Rabu, 3 November 2021

Laksa Goreng Oh Sedapnya

Laksa goreng.. Pelik ke?

Kalau belum pernah makan, memang agak pelik sebab laksa ni makan dengan kuah. Kuah lemak.. kuah utara.. kuah selatan..


Pernah beberapa kali juga terbaca menu laksa goreng ni di laman sosial. Lepas tu office mate, Dinda Liza pun selalu buatkan juga. Katanya sedap dan depa anak-beranak pun suka. Katanya lagi rasanya kenyal-kenyal macam makanan Korea. Hahhh! Ke Korea pulak..๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


RESEPI LAKSA GORENG

oleh Dapur Cempakasari


Bahan-bahan

1/2 paket laksa kering, dicelur sehingga lembut.

5 ulas bawang putih, ditumbuk

2 sudu besar cili kering kisar, Mak Hencik guna sambal nasi lemak readymade

10 biji meatball, dipotong empat

3 batang sosej dihiris nipis

1 tangkai lada besar hijau, dipotong serong

3 sudu besar minyak untuk menumis

1 sudu kecil serbuk perasa megi

Garam dan sedikit gula.


Cara-cara membuatnya.

Jom kita memasak hari ni.

๐Ÿ’ŸLaksa kering dicelur sehingga lembut. Kalau nak bagi cepat lembut, eloknya kita rendam dulu laksa kering tu dalam dua ke tiga jam. Nanti bila dah celur, kejap jer dia jadi lembut.

๐Ÿ’ŸDah lembut laksanya, keluarkan dari periuk dan toskan air.

๐Ÿ’ŸSiapkan bahan-bahan lain seperti bawang putih tumbuk, cili kering kisar, lada besar potong serong, sosej dan meatball potong-potong. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

๐Ÿ’ŸMak Hencik gantikan cili kering kisar tu dengan sambal nasi lemak yang memang siap masak, disimpan dari peti sejuk. Memang lebih sedap rasa laksa goreng ni.

Bahan-bahan semua dah siap, jom mulakan..

๐Ÿ’ŸPanaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kering kisar atau sambal nasi lemak sehingga garing.

๐Ÿ’ŸMasukkan meatball. Biarkan selama beberapa minit sambil dikacau. 


๐Ÿ’ŸAgak-agak meatball dah masak, masukkan pula sosej yang dihiris tadi. Kacau lagi dan tunggu sehingga sosej masak.


๐Ÿ’ŸMasukkan sedikit air sebab tadi Mak Hencik tengok dah kering sangat, takut hangus pula. Air dalam dua tiga sudu jer.

Pastu masukkan laksa yang ditoskan tadi. Gaul sehingga rata.

๐Ÿ’ŸEh eh lupa pula. Sekarang masukkan serbuk perasa megi, garam dan secubit gula untuk seimbangkan rasa. Kalau tak suka letak gula, takyah boh la ya.. ikut citarasa masing-masing ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

๐Ÿ’ŸDah gaul rata, rasa pun dah sedap segala, bolehlah tutup api dan hidangkan.

๐Ÿ’ŸNi diaaa.. laksa goreng dah siap dah..



๐Ÿ’ŸCer cubit sikit rasa . Owhhh sedapnya..


๐Ÿ’ŸDah siap..! Jom sarapan bersama wahai kawan-kawan comelll.

๐Ÿ’ŸBismillah..๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Jumaat, 29 Oktober 2021

Petua lembutkan daging

Nak makan masakan daging ni memang sedap, tapi kadang-kadang rasa frust sebab daging liat. 

Apa kata kita cuba petua untuk melembutkan daging yang dikongsikan oleh Ameerah Md Isa ni.

Bagaimana caranya?  

Ini ceritanya..


 Tengah perap daging dengan soda bikarbonat untuk lauk tengahari. Tetiba perut berbunyi2. Belum breakfast rupanya. Amik la sikit daging yg tgh perap tu. Cuci bersih. Kisar bahan tumisan. Buat nasi goreng. Alhamdulillah.


Daging lembut. Takyah guna daging rimau melalak. Guna bahagian mana2 pun boleh jadi lembut. Yg penting, perap dulu dgn soda selama setengah jam. Pastu cuci sebelum masuk kuali. ๐Ÿ˜‹


Haaa.. macamana..? Just perlu perap dengan soda bikarbonat jer..pastu bilas dengan air sebelum dimasak..๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Ahad, 19 September 2021

Rojak Pasembur

Petang-petang macam ni mulalah terasa nak makan rojak pasembur.  Sangat sedap jika ada ais kacang. 


RESEPI ROJAK PASEMBUR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan Kuah

๐Ÿ’™1 biji bawang merah besar
๐Ÿ’™5 ulas bawang putih
๐Ÿ’™2 hiris halia
๐Ÿ’™5 tangkai cili kering, dipotong, buang bijik dan gunting kasar. Jika nak pedas, tambah cili kering
Bahan bertanda ๐Ÿ’™ digoreng dan toskan minyak

❤️1/2 cawan udang kertas
❤️1 potong sebesar ibu jari sotong kembang
Bahan bertanda ❤️ digoreng dan ditoskan minyak

4 cawan air
1 cawan kacang tanah tumbuk
5 keping biskut Marie, direndam dengan air sehingga hancur. 
1/2 cawan atau secukupnya asam jawa
2 biji ubi keledek, direbus
1/2 cawan gula merah
Garam dan gula secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan pasembur

Telur rebus
Kentang rebus
Cucur udang
Cucur kelapa
Tauhu goreng

Timun disagat
Sengkuang disangat
Tauge dicelur


Cara-cara membuat kuah rojak pasembur

Jom..buat persiapan bahan dahulu. 

Sebaiknya, sebelum buat kuah bancuh adunan cucur udang dan cucur kelapa dahulu.

Lepas tu rebus keledek dan ubi kentang serta telur. 

Dalam dok merebus ubi bagai tu bolehlah goreng tauhu dan bahan-bahan yang perlu digoreng. Hi3. Ni cadangan jer..๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Ubi keledek direbus, kemudian kisar dengan sedikit air. Ketepikan


Cili kering, bawang merah besar, bawang putih dan halia digoreng dengan minyak. Bila sudah garing angkat dan toskan.

Lepas tu kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Ketepikan.

Udang kertas dan sotong kembang juga digoreng dengan minyak. Dah garing angkat dan toskan.

Lepas tu kisar sehingga lumat bersama s cawan air. Asingkan 1/4 cawan untuk dibuat cucur udang  Ketepikan.

Cara masak kuah pasembur.


๐Ÿ’™Dalam periuk, masukkan 4 cawan air, ubi keledek kisar, cili kering-bawang kisar dan udang serta sotong kisar.

๐Ÿ’™ Masukkan juga garam, gula, gula merah dan air asam jawa 

๐Ÿ’™ Biarkan sehingga mendidih.


❤️Bila mendidih masukkan biskut Marie yang telah hancur direndam air tadi. Kalau tak hancur, kena blend dulu sampai hancur supaya tekstur kuah jadi licin dan cantik.

❤️Masukkan juga kacang tanah kisar.

❤️Biarkan mendidih seketika.


๐Ÿ’™Bila rasanya dah sempurna, bolehlah tutup api dan angkat 

๐Ÿ’™Rasa kuah rojak pasembur yang sedap mestilah seimbang dari segi rasa masam, masin, manis dan pedasnya.  Sesuaikanlah ikut citarasa.

๐Ÿ’™Dah masak kuah, bolehlah tutup api. Ketepikan 

Cara buat cucur udang 

Bahan-bahannya

1 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air (termasuk 1/4 cawan air udang dan sotong kisar tadi)

1 sudu kecil yis

Sedikit garam


❤️Semua bahan dibancuh dan tutup dengan kain.  Perap lebih kurang 20-30 minit sebelum digoreng.

Cara buat cucur kelapa.

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan kelapa parut putih
Sedikit garam


๐Ÿ’™Semua bahan dibancuh, diperap 20 minit sebelum digoreng.


๐Ÿ’™Cucur kelapa yang rasanya lemak-lemak masin.

๐Ÿ’™Potong kasar untuk dihidangkan.


❤️Cucur udang yang kembung menawan.

❤️Potong kasar sebelum dihidangkan.


๐ŸŽ‰Sagat timun dan sengkuang. Tauge dicelur sekejap.


๐ŸŽ‰Telur rebus dibelah dua
๐ŸŽ‰Ubi kentang rebus dikupang kulit dan digoreng sebentar kemudian dipotong dadu.
๐ŸŽ‰Tauhu digoreng dan dipotong
๐ŸŽ‰Cucur kelapa dpotong
๐ŸŽ‰Cucur udang dipotong


๐ŸŽ‰ Masukkan setiap bahan sikit-sikit ke dalam pinggan, lepas tu curahkan kuah rojak. Siap untuk dimakan.

๐ŸŽ‰ Bismillah

Ahad, 29 Ogos 2021

Cara buat laksa beras

Teringin nak makan laksa lemak. Laksa lemak sedap dimakan dengan laksa beras. Mari la kita cuba buat sendiri..


RESEPI LAKSA BERAS
Oleh Dapur Cempakasari
Sumber resepi : Majalah RASA

Bahan-bahannya

2 cawan tepung beras (Mak Hencik guna cap Teratai)
1 sudu besar tepung gandum (tak menimbun)
2 sudu kecil minyak masak 
1 1/2 air panas mendidih (atau secukupnya)
Sedikit minyak untuk disapu pada loyang pengukus

Acuan tu Mak Hencik guna acuan muruku.

Cara-cara membuatnya.

Jom..jom.. jom kita cuba membuatnya.


๐ŸŒธPanaskan air lebih dari 1 cawan setengah, nanti sukat jer 1 cawan setengah untuk digunakan.

๐ŸŒธTunggu sehingga mendidih.


๐ŸŒธDalam sebuah bekas, masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu kecil minyak masak dan 1 sudu besar tepung gandum. 


๐ŸŒธAir dah mendidih ni


๐ŸŒธAmbil air dan masukkan ke dalam bekas tepung tadi.


๐ŸŒธTuang sikit-sikit air panas mendidih tu sambil dikacau dengan senduk kayu, atau apa-apa senduklah asalkan bukan dengan tangan.


๐ŸŒธDah jadi adunan dah tu. Dah sejuk sikit tu bolehlah guna tangan.


๐ŸŒธBahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Agak2 muat acuan muruku tu.


๐ŸŒธSapu loyang pengukus dengan sedikit minyak masak supaya laksa tak melekat.


๐ŸŒธKirai laksa di dalam loyang pengukus. Kirai semua sekali ya semua adunan tadi.


๐ŸŒธNi dah siap laksanya, tapi belum masak lagi. Kena kukus dulu.


๐ŸŒธLetak loyang pengukus atas periuk kukus dan tutup pengukus. Kukuslah selama 15 ke 20 minit. (Habislaaa piuk rice cooker kuuu.. ha3)


๐ŸŒธBila laksa dah berubah warna, dah nampak jernih, tutup api kukusan.


๐ŸŒธAngkat laksa bersama periuk kukus dan lalukan bawah air paip.


๐ŸŒธSediakan bekas yang mengandungi air (air paip jer Mak Hencik guna), keluarkan laksa dari loyang pengukus tadi.

Biarkan laksa sejuk dalam air tu, kemudian bolehlah dicerai,-ceraikan urat laksa tersebut.


๐ŸŒธSelepas tu tapiskan air dan sedia dimakan. 

๐ŸŒธNak makan laksa apa ya.. Haaa.. boleh belaka... Laksa utara boleh, laksa  kelantan boleh, laksa Terengganu pun boleh.. laksa apa lagi...


๐ŸŒธNi laksa Kelantan. 


๐ŸŒธNi pulak laksa Penang.

๐ŸŒธJemput makan semua..

๐ŸŒธBismillah..


Jumaat, 13 Ogos 2021

Belebak Ubi

 Belebak ubi nama diberi, rasa sekali pasti nak makan lagi, berkali-kali!

Kalau sebut ubi stello, hanya sedikit sahaja yang kenal tapi kalau sebut ubi keledek, pasti semua orang kenal. Hakikatnya, ia merujuk kepada benda yang sama iaitu sweet potato. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kalau ada ubi keledek, tak tau nak buat apa bolehlah kita buat kuih traditional ni.

Nak cuter jugak, masa dok tengah mengacau bancuhan dalam kuali, tiba-tiba  lampu padam. Alamak! Elektrik terputus. Tapi dah alang-alang buat, Mak Hencik sambung sampai habis. 


RESEPI BELEBAK UBI
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahannya

3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dipotong jejari kemudian direbus hingga empuk dengan sedikit garam.
2 cawan tepung beras 
4 cawan Santan pekat 
1 cawan gula (suka manis tambah lagi)
Secubit garam
1 biji pisang - lenyek
3 titis esen pisang 
Daun pisang secukupnya


Cara-cara membuatnya

Jom kita ke dapur..


✅Jejari ubi kayu direbus hingga empuk dengan sehelai daun pandan disimpul dan sedikit garam.

✅ Ubi keledek tu nak berlainan kaler pun boleh. Kalau letak ubi jepun lagi sedap.


✅Pisang dilenyek. Boleh guna apa-apa jenis pisang pun.

✅Kalau tak nak letak ni pun takpe.


Jom kita mulakan..


✅ Dalam kuali, masukkan santan, tepung beras, gula, garam dan pisang lenyek. Kacau rata sehingga tepung beras bercampur sebati dengan santan. Masukkan juga beberapa titis esen pisang. Lepas tu baharulah buka api.


✅ Kacau selalu sehingga gula hancur dan bancuhan menjadi pekat.


✅ Bila bancuhan dah jadi macam kat atas, tutup api.


✅ Masukkan jejari ubi keledek yang ditoskan air tadi ke dalam kuali adunan.


✅ Gaul rata. Ketepikan.


✅ Sediakan daun pisang. Layur dahulu di atas api gas. Layur tu maksudnya lalukan di atas api supaya jadi layu. Bila daun pisang layu, bila kita membungkus, ia tak pecah. Tapi kalau ada daun pisang  gegala, pisang ni tak payah dilayur sebab ia sejenis daun pisang yang tak pecah apabila digunakan untuk membungkus.

✅ Potong daun pisang sebesar tapak tangan.

✅ By the time daun pisang siap, adunan ubi keledek tu dah sejuk, maka bolehlah kita mulakan proses membungkus.


✅ Bentang daun pisang, letakkan 2 sudu dan lipat. Biar terdedah sikit kat bahagian atas tu.


✅ Susun dalam pengukus.


✅Kukus selama 10  ke 15 minit.


✅. Dah masak dah. Tutup api  Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.


✅ Dah siap.. jemput makan kawan-kawan.

✅ Bismillah..