Selasa, 8 Jun 2021

Pulut Pagi

Pulut pagi ni rasanya manis. Diregukan dengan kelapa muda parut yang dibubuh sedikit garam. Jadi rasanya akan jadi manis, lemak dan sedikit masin. Suka tak makan pulut ni di waktu pagi?  Kalau suka, kita boleh membuatnya sendiri. Ajom!


Kalau balik kampung, pulut pagi ni akan dibungkus dalam kelongsong daun pisang dan dijual dengan harga serendah 30 sen sahaja sebungkus pada tahun 80-an. Selepas tu, harga pun semakin meningkat sesuai dengan kenaikan taraf hidup. Akhirnya pada tahun 2021, harganya mencapai RM1 ke RM2 sebungkus, sesuai dengan kenaikan kos harga barang.

Eh eh dah cakap macam ahli ekonomi plak kali ni. Kih3


RESEPI PULUT PAGI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut - direndam sekurang-kurangnya 2 jam
2 keping kecil nisan Kelantan
3 sudu besar gula
1 cawan air
1/2  sudu kecil garam
2 helai daun pandan, disimpul

1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1/2 sudu teh garam

Cara-cara membuatnya


🧡Beras pulut dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 2 jam.


🧡 Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan simpul di atas pulut tu.


🧡Kukus selama 30 minit.


🧡Sementara menunggu beras pulut yang dikukus tadi masak, kita sediakan air manisan.

🧡Kita gunakan nisan seperti di atas☝️


🧡Di dalam sauce pan, masukkan secawan air dan 2 keping manisan yang dipatah-patahkan supaya cepat hancur.

🧡Buka api dan kacau sehingga manisan @ nisan tadi hancur.

🧡Dah masak, ketepikan.


🧡Selepas 40 minit, pulut dah separuh masak. Tutup suis pengukus 

🧡Keluarkan loyang berisi pulut dari pengukus.


🧡Ambil air manisan tadi lalu dituang ke dalam loyang yang berisi pulut.

🧡 Sekiranya suka warna pulut pagi yang lebih gelap, masukkan satu ke dua sudu besar air kopi.


🧡Gaul hingga rata dan sebati.


🧡Taburkan 3 sudu besar gula. Gaul sehingga rata.


🧡Air manisan dan pulut dah sebati dan rata. Sedia untuk dikukus untuk kali kedua.


🧡Kelapa muda parut putih digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dikukus juga supaya tahan lama dan lambat basi.


🧡 Masukkan dulang pulut dan kelapa parut ke dalam pengukus.


🧡Kukus selama 30 minit sehingga betul-betul masak.

🧡Bila dah masak, boleh tutup suis dan sedia untuk dihidangkan.


🧡Dalam pinggan, masukkan secawan pulut dan diletakkan kelapa parut putih di  atasnya. Sedia untuk dinikmati.

🧡 Jemput makan semua kawan2

🧡 Bismillah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan