Isnin, 28 Jun 2021

Kuih Ketayap Pandan Polkadot

Sungguh sedap!

Setelah makan nasi lemak yang savouri tu, kita pun nak makan kuih yang manis pula. Jadi, kita pun buat kuih ketayap ni sebabnya ia mudah disediakan dan sedap juga rasanya. 


Hari ini, inti ketayap ni Mak Hencik buatkan inti kelapa. Next time nak letak inti kaya atau coklat pula. Atau letak cheese? Rasa-rasa ok tak?


Untuk pandan flavour pula Mak Hencik pergi petik 7,8 helai daun pandan kat tepi dapur. Daun tu potong kecil-kecil dan kisar sehingga lumat, tapis dan ambil airnya. Wangian air pandan asli ni akan membangkitkan aroma kuih kita nanti.


RESEPI KUIH KETAYAP 
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan
1 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

Pewarna hijau
Pewarna merah jambu
Sedikit minyak masak untuk disapu pada kuali atau pan

Sebelum buat kuih ketayap, kita kena siapkan inti kelapa manis dahulu. Boleh buat awal lepas tu simpan dalam peti sejuk.

RESEPI INTI KELAPA MANIS

1/2 biji kelapa parut
3 keping gula melaka (3kerek )
1 sudu makan gula putih
2 sudu makan tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara Buat Inti Kelapa :

πŸ’₯πŸ’š Dalam kuali, campurkan gula melaka, gula putih, daun pandan, garam dan air. Masak hingga semua cair guna api sederhana.

πŸ’₯πŸ’š Kemudian  masukkan kelapa parut, gaul rata.

πŸ’₯πŸ’š Lepas tu masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan masak hingga sedikit kering tapi masih lagi lembab. Baru lah sedap inti nya. Ketepikan seketika.


Cara-cara membuat kuih Ketayap.

Jom.. jom.. jom kita ke dapur..


πŸ’₯πŸ’š Sediakan air pandan. Ambik 5 ke 6 helai daun pandan, potong kasar lepas tu kisar dengan 2 cawan air. Lepas tu tapis. 

πŸ’₯πŸ’š Kalau tak ada daun pandan, guna air biasa pun takper. Boleh jer letak paste pandan dan pewarna hijau.

πŸ’₯πŸ’š Kelebihan air daun pandan ni, ia wamgi 


πŸ’₯πŸ’š Dalam bekas, masukkan 2 cawan air daun pandan, 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan santan, 1 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil garam.

πŸ’₯πŸ’š Kacau dengan whisk sehingga tidak berketul.


πŸ’₯πŸ’š Kalau nak senang, masukkan semua bahan tu dalam blender dan kisar sehingga tepung tidak berketul.


πŸ’₯πŸ’š Seterusnya, ambik 3 ke 4 sudu besar masukkan ke dalam mangkuk kecil dan letakkan pewarna pink.

πŸ’₯πŸ’š Adunan yang banyak tu diletakkan warna hijau. Kacau sehingga rata.


πŸ’₯πŸ’š Yang warna pink tu masukkan ke dalam botol yang ada muncung kecil supaya senang nak buat titik atau corak.


πŸ’₯πŸ’š Sediakan sedikit minyak masak.


πŸ’₯πŸ’š Letakkan pan atas api. Seeloknya kuali non-stick supaya ketayap senang dikeluarkan.


πŸ’₯πŸ’šAmbil bekas yang berisi adunan berwarna merah jambu dan titikkan di atas pan.


πŸ’₯πŸ’šAmbil lebih kurang 1 senduk adunan pandan tuang ke atas titik-titik tadi. Lenggangkan kuali supaya adunan menjadi nipis dan memenuhi pan.

πŸ’₯πŸ’šKulit ketayap mesti nipis supaya senang digulung, elak dari pecah dan rasanya lebih sedap.

πŸ’₯πŸ’šLepas tu, tutup guna tudung periuk.
Dalam cuter P Ramlee ada dia nyanyi lagu tudung periuk yang pandai menarik. Jangan ambik yang pandai menari tu ya. Ambik tudung periuk yang biasa-biasa jer..


πŸ’₯πŸ’šBila kulit ketayap tu dah gelembung, maksudnya ia dah masak. 

πŸ’₯πŸ’šBuka tudung periuk dan angkat kulit ketayap ke atas pinggan besar. Sejukkan sikit.

πŸ’₯πŸ’š Sementara tu, kita ulangi semula proses membuat kulit ketayap..
1. Sapu minyak pada pan
2. Titikkan adunan warna merah jambu
3. Tuang 1 senduk adunan pandan, lenggangkan pan untuk dapatkan kulit yang nipis sekata dan memenuhi pan. (Nanti saiz akan jadi sama besar)
4. Tutup pan
5. Bila dah gelembung, angkat dan letakkan atas pinggan besar atau tempat yang rata untuk proses bubuh inti kelapa dan gulung.


πŸ’₯πŸ’š Seterusnya, ambil sekeping kulit ketayap, letakkan dua sudu inti kelapa.


πŸ’₯πŸ’šGulung sikit dari bahagian atas. Lepas tu sebelah kiri dan kanan tu lipat ke dalam. Lepas tu gulung kemas-kemas.


πŸ’₯πŸ’šDapatlah 9 ke 10 ketul saiz sederhana.

πŸ’₯πŸ’šJom makan kawan-kawan semua..

πŸ’₯πŸ’š Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan