Sabtu, 14 November 2020

Nasi Goreng Butter Sedap Sangat

Kisahnya nak buat BBQ malam ni. Tapi teringat pula pada sedikit nasi lebih dalam rice cooker. Kalau tak buat sesuatu pada nasi tu nanti dah tentu-tentunya akan rosak dan terbuang begitu sahaja. Sayang pula..


Tetiba timbulla idea nak masak nasi goreng untuk dimakan dengan ayam dan kambing bakar. Tapi kalau buat nasi goreng cina ke.. nasi goreng kampung ke..macam tak istimewa pula..


Lagi sekali timbullah idea nak masak nasi goreng butter atau mentega kot bahasa Melayunyer..

Dah masak, rasa.. mmm.. baru tau sedap rupanya nasi goreng mentega ni! 


NASI GORENG BUTTER @ MENTEGA
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 cawan nasi putih
2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih - dicincang
1/4 biji bawang besar Holland- dicincang
12 biji meatball
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati ayam megi
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

Jom..Kita ke dapur.


Meatball digoreng sehingga masak. Ketepikan.


Nasi dileraikan. Tak mau ketul-ketul. Nanti tak syantek nasi goreng kita.


Bawang putih dan bawang besar Holland dicincang halus.

Jom memasak!


Masukkan mentega. Bila dah cair sikit, terus masukkan bawang putih cincang dan bawang besar Holland cincang.

Tumis sampai layu.


Bila bawang sudah layu, masukkan meatball. Kacau rata.


Oleh kerana meatball tu dah masak tadi, terus sahaja kita masukkan nasi.


Masukkan sedikit garam, sedikit gula, serbuk pati ayam megi dan serbuk lada sulah. Kacau rata.


Sesudah kacau rata tu bolehlah dirasa sedikit.. sedap ke tak.. kalau tak sedap, tambahlah bahan perasa untuk mendapatkan rasa yang sempurna.


Dah masak, tutup api.


Masukkan ke dalam mangkuk hidang.


Ni operasi bakar-membakar.


Jom makan...

Bismillah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan