Memaparkan catatan dengan label Resepi salad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi salad. Papar semua catatan

Ahad, 19 September 2021

Rojak Pasembur

Petang-petang macam ni mulalah terasa nak makan rojak pasembur.  Sangat sedap jika ada ais kacang. 


RESEPI ROJAK PASEMBUR
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan Kuah

πŸ’™1 biji bawang merah besar
πŸ’™5 ulas bawang putih
πŸ’™2 hiris halia
πŸ’™5 tangkai cili kering, dipotong, buang bijik dan gunting kasar. Jika nak pedas, tambah cili kering
Bahan bertanda πŸ’™ digoreng dan toskan minyak

❤️1/2 cawan udang kertas
❤️1 potong sebesar ibu jari sotong kembang
Bahan bertanda ❤️ digoreng dan ditoskan minyak

4 cawan air
1 cawan kacang tanah tumbuk
5 keping biskut Marie, direndam dengan air sehingga hancur. 
1/2 cawan atau secukupnya asam jawa
2 biji ubi keledek, direbus
1/2 cawan gula merah
Garam dan gula secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan pasembur

Telur rebus
Kentang rebus
Cucur udang
Cucur kelapa
Tauhu goreng

Timun disagat
Sengkuang disangat
Tauge dicelur


Cara-cara membuat kuah rojak pasembur

Jom..buat persiapan bahan dahulu. 

Sebaiknya, sebelum buat kuah bancuh adunan cucur udang dan cucur kelapa dahulu.

Lepas tu rebus keledek dan ubi kentang serta telur. 

Dalam dok merebus ubi bagai tu bolehlah goreng tauhu dan bahan-bahan yang perlu digoreng. Hi3. Ni cadangan jer..😝😝


Ubi keledek direbus, kemudian kisar dengan sedikit air. Ketepikan


Cili kering, bawang merah besar, bawang putih dan halia digoreng dengan minyak. Bila sudah garing angkat dan toskan.

Lepas tu kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Ketepikan.

Udang kertas dan sotong kembang juga digoreng dengan minyak. Dah garing angkat dan toskan.

Lepas tu kisar sehingga lumat bersama s cawan air. Asingkan 1/4 cawan untuk dibuat cucur udang  Ketepikan.

Cara masak kuah pasembur.


πŸ’™Dalam periuk, masukkan 4 cawan air, ubi keledek kisar, cili kering-bawang kisar dan udang serta sotong kisar.

πŸ’™ Masukkan juga garam, gula, gula merah dan air asam jawa 

πŸ’™ Biarkan sehingga mendidih.


❤️Bila mendidih masukkan biskut Marie yang telah hancur direndam air tadi. Kalau tak hancur, kena blend dulu sampai hancur supaya tekstur kuah jadi licin dan cantik.

❤️Masukkan juga kacang tanah kisar.

❤️Biarkan mendidih seketika.


πŸ’™Bila rasanya dah sempurna, bolehlah tutup api dan angkat 

πŸ’™Rasa kuah rojak pasembur yang sedap mestilah seimbang dari segi rasa masam, masin, manis dan pedasnya.  Sesuaikanlah ikut citarasa.

πŸ’™Dah masak kuah, bolehlah tutup api. Ketepikan 

Cara buat cucur udang 

Bahan-bahannya

1 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air (termasuk 1/4 cawan air udang dan sotong kisar tadi)

1 sudu kecil yis

Sedikit garam


❤️Semua bahan dibancuh dan tutup dengan kain.  Perap lebih kurang 20-30 minit sebelum digoreng.

Cara buat cucur kelapa.

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan kelapa parut putih
Sedikit garam


πŸ’™Semua bahan dibancuh, diperap 20 minit sebelum digoreng.


πŸ’™Cucur kelapa yang rasanya lemak-lemak masin.

πŸ’™Potong kasar untuk dihidangkan.


❤️Cucur udang yang kembung menawan.

❤️Potong kasar sebelum dihidangkan.


πŸŽ‰Sagat timun dan sengkuang. Tauge dicelur sekejap.


πŸŽ‰Telur rebus dibelah dua
πŸŽ‰Ubi kentang rebus dikupang kulit dan digoreng sebentar kemudian dipotong dadu.
πŸŽ‰Tauhu digoreng dan dipotong
πŸŽ‰Cucur kelapa dpotong
πŸŽ‰Cucur udang dipotong


πŸŽ‰ Masukkan setiap bahan sikit-sikit ke dalam pinggan, lepas tu curahkan kuah rojak. Siap untuk dimakan.

πŸŽ‰ Bismillah

Ahad, 11 Oktober 2020

Salad buah

Rasa salad yang cukup rasa. Enak sekali!

Malam ni tergesa-gesa nak buat BBQ sebabnya budak-budak ni tak nak makan nasi. Kalau masak nasi dengan lauk kegemaran diorang pun tak berapa nak laris juga. 
 

Kalau buat salad sayur-sayuran pun budak-budak di rumah ni kurang gemar juga. Jadi, Mak Hencik cuba tukar kepada salad buah-buahan.


Nak buat salad buah ni mudah sahaja. Boleh guna apa jenis buah yang kita suka. Epal, lai, pear, anggur seedless, betik, honey honey dew, rock rock melon dan macam-macam lagilah yang boleh kita kita pilih

Kat rumah ni pula, hanya ada buah epal dan lai sahaja. Bolehlaaahhh.. hihihi



RESEPI SALAD BUAH-BUAHAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

2 biji buah epal merah, dikupas kulit dan dipotong dadu
2 biji buah lai, dikupas kulit dan dipotong dadu
5 sudu besar mayonnaise
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 biji lemon, perah ambil jusnya
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

1. Di dalam sebuah bekas yang cantik, masukkan buah yang dipotong dadu.

2. Masukkan mayonnaise, susu pekat, sedikit garam dan jus lemon. Gaul sebati.

3. Rasakan dulu sedap ke idok. Tambahlah yang mana patut.

4. Dah siap bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Salad ni sedap dimakan.

Add caption

Hidangan BBQ ringkas malam ni. BBQ ayam untuk 5 mulut sahaja.


Jemput makan semua.

Bismillah..








Isnin, 16 September 2019

Salad buah-buahan yang sangat sedap

Tak cuba rasa tak tau kesedapannya. Dah cuba rasa baharulah tahu tingkat kesedapannya. Haaaa.. Amacam?



Rasa masam-masam manis. Eyewwww.. Sedapnya. 

Resepi ni Mak Hencik telah ubahsuai ikut citarasa anak tekak sendiri. Biasanya kita masukkan yogurt dan mayonnaise sahaja, tetapi kali ini Mak Hencik tambah sedikit susu pekat manis dan sedikit jus lemon. Rasanya terbukti bertambah sedap dap dap dap.. Urmmm.. Dapnya! 


RESEPI SALAD BUAH-BUAHAN
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1 biji jambu batu
2 biji epal merah
2 biji buah lai
1 tangkai buah anggur merah

2 bekas kecil yogurt perisa asli
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 biji lemon, ambil sedikit jusnya
3 sudu besar mayonnaise atau secukupnya
Sedikit garam

Cara-cara menyediakannya


Susu pekat manis (menyorok dalam peti sejuk), mayonnaise, yogurt perisa asli dan lemon.


Buah-buahan. Pilihlah buah yang digemari. Mak Hencik pilih buah yang ada dalam peti sejuk Mak Hencik.
😬😬😬


Buah-buahan tu dibasuh bersih, di buang kulit dan dipotong dadu. Buah anggur tu biarkan sebiji-sebiji.


Tuang yogurt di dalam bekas yang mengandungi buah-buahan yang telah dipotong dadu dan buah anggur tu.


Kemudian masukkan mayonnaise dan susu pekat. Akhir sekali perah jus lemon.


Gaul sehingga sebati. Kalau tak cukup masam, tambahlah jus lemon. Kalau tak cukup manis, tambahlah susu pekat.

Dah siap gaul segala, masukkan ke dalam peti sejuk. Salad ni sedap dimakan sejuk.


Tibalah waktu untuk menjamu selera.

Jom rasa..

Bismillah..

Hurm... Sedapnya. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Ahad, 22 April 2018

Coleslaw Epal yang sedap

Sekali-sekala makan coleslaw ni memang sedap. Tambah parutan epal yang halus panjang ke dalam adunan.. adoiii mak.. sedap sangat!

Boleh makan dengan hidangan chop-chop tu. Kikiki. Boleh dimakan dengan hidangan barbeque juga untuk hilangkan muak daging dan ayam.. sedapnya..


COLESLAW EPAL
Oleh Dapur Cempakasari

Bahan-bahan

1/4 biji kobis - dihiris halus
2 biji epal 🍎🍎- disagat
1 biji karot
1/2 cawan mayonaise
1/2 biji lemon πŸ‹
5 sudu besar susu pekat
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Marilah mari.. marilah mari..


Kobis, epal merah dan karot


Hiris halus kobis


Basuh bersih kobis dan toskan.


Karot dikupas, dibasuh bersih dan disagat.


Epal dikupas, dibasuh bersih dan disagat.


Ambil bekas yang mengandungi kobis dan karot. Masukkan mayonaise, susu pekat dan garam.


Perah jus lemon ke dalamnya. Gaul hingga rata.


Kemudian, masukkan epal yang disagat tadi. Gaul lagi sehingga sebati.


Inilah rupa coleslaw kita hari ini. Rasa masam, masin dan manis semua ada. Sungguh sedap dimakan begitu sahaja.

Hari ni, kami makan coleslaw epal ini dengan chicken chop. Mmm..enaknya.


Jemput makan kenkawan semua..

Bismillah..