Sabtu, 1 Disember 2018

Resepi Portuguese Egg Tart

Menariknya tengok rupa dia di Wall FB. Jom cuba!


Tapi kenapa ler Mak Hencik punya ni berkedut seribu apabila sudah sejuk? Padahal Mak Hencik sudah buat betul-betul mengikut cara yang telah diberikan. Tolong....! Tolonglah tuan hamba ini.

Jom buat korang. Pastikan korang punya tat lebih cantik. 💪💪💐


RESEPI PORTUEGESE EGG TART @Tat Telur Portugis
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

3 keping puff pastry sheet readymade

4 biji telur
1/2 cawan air
1 cawan susu cair atau susu sejat atau susu segar, Mak Hencik guna susu segar
1 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
Beberapa titis pewarna kuning

Cara-cara membuatnya

Moh ler kita mengetart hari ni..


Cawan kertas berlilin dan puff pastry ready made yang dibeli di Giant.


Tekap guna cupcake berlilin, potong guna pisau.


Masukkan ke dalam bekas cupcake tadi dan tekan rapat-rapat. Buat sampai habis dalam 3 keping puff pastry sheet gitu yang Mak Hencik guna.

Time cuti sekolah ni, buat dengan anak-anak, sambil main dengan diorang.. Cepat siap sebab ramai pembantu. Tapi tang rupanya tu burukla sikit.. 😁😁😁


Di dalam bekas, masukkan susu segar, telur, esen vanilla, gula dan tepung jagung. Kacau sedikit sehingga sebati.


Tapis bancuhan telur tadi.

Masa ni dah boleh panaskan oven 200°C selama 10 minit.


Kemudian tuang ke dalam cup cake tadi sehingga hampir penuh. Kalau penuh sangat nanti melimpah pula apabila dibakar nanti.


Bakar pada suhu 200°C selama 30 minit atau ikutlah ragam oven masing-masing.


Ni kejadian semasa tat dibakar.


Bila sudah masak, keluarkan dari oven.


Baru keluar dari oven, belum berkedut lagi. Satu untuk kamu..


Satu untuk diri ku..

Jemput makan semua..

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan