Memaparkan catatan dengan label Resepi Biskut dan Tat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Biskut dan Tat. Papar semua catatan

Ahad, 27 Februari 2022

Biskut Cornflake Crunchy

Cara buat yang mudah, guna beberapa bahan asas sahaja, tapi rasanya sedap dan rangup!

Resepi ni versi rangup ya!

Biasa kita buat biskut untuk sambut raya. Tapi kali ni Mak Hencik buat biskut tak perlu tunggu Hari Raya. Kadang-kadang kita boleh buatkan untuk minum petang, untuk kudapan semasa menonton televisyen atau boleh juga dijadikan buah tangan untuk melawat saudara-mara dan rakan-rakan. Q

Ni kali pertama Mak Hencik buat guna resepi ni. Mak Hencik save di sini.


BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY

Oleh Dapur Cempakasari

Resepi asal: Adiah Adam via FB Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan


Bahan-bahan

💛1  3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)

💛1/4 cwn tepung jagung

💛1/2 sudu teh baking powder

💛 2  cawan cornflakes ramas kasar

💛200g butter (suhu bilik)

💛1/2cwn gula kastor

💛1 biji kuning telor


Cara-cara membuatnya.

Jom!

❤️Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telur


❤️Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder 


❤️Gaul sebati

❤️Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 minit


❤️Lengser loyang dengan sedikit butter atau alas dengan cooking paper.

❤️Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis 


❤️Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.


❤️Dah masak, keluarkan dari ketuhar. Sejukkan sekejap sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

❤️Senangkan!

P/s: selepas bulatkan adunan, golek dulu dalam cornflakes yg diramas. Lagi sedap & rangup rasa biskut tu 😘

Khamis, 29 Julai 2021

Biskut Butter Abu Ain (yang kacak)

Nak resepi biskut yang sedap tapi mudah nak buat? Ni haa.. boleh try biskut butter ni. Ada rasa macam biskut butter yang dalam tin tu. Dan yang penting ianya sedap dan rangup!


Kali pertama buat biskut ni ialah pada hari raya Aidil Fitri dua tahun lepas. Oleh kerana rupanya tak berapa menarik, anak-anak pun tak makan. Lagi satu mungkin sebab first time buat dan yang keduanya mungkin banyak lagi biskut-biskut lain yang ada yang dah biasa buat dan sedap rasanya.



Saya pun bawa ke tempat kerja. Kawan-kawan ofis cuba makan, terus minta resepi. Sedap kata mereka, rasa macam biskut dalam tin. 😁😁



RESEPI BISKUT BUTTER ABU AIN (YANG KACAK)
Oleh Dapur Cempakasari
Resepi asal: Khairul Hakimin Muhammad

Bahan-bahan

250gm butter @ mentega 
1 cawan gula  halus
2 1/2 cawan tepung gandum. (Mak Hencik tambah lagi 1/2 cawan)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Piping bag

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. jom kita membiskut!


💝Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan 

💝Dalam sebuah bekas lain, masukkan butter @ mentega, 2 biji telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.


💝Tambahkan tepung gandum yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan spatula atau sudip kayu sehingga sebati.

💝Adunan memang sangat lembut atau dengan kata lain - lembik.


💝Bila bahan sudah bergaul mesra, masukkan ke dalam piping bag.

💝 Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.

💝Masa ni dah boleh panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit.

💝Paipkan adunan ke dalam dulang.

💝Tips: simpan dalam peti sejuk selama 1 jam untuk hasil yang lebih rangup.


💗Jika simpan dalam peti sejuk, tunggu adunan lembut sedikit supaya senang dipaip ke dalam dulang pembakar.

💗Jarakkan sedikit antara biskut tu kerana ia akan kembang sekali ganda semasa dibakar.


💗Bakar pada suhu 170°C selama 18 minit atau ikut ragam oven masing-masing.

💗 Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

💗Semasa masih panas, biskut akan ada rasa lembut di bahagian tengahnya. Walau bagaimana pun, apabila biskut sudah betul-betul sejuk, ia akan menjadi keras dan sangat rangup apabila dikunyah.

💗Jemput makan. Bismillah.. mmm memang sedap.

Rabu, 9 Jun 2021

Scones Coklat Cip Lagi

Ada lagi tak kuih tu? 

Kuih? Kuih apa..? Owhhh. scones ke?Dah habis dah..

Buat lagi boleh???


Kali ini Mak Hencik mencuba resepi omputih pula. Resepi ni memang secukupnya. Kalau yang sebelum ni adunan lembik sikit pastu kena pandai-pandai tambah tepung gandum sendiri, resepi yang ni pula memang ngam elok jer..


Rasa pun sedap. Sebab Mak Hencik ada banyak lebihan whipping cream, jadi lagi sekali Mak Hencik gunakan, resepi asal letak susu segar. 😎😎


RESEPI SCONE
Oleh Dapur Cempakasari

3 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 ketul mentega 
1/2 cawan whipping cream/susu cair
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Jom.. jom.. kita ke dapur.


🖤Dalam bekas, masukkan 3 cawan tepung gandum yang diayak dengan 3 sudu kecil baking powder dan soda bikarbonat bersama 1/3 ketul mentega. 
(Mentega yang 250gm tu kita bahagi tiga dan ambik 1 jer). Senang kerja. Ki3

🖤Gaul rata semua bahan tersebut bersama 1 sudu kecil garam dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.


🖤Sediakan 1/2 cawan whipping cream. Resepi asal letak susu segar. So, boleh pilihlah nak letak mana-mana pun. 


🖤 Dalam bekas lain, godekkan 2 biji telur bersama 1/2 cawan gula dan 2 sudu kecil esen vanilla. Biar semua bercampur sebati.


🖤Ambik 1 sudu besar campuran telur tadi untuk diglis atas scone nanti. (,Mengelat cikit. Kikiki) Ketepikan.


🖤Ambil besen tepung gandum tadi, buatkan lubang di tengah kemudian tuang campuran telur tu pula.

🖤Kacau menggunakan spatula atau sudip kayu.


🖤 Kemudian masukkan pula whipping cream atau susu segar. Kacau lagi.


🖤 Adunan memang lembik tetapi boleh dibentuk.


🖤Sediakan alas plastik atau alas yang sesuai. Tabur sedikit tepung gandum.


🖤 Keluarkan adunan dari bekas dan letakkan atas alas tadi. Alamak! Mak Hencik terlupa nak masukkan coklat cip tadi jadi Mak Hencik bubuh sekarang dan gaul rata. 😆😆😆


🖤 Canaikan setebal 1 inci Dan Dan terap dengan acuan atau bentuk yang disukai.

🖤Masa ni dah boleh panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C


🖤 Susun atas dulang yang dialas dengan baking paper. 

🖤Sapu atas dia dengan campuran telur tadi.


🖤Bakar dalam oven selama 18 ke 20 minit pada suhu 180°C

🖤Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.

🖤Enak dimakan bersama teh o panas.

🖤 Bismillah..

Jumaat, 4 Jun 2021

Scone Chocolate chip dan kismis

Rasa rangup di luar macam biskut, lembut di dalam. Sedap walaupun dimakan begitu sahaja. 


Kalau pergi Cameron Highland pastinya kita tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kelazatan scone bersama jem 🍓 strawberry.


Versi scone ini ada rasa manis sedikit sebab Mak Hencik letak chocolate chip dan ditabur gula di atasnya. Susu segar pula Mak Hencik gantikan dengan whipping cream. Rasa lemak dan sedikit manis. Memang sedap dimakan begitu sahaja.


RESEPI SCONE
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Butter seketul tu -bahagi 3(ambik 1)
1 biji telur, digodek sikit
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan whipping cream

1/2 cawan choc chip + kismis
Sedikit pewarna kuning

💚💚💚Gaul2..tekap2 n bakar


Cara-cara menyediakannya

Jom.. jom.. kita ke dapur..


💚Sediakan bahan-bahan


💚Di dalam bekas, masukkan 2 cawan tepung gandum bersama 2 sudu kecil baking powder dan 1/3 ketul mentega.

💚 Mentega tu seeloknya masih sejuk lagi dan dipotong kiub.

💚Gaul semua bahan tersebut sehingga menjadi serbuk yang kasar.


💚 Masukkan gula, kemudian gaul rata.


💚Masukkan pula sebiji telur yang digodek tadi bersama 1 sudu kecil esen vanilla. (Tinggalkan dua sudu besar telur dan campur dengan sedikit pewarna kuning, Ketepikan)

💚Gaul sehingga rata menggunakan spatula.


💚 Kemudian masukkan pula whipping cream sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.

💚Sekiranya adunan lembik sangat sampai tak boleh nak bentuk, tambahlah tepung gandum sedikit. Adunan seharusnya lembik tapi boleh dibentuk.


💚 Akhir sekali masukkan coklat chip dan kismis.

💚Kalau nak letak chocolate chip sahaja pun tak apa. Atau kalau nak letak kismis sahaja pun tak apa. Atau kalau nak biarkan kosong tanpa letak apa-apa pun tak apa juga.. pilihan terletak di tangan kita sendiri.


💚Kacau sehingga rata dengan sudip kayu atau spatula.


💚Sediakan plastik pencanai. Tabur sedikit tepung gandum di atasnya

💚 Kemudian keluarkan adunan dan letak di atas plastik pencanai.

💚Taburkan sedikit tepung gandum di atas adunan. 


💚 Canaikan adunan setebal 1 inci sebelum diterap dengan bentuk yang disukai.

💚Penerap tu pun dicelup dahulu ke dalam tepung sebelum diterap nak bagi mudah ia keluar.

💚Dah siap tetap, susun elok-elok di atas dulang yang dialas dengan baking paper.


💚Ambil telur yang dicampur dengan pewarna kuning tadi.


💚Sapu telur tadi di atas scone dan tabur dengan sedikit gula di atasnya.

💚Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180°C.


💚Bakar pada suhu 180°C selama 15 - 20 minit atau sehingga warnanya bertukar ke warna keperangan.


💚Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit.


💚Dah sejuk sikit, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.. atau..

💚Boleh terus dimakan.

💚 Bismillah.