Rabu, 4 November 2020

Sira Pisang Cara Tradisi

Pencuci mulut istimewa dari nenek moyang. Sangat sedap apabila dimakan. Tambah-tambah lagi jika dimakan sejuk. Ohhh.. nikmatnya!

Pagi tadi Pak Hencik ada sebut nak makan sira pisang yang orang lama-lama buat dahulu. Dia siap bagitau cara-cara buat dan bahan yang digunakan.

Iya betul. Cara ni adalah cara yang mak kita buat masa kita kecil dahulu. Sira pisang ni biasanya hidangan wajib ada di meja hidangan di bulan Ramadhan. Sira pisang inilah yang kita biasa makan pada tahun 70an dan 80an. Waktu itulah Mak Hencik meniti zaman kanak-kanak dan remaja. 😊😊😊


SIRA PISANG CARA TRADISI

Oleh Dapur Cempakasari


BAHAN-BAHAN

7 biji pisang, dikupas kulit dan dipotong serong

1/3 cawan gula

1 cawan air

5 tangkai bunga cengkih

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil pewarna kuning

2 helai daun pandan, disimpul


CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom kita mulakan..



Pisang.


Kupas kulit.


Pisang dipotong serong. Jangan potong kecil atau nipis sangat takut nanti hancur pula bila dimasak.


Gula, bunga cengkih, sedikit garam dan daun pandan.


Langkah 1
Dalam periuk, masukkan pisang, bunga cengkih, gula, sedikit garam dan daun pandan simpul.


Tuang secawan air yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning.
Buka api.


Langkah 2
Tutup periuk dengan tudung periuk. Biarkan selama 5 minit.


Langkah 3
Selepas 5 minit, buka tudung periuk dan kacau menggunakan sudip. Kacau dengan berhati-hati supaya pisang tidak terganggu bentuknya.

Tutup lagi sekali dengan tudung periuk dan tunggu lagi selama berapa minit. Biarkan kuah pekat dan melekat pada pisang.

 

Dah siap. Tutup api. Bolehlah terus dihidang. Atau kalau nak makan sejuk, masukkan dalam bekas, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Jemput makan..

Bismillah..

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan