Jumaat, 4 Jun 2021

Scone Chocolate chip dan kismis

Rasa rangup di luar macam biskut, lembut di dalam. Sedap walaupun dimakan begitu sahaja. 


Kalau pergi Cameron Highland pastinya kita tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kelazatan scone bersama jem 🍓 strawberry.


Versi scone ini ada rasa manis sedikit sebab Mak Hencik letak chocolate chip dan ditabur gula di atasnya. Susu segar pula Mak Hencik gantikan dengan whipping cream. Rasa lemak dan sedikit manis. Memang sedap dimakan begitu sahaja.


RESEPI SCONE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Butter seketul tu -bahagi 3(ambik 1)
1 biji telur, digodek sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan whipping cream

1/2 cawan choc chip + kismis
Sedikit pewarna kuning

💚💚💚Gaul2..tekap2 n bakar


Cara-cara menyediakannya

Jom.. jom.. kita ke dapur..


💚Sediakan bahan-bahan


💚Di dalam bekas, masukkan 2 cawan tepung gandum bersama 2 sudu kecil baking powder dan 1/3 ketul mentega.

💚 Mentega tu seeloknya masih sejuk lagi dan dipotong kiub.

💚Gaul semua bahan tersebut sehingga menjadi serbuk yang kasar.


💚 Masukkan gula, kemudian gaul rata.


💚Masukkan pula sebiji telur yang digodek tadi bersama 1 sudu kecil esen vanilla. (Tinggalkan dua sudu besar telur dan campur dengan sedikit pewarna kuning, Ketepikan)

💚Gaul sehingga rata menggunakan spatula.


💚 Kemudian masukkan pula whipping cream sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.

💚Sekiranya adunan lembik sangat sampai tak boleh nak bentuk, tambahlah tepung gandum sedikit. Adunan seharusnya lembik tapi boleh dibentuk.


💚 Akhir sekali masukkan coklat chip dan kismis.

💚Kalau nak letak chocolate chip sahaja pun tak apa. Atau kalau nak letak kismis sahaja pun tak apa. Atau kalau nak biarkan kosong tanpa letak apa-apa pun tak apa juga.. pilihan terletak di tangan kita sendiri.


💚Kacau sehingga rata dengan sudip kayu atau spatula.


💚Sediakan plastik pencanai. Tabur sedikit tepung gandum di atasnya

💚 Kemudian keluarkan adunan dan letak di atas plastik pencanai.

💚Taburkan sedikit tepung gandum di atas adunan. 


💚 Canaikan adunan setebal 1 inci sebelum diterap dengan bentuk yang disukai.

💚Penerap tu pun dicelup dahulu ke dalam tepung sebelum diterap nak bagi mudah ia keluar.

💚Dah siap tetap, susun elok-elok di atas dulang yang dialas dengan baking paper.


💚Ambil telur yang dicampur dengan pewarna kuning tadi.


💚Sapu telur tadi di atas scone dan tabur dengan sedikit gula di atasnya.

💚Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C.


💚Bakar pada suhu 180°C selama 15 - 20 minit atau sehingga warnanya bertukar ke warna keperangan.


💚Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit.


💚Dah sejuk sikit, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.. atau..

💚Boleh terus dimakan.

💚 Bismillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan