyek
3 biji telur gred A
3/4 cawan gula kastor
1/4 gula perang atau 2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang atau esen vanilla
*2 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan bertanda * diayak
1 cawan minyak masak 

Cara-cara membuatnya

jom kita membaking...!



Langkah pertama mestilah kita lenyek pisang sehingga hancur. Takkan lah nak bubuh sebijik-sebijik, ya dak.. Secawan jer tau jangan lebih. 

Buat kek pisang ni kena jadi bakhil pisang. Kalau jadi pemurah pisang, nanti kek pisang kita akan jadi lembik. Senang cerita.. tak jadi ler nanti..



Di dalam bekas yang sesuai, masukkan telur, gula, garam dan ovalette serta esen vanila. Putar sehingga kembang.

Bila sudah kembang, masukkan pisang dan esen pisang. Putar lagi sehingga sebati.



Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Putar lagi sehingga sebati.



Akhir sekali masukkan minyak masak dan putar lagi sehingga rata. Bila sudah rata, ketepikan dulu. Kita ambil loyang yang sesuai dan sapu mentega di bawahnya dan alas dengan kertas masakan untuk memudahkan kita keluarkan kek pisang gebus nanti.



Masa ni boleh panaskan oven 180 C selama 10 minit.

Lepas tu bolehlah tuang perlahan-lahan ke dalam loyang. Kalau nak buat belang-belang pun boleh. Bahagikan saja kepada 2 atau tiga bekas dan masukkan warna yang digemari. Warna merah untuk parti Peribumi, hijau untuk PAS dan biru untuk BN. Hihihi. Ok nak tambah warna jingga pun boleh, untuk Amanah. 




Akhir sekali letakkan hirisan pisang sebagai hiasan. Tapi susahlah nak potong kalau letak pisang hiris tu. Kepada penggemar kek yang garing, takyahlah letakkan pisang hiris tu sebab dia tak garing kat bawah tu. Alahaiiii suka hati, ikut selera masing-masinglah ya, Selera tak samo...



Masukkan ke dalam oven 180 C selama 25 minit, atau ikut ragam oven masing-masing.


Kemenjadian kek pisang kita semasa ku mengintai di jendela oven. 😱😱

Jangan dok gatal tangan pergi buka oven tu pula ya, nanti bantat kek kita tu kerana suhu panas telah menurun. Bawak-bawak bersabar dan bertenang.


Setelah berbunyi ting! barulah boleh dibuka oven canggih kita tu. Kena puji oven kita tuuu supaya dia berkhidmat dengan baik. Hihi. Cucuk dengan pencucuk, tengok masak ke tak. Kalau dah licin tu masaklah. kalau kat pencucuk tu masih ada tanda basah atau tepung basah yang melekat, kena masukkan semula ke dalam ovenlah kan. Dah tak masak, nanti tak boleh makan pulakk.
Tapi oven tua Mak Hencik masih ok, dan kek pisang tu telah masak dengan elok dan sempurna..

So, bolehlah kita sajikan untuk minum petang. Jom makan.

Bismillah...