Rangup oh rangup sungguh!
Resepi ni antara resepi chocolate chip cookies yang paling sedap. Orang kata sedapnya tu sampai tak boleh bawa bincang. 😂😂😂 Sesuai dijadikan goodies untuk majlis istimewa!
Masakan Ringkas. Resepi Mudah. Rasa yang pasti Sedap. Berkongsi menu harian yang lazat dengan langkah bergambar.
Rangup oh rangup sungguh!
Resepi ni antara resepi chocolate chip cookies yang paling sedap. Orang kata sedapnya tu sampai tak boleh bawa bincang. 😂😂😂 Sesuai dijadikan goodies untuk majlis istimewa!
Masakan yang simple sangat. Makan nasi panas dengan pucuk paku goreng pun boleh makan bertambah..
Kalau ikutkan, memang senang sangatlah bagi golongan mak-mak atau pak-pak yang terrer memasak untuk masak lauk ni tapi lain pula bagi geng budak-budak baru nak up ni.. memang susah rasanya untuk diorang. Hahaha.
Tapi takper. Meh sini Mak Hencik payungkan korang dengan cara masak sayur pucuk paku ni.
Cara-cara membuatnya.
Mari sini.. kita buat sesama persediaan bahan memasak.
Warna pujaan hati ramai wanita, golongan muda-mudi dan golongan mak-mak, kaler pink! 💗
Lembut dan gebu!
Tak ada cabaran langsung kalau buat muffin pandan ni. Pasaipa? Godek-godek jer pun terus jadi. Takyah guna mixer ke.. blender ke.. Takyah.. 💃💃💃
Untuk resepi ni, rasanya lebih sedap sebab kita menggunakan air pandan asli yang dikisar dengan susu segar.
RESEPI MUFFIN PANDAN
Oleh Dapur Cempakasari
(Menghasilkan 14 cup muffin saiz sedang)
Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
(Tepung gandum dan baking powder diayak)
1 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
Bahan B
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung (nak pakai minyak masak pun boleh)
1 1/4 cawan susu segar
5 helai daun pandan - dipotong kasar (susu segar dikisar bersama daun pandan dan tapis untuk dapatkan susu pandan)
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen vanilla ( resepi asal letak pandan paste)
Cara-cara membuatnya
Jom.. jom..kita ke dapur.
Mula-mula sekali kita dah boleh panaskan oven suhu 180°C selama 10 minit sebab nak buat persediaan muffin ni cepat dan mudah sahaja.
🌷Kisar 5 helai daun pandan yang dipotong kasar bersama 1 1/4 cawan susu segar sehingga hancur. Tapis dan ambil susu pandan.
🌷Sukat susu pandan tu. Mesti cukup 1 1/4 cawan.
🌷Abaikan jee ler blender bekas kunyit dan cili api Mak Hencik tu.. itulah hakikat sebenar di dapur. Hahaha 🙈🙈
🌷 Semua bahan digaul rata.