Khamis, 29 November 2018

Udang Goreng Kunyit

Masakan ringkas yang sesuai untuk kita yang sibuk.


Seorang surirumah mahu pun wanita bekerjaya tentunya sibuk sepanjang hari. Dari pagi sampai tengahari, dari tengahari sampai ke malam, penuh dengan pelbagai agenda yang tersusun rapi.

Dah siap berkemas rumah, menyapu, mengelap sana-sini, hari pun sudah tinggi. Yang bekerja pula, sampai sahaja di rumah, hari pun sudah tinggi. Jadi kita pun masaklah yang simple sahaja. Janji sodap! 😋😋😋


RESEPI UDANG GORENG KUNYIT
oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

12 ekor udang saiz sederhana
*1 biji bawang putih
*1/2 biji bawang merah besar
*1/2 inci kunyit
Bahan bertandang * ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram
1 biji lada hijau, di potong serong
1/2 biji bawang besar Holland, di pouting wedges
Sedikit garam, serbuk ikan bilis dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara menyediakannya

Jom.. Jom.. Jom memasak..!


Udang disiang, dibasuh bersih dan ditoskan.


Antara bahan yang digunakan seperti bawang putih, bawang merah besar, kunyit, lada hijau dan bawang besar Holland.


Tumbuk bawang putih, bawang merah besar dan kunyit sehingga lumat.


Masukkan bahan tumbuk ke dalam besen yang mengandungi udang. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa ikan bilis. Gaul sehingga sebati.


Bawang besar Holland dipotong wedges dan lada hijau dipotong serong.


Langkah 1
Panaskan sedikit minyak masak.


Langkah 2
Masukkan udang yang telah digaul dengan bahan-bahan tumbuk tadi. K


Kacau seketika.


Langkah 3
Bila udang sudah hampir masak, masukkan sos tiram dan sedikit gula sekiranya suka.

Masukkan juga bawang besar Holland dan lada hijau.


Gaul sehingga rata. Siap!


Jom menikmati hidangan hari ini.

Bismillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan