Jumaat, 8 Jun 2018

Biskut Arab Tiga Bahan

Sudah melewati 20 hari Ramadhan.. berlumba-lumbalah orang membuat biskut raya.. lerrr.. ingatkan nak rebutkan lailatul qadr! 😂😂😂

👆👆Aku cakap kat diri sendiri ya..

Hari ni last day sekolah. Esok dah cuti sekolah dah. Meriahlah raya tahun ni sebab beraya dalam cuti sekolah. Ya tak? Setuju tak? Hurmmm.. setujukan ajerr.


RESEPI BISKUT ARAB DULU-DULU
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : FB

Bahan-bahan

1 cawan minyak sapi - dicairkan
3/4 cawan gula halus
3 3/4 cawan tepung gandum.

Untuk hiasan jika suka
1 biji putih telur - dicampur dengan satu titis pewarna kuning
Manik bentuk bintang


Ini sahaja bahan-bahannya seperti minyak sapi, gula halus dan tepung gandum.


Langkah 1
Cairkan dulu minyak sapi di atas dapur.


Langkah 2
Dalam mangkuk adunan, masukkan  2 cawan tepung gandum dan semua gula halus. Kacau rata menggunakan senduk kayu.

Tuang minyak sapi yang masih panas lagi ke dalam mangkuk tepung dan gula tadi. Gaul sehingga rata menggunakan sudip kayu.


Langkah 3
Adunan tadi masih cair, jadi kita masukkan lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.

Jangan terlebih tepung ya.. bimbang nanti tidak boleh digentel dan akan berderai.

Jangan kurang tepung juga. Kalau kurang tepung, dia akan mencair bila dibakar.


Langkah 4
Cubit sedikit tepung dan bulat-bulatkan kemudian penyek sedikit atasnya. Sapu putih telur yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning di atasnya dan letak hiasan yang disukai.

Hangpa bohlah hiasan apa yang hangpa suka ya..

Tapi saya tak beli hiasan bagai.. macammana?

Hahhh! Kalau tak ada, takyah letaklah Bedah oii...


Langkah 5
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 10 minit.

Bakar selama 170°C, 18 minit atau ikut oven masing-masing.


Langkah 6
Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum dimasukkan je dalam balang yang sesuai.


Duduklah awak-awak semua kat rumah baru awak tu ya. Selamat berkenalan dengan rakan-rakan sebaya dan sebangsa. Kelak kamu akan berpisah selama-lamanya..

Selamat membuat biskut raya,
Selamat hari raya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan